Ibrahim Libya serah senapang kepada polis enam bulan sebelum tragedi
Thursday, October 17 @ 09:32:24 MYT


Oleh HELMI KHALID
ALOR SETAR, 17 Okt (Hrkh) - Saksi ketiga perbicaraan kes Memali, Azmi Salim,
53 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Ustaz Ibrahim Libya telah
menyerahkan sepucuk senapang patah miliknya yang berlesen kepada pihak polis
enam bulan sebelum tragedi 19 November 1985.

Menjawab soalan Pendakwaraya Kanan Persekutuan, Dato' Abdul Aziz Abdul
Rahim, Azmi berkata, Ustaz Ibrahim telah menceritakan sendiri padanya bahawa
senapang patah itu telah diserahkan kepada pihak polis.
Dato' Abdul Aziz: Sejak bila Ibrahim ada lesen dan senapang patah ini?
Azmi: Saya tak tahu.
Dato' Abdul Aziz: Encik Azmi kata dia telah serah balik pada polis pada awal
1985, Encik Azmi pasti?
Azmi: Saya pasti melalui Ustaz Ibrahim yang menceritakan pada saya.
Dato' Abdul Aziz: Bila?
Azmi: Lebih kurang enam bulan sebelum kejad! ian.
Tentang ISA kerana zalim
"Beliau menentang ISA kerana ia adalah satu undang-undang zalim peninggalan
penjajah, beliau mengatakan undang-undang tersebut bertentangan dengan
ajaran Islam serta hak asasi manusia, ini kerana sesiapa sahaja yang ditahan
di bawah ISA tidak ada hak untuk membela diri."
"Juga tidak ada hak untuk dibicarakan di mahkamah secara adil, ISA juga
telah disalah gunakan oleh pemimpin Umno untuk mengekalkan kuasa mereka,
Ustaz Ibrahim selalu cakap kalau dia nak ditahan kerana kesalahan jenayah,
beliau sedia untuk ke mahkamah tetapi beliau tak mahu tunduk dengan ISA,
kami juga tidak mahu pihak polis menahan Ustaz di bawah ISA," demikian
antara keterangan saksi ketiga, Azmi Salim di Mahkamah Tinggi, di sini.
Keterangan bertulisnya juga menyebut, lebih kurang jam 1.00 tengahari 18
November 1985 beliau diberitahu bahawa ada polis sedang menuju ke rumah
Ustaz Ibrahim untk menangkap beliau.
"Saya ke Simpang Charuk ! Bunting dan lihat 18 trak polis keluar dari kampung
selepas membawa anggota Polis Hutan ke kampung. Kemudian saya telah terus ke
rumah Ustaz Ibrahim dan memberitahu beliau," jelas Azmi lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa pada 18 November 1985 ketika sedang menuju ke
Felcra Weng, beliau mendapati beratus-ratus anggota polis sedang melintasi
jalan utama ke rumah Ustaz Ibrahim.
Sambung bicara
Bicara Memali akan disambung semula pada 22 hingga 24 Disember 2002.
Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dato' Abdul Kadir Musa menetapkan
perbicaraan kes Memali akan disambung semula pada 22, 23 dan 24 Disember
depan.
Perbicaraan yang tertangguh sejak tahun 1988 ini hanya didengar semula pada
Mei lalu dan perbicaraan 15 Oktober adalah perbicaraan pada hari ke sebelas.
Seramai tiga saksi plaintif telah memberi keterangan di mahkamah iaitu,
Saleha Hussain, balu Ustaz Ibrahim, Siti Aishah Ahmad dan Azmi Salim.
Bekas Timbalan Perdana Menteri yang jug! a Menteri Dalam Negeri ketika
berlakunya kejadian Memali pada 19 November 1985 lalu, Tan Sri Musa Hitam
akan turut dipanggil memberi keterangan selepas ini.
Pada 13 Oktober lalu, Azmi juga mengepilkan keratan akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 21 April 1987 dalam muka surat enam menyebut bahawa bekas Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Dato' Radzi Sheikh Ahmad mengakui bahawa tindakan di
Memali ada kaitannya dengan desakan Umno Bahagian Baling.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke