Berita // News : Bekas
Pemimpin UMNO Tanjung Karang Buat Laporan BPR Terhadap Khir Toyo
hold=0>
Thursday, October 17, 2002 - 01:13 AM GMT



Seorang bekas
AJK UMNO Bahagian Tanjung Karang minggu ini membuat satu lagi laporan BPR
terhadap Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kerana laporan-laporan yang
dibuat sebelum ini masih belum diambil sebarang tindakan oleh BPR. Dr Mohd
Yusuf Abdul Wahab, yang keluar meninggalkan UMNO dalam tahun 1998 apabila
Datuk Seri Anwar Ibrahim dizalimi, membuat laporan tersebut bersama-sama
aktivis media bebas Saudara Lutfi Othman dan Ketua keADILan Bahagian Paya
Besar, Saudara Wan Jusoh Wan Kolok. Dr Mohd Yusuf berkata laporan itu
dibuat kerana BPR s! etakat ini belum lagi mengambil sebarang tindakan
walaupun Saudara Lutfi sendiri telah membuat dua laporan kepada BPR.
Sebaliknya, kata beliau lagi, apabila seorang menteri pusat membuat tuduhan
kononnya kerajaan BA Kelantan cuba menyogok pegawai BPR Kelantan dengan
pemberian tanah, BPR bergegas membuat siasatan walaupun akhirnya terbukti
tuduhan itu tidak berasas dan berniat jahat. Dr Mohd Yusuf juga
memberitahu bahawa beliau telah kenal lama Khir Toyo, yang selalu datang
berjumpanya sebelum menjadi orang besar UMNO dan beliau tahu benar latar
belakang Menteri Besar Selangor itu. "Mustahil dalam masa dua tahun dia
mampu mengumpulkan wang sebanyak itu," kata beliau lagi sambil merujuk
kepada pelbagai tuduhan salahlaku rasuah terhadap Khir Toyo, termasuklah
membayar rumahnya dengan tunai sebanyak lebih RM200,000. Kontroversi
rasuah Khir Toyo heboh di Selangor dan dia dikatakan menjadi 'perompak
terhormat' paling tamak sejak 20 tahun yang! lalu kerana berjaya mengumpulkan
harta dari sumber-sumber yang diragui walaupun masih muda dan baru menjawat
jawatan tidak lebih dari dua tahun.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke