Bin Bilal uji keperwiraan Dr Mahathir
Wednesday, October 23 @ 12:41:08 MYT


MIN AINA ILA AINA
Oleh Subky Latif
KETIKA saya singgah di markaz gerakan Islam di Amman, Urdun (Jordan) 10
tahun lalu, pekerja-pekerja Islam Arab begitu kagum dengan keberanian Dr.
Mahathir mengkritik Amerika dan Israil di PBB dan di mana saja. Ucapan
beliau di PBB diterjemahkan ke bahasa Arab. Tiada pemimpin lain dari dunia
Islam berani bercakap begitu.

Dia tidak teragak-agak membidas Al Gore dan mengutuk George Soros. Dia tidak
segan silu untuk berperang dengan media barat. Dalam kempen anti keganasan
Gorge W. Bush penyembelihan ke atas Palastin oleh Israil, Dr. Mahathir
antara yang berani menyatakan kritikan pedasnya. Dia dilihat seperti seorang
jaguh menentang kezaliman barat.
Musharraf kelihatan seperti anak berhingus, setiap yang Bush kata al Qaeda
dan Taliban akan diserahkan kepada Amerika. Indonesia juga tidak segan
menangkap Omar ! al Farouk di sebuah masjid dan menyerahkannya kepada FBI
kerana dia dikatakan wakil al Qaeda di Asia Tenggara.
Bapa Ahmed Ibrahim bin Bilal begitu yakin bahawa Dr. Mahathir adalah seorang
berwibawa tidak begitu mudah menyerahkan anaknya yang warak, hafal Quran,
pelajar ilmu wahyu yang pintar kepada FBI. Bilal menasihati anaknya menyerah
diri dan minta suaka politik apabila dia dikehendaki oleh FBI kerana
sebab-sebab al-Qaeda.
Bakal Perdana Menteri, Dato' Abdullah Badawi dari mula bersedia menyerahkan
Bin Bilal apabila mengetahui paspotnya sudah dibatalkan oleh Amerika.
Perdana Menteri yang hendak pergi, Dr. Mahathir mahu pemuda Islam dilayani
mengikut kaedah undang-undang. Ia dipercayai akan ditentukan oleh mahkamah
jika mengikut undang-undang dan akan diberi perlindungan politik jika
ditentukan oleh keputusan politik antarabangsa.
Ada maklumat tersebar mengatakan FBI telah pun menghantar pesawatnya untuk
mengambil Ahmed Ibrahim pada! ketika dia masih bebas di kampus UIA. Dan
pesawat itu dikatakan tidak dibenarkan masuk ke ruang udara Malaysia.
Anak Arab Amerika itu menyerah diri, minta suaka politik dan minta keputusan
mahkamah supaya dia tidak diserahkan kepada Amerika. Mahkamah mendengar
rayuannya dan menangguhkan sehari keputusannya. Seolah-olah ada satu
pendirian tidak begitu tertekan dengan kemahuan Amerika.
Tetapi esoknya mahkamah menolak petisyen Ahmed Ibrahim kerana dia tidak ada
dokumen perjalanan yang sah lagi. Maka dia serahkan kepada negara asalnya
yang menghendakinya atas sebab dia tidak ada paspot, mungkin bukan kerana
dia dilibatkan dengan keganasan.
Sementara mahkamah hendak memutuskan perkara itu kapalterbang FBI dipercayai
sudah ada dalam negeri, bukan sekadar di ruang udara tetapi di darat.
Bagaimana pula mulanya ia dikatakan tidak dibenarkan masuk ke ruang udara
negara, tetapi bila pula ia sudah ada di darat?
Tidak syak lagi ada tekanan Ameri! ka. Pemimpin Malaysia yang mahukan bukti,
mahu mengikut kaedah undang-undang dan tidak Islam dijadikan mangsa syak
wasangka Amerika kerana kejadian 11 September tiba-tiba dilihat lebih kurang
saja dengan Musharraf dan presiden perempuan dari Indonesia itu.
Musharraf bertukar menjadi Busharraf dipercayai menjadi mangsa ugutan
Amerika. Sedunia beranggapan begitu. Dan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia
juga dipercayai telah digertak, maka justeru itulah dalam waktu yang singkat
pelajar Islam dari Amerika itu diserahkan kepada FBI.
Kita mungkin tidak mudah menyalahkan Dr. Mahathir dan anak-anak buahnya
begitu mudah tunduk kepada Amerika. Siapakah yang begitu berani menentang
muka dan biji mata Bush yang sudah menjadi Presiden segala Presiden? Kalau
di zaman Stalin dan era Soviet tiada anak jantan dari blok timur berani
angkat muka, maka begitulah tiada siapa yang jantan untuk berhadapan dengan
Bush, tidak kira ia siuman atau penjaga keaman! an dunia.
Jika saya ditadkirkan menjadi Perdana Menteri, pun mungkin terkencing sama
bila dihubungi Bush, tetapi jika begitulah sikap saya, maka tiadalah jantan
lagi namanya. Sikap terpuji yang patut ditunjukkan oleh seorang anak jantan
yang menjadi pemimpin ialah mematuhi piagam PBB memberi perlindungan kepada
yang memerlukannya apabila diyakini orang yang diserahkan itu akan terancam
jiwa dan hak asasi serta kemerdekaannya.
Islam juga berpendirian begitu. Setakat ini Mullah Muhammad Omar saja yang
tidak tunduk kepada kemahuan Amerika yang minta Osamah Ben Laden. Orang yang
mengaji agama itu saja antara pemimpin Islam yang sanggup mati mempertahan
kemderdekaan seorang yang dipercayainya benar. Beliau tidak tunduk kepada
tuntutan Bush. Dia sanggup dibom dan kuasanya dihancurkan demi keyakinannya
kepada hak dan kebebasan.
Yang lain cakap berdegar-degar, akhirnya Bush juga yang didengar.
Seolah-olah Allah mengirim Ahmed Ibrahim datang ! ke Malaysia untuk menguji
sejauh mana hebatnya Dr. Mahathir menentang tekanan barat yang diketuai oleh
Bush dan Sharon. Tidak mustahil Soros pun tidak akan diusik lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke