Bila perang dengan MB Selangor berakhir?
Monday, October 14 @ 10:09:51 MYT


DARI MEDAN IDAMAN
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Bila Sdr Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah bertanya bilakah
“peperangan” antara saya dengan Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor akan
berakhir, dalam satu slot wawancara khas melalui radio Harakahdaily, saya
tersenyum panjang.

Soalan Zul agak kerap juga ditanyakan oleh teman-teman yang lain, terutama
mereka yang mengikuti pendedahan rasuah Khir sejak dari awal.
Ini kerana, selain sudah lebih enam aduan rasmi yang saya buat kepada BPR,
kes-kes yang saya syak Dr Khir terbabit dengan amalan salahguna kuasa,
penyelewengan, kronisme dan korupsi seperti bertindan-tindih, seolah-olah
bagai tidak habis-habis … lepas satu, satu lagi terbongkar.
Pertama, yang mahu saya betulkan ialah tidak timbul soal saya berperang atau
bertempur dengan Dr Khir.
Tiada sebarang masalah peribadi saya dengannya, dan saya sendiri tidak
pernah bertemu muka dengan tokoh muda itu. Kalau ada pun seingat saya, hanya
sekali, dalam jarak yang cukup dekat, ketika saya membelek-belek pameran
gambar semasa perhimpunan Umno yang lalu, di mana tiga wartawan saya ditahan
polis kerana disyakki mengedarkan risalah menuduh Khir rasuah (termasuk dua
VCD khusus mengenainya).
Mata kami bertembung, tetapi saya, dan juga Khir, cepat-cepat mengalih
pandangan ke tempat lain. Hari itu, saya diberitahu oleh seorang aktivis
Pemuda Umno Selangor, bahawa segala pergerakan saya di sekitar PWTC diekori.
Malang sekali, jam 7.00 pagi esoknya, saya dapati kereta saya dipecahkan!
Khir adalah MB termuda yang dilantik ketika tuntutan reformasi dan perubahan
dalam politik negara gegak-gempita, terutama di Lembah Klang. Antara punca
amarah anak muda terhadap sistem pemerintahan ialah semakin berleluasanya
gejala rasuah dan korupsi dalam kerajaan.
Anwar Ibrahim yang disingkirkan berjaya meyakinkan rakyat bahawa sistem
korup yang memperkayakan golongan sedia senang dan mempapa-kedanakan
golongan susah mesti dirombak.
Keputusan pilihan raya 1999 menunjukkan kecenderungan pengundi Melayu untuk
menolak BN cukup tinggi terutama di Selangor. BN hanya diselamatkan oleh
kesetiaan pengundi Cina dan bukan Melayu lainnya, dengan tidak menolak
hakikat masih ramai lagi pengundi Melayu yang takut untuk membuat perubahan.
Apa pun ulasan terhadap pilihan raya 1999, Umno harus berubah, jika tidak ia
akan diubah dari singgahsana kuasa. Maka perlantikan Khir adalah sesuatu
yang ditunggu-tunggu, untuk melihat masih ada insan dalam Umno yang tidak
terbuai dengan ayunan lembut kemewahan melimpah-ruah yang diperolehi melalui
jalan haram.
Selangor sememangnya menjanjikan pelbagai keseronokan. Bayangkan nilai
tanahnya boleh mencecah satu ekar berjuta ringgit. Dengan dana kerajaan
negeri yang lumayan, tentulah tidak susah untuk menaikkan kos projek yang
sepatutnya dua tiga juta ringgit menjadi lima enam juta ringgit, dengan
lebihannya mengalir masuk ke kantong kroni.
Malang sekali, Khir tumpas mudah. Tidak sampai beberapa bulan menjadi MB,
selepas cuba menjadi hero untuk mempertaruhkan darahnya demi ketuanan
Melayu, satu demi satu kes terbongkar, yang sekurang-kurangnya menunjukkan
Khir telah diselimuti emas.
Hampir RM200 ribu dibelanjakan untuk memberi derma kepada penduduk sekitar
kampungnya, atas duitnya sendiri. Rumahnya yang tertunggak RM150,000 dengan
sebuah bank di Kajang dijelaskan secara tunai, selepas lima bulan menjadi
MB. Dan kes-kes lain tak perlulah kita detailkan lagi di sini.
Bagi saya, Khir telah mencabuli amanah rakyat Selangor yang sudah cukup muak
dengan rasuah yang berjangkit sejak zaman berzaman. Ya, apalah puakanya
Selangor Darul Ehsan, yang hanya berjaya melahirkan MB demi MB yang tidak
serik-serik untuk makan suap, mengkhianati kepercayaan umum bagi mentadbir
sebuah negeri yang maju dan kaya itu.
Memanglah kerana Selangor kaya dan tanahnya bernilai seperti emas, maka
MBnya boleh dengan mudah membina dan membolot kekayaan buat diri, kroni dan
kelompok.
Dan lebih hebat lagi bila segala tompokan kekayaan itu, yang diperolehi
secara tidak sah, yang sebahagiannya digunakan untuk membeli dan menawar
undi, rupanya tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
Misalnya apalah salahnya Khir meluluskan permohonan tanah 100 ekar di Bukit
Cherakah, Shah Alam, yang boleh membawa keuntungan RM25 juta dengan mudah
tanpa mengeluarkan satu sen pun, kepada syarikat yang mana lembaga
pengarahnya hanya berumur 20 tahun.
Tapi yang tersiratnya semua orang tahu bahawa bukan budak-budak 20 tahun itu
yang menjadi jutawan segera, kerana yang tahu segala urusan dan selok-belok
mengenai tanah ialah pembantu-pembantu kanan Khir.
Merekalah yang memenuhkan tembolok dengan duit haram itu, sedangkan
budak-budak tadi terus tinggal dengan keluarga atau kakak mereka di
rumah-rumah pangsa kos rendah di KL, ataupun di kampung setinggan dengan
Gombak.
(bersambung)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke