Azalina terus membisu terhadap semua dakwaan

KUALA LUMPUR,Rabu,16 Okt Tanpa terus menerus mahu menjawab segala dakwaan
terhadapnya kecuali pernah berkata semuanya tidak berasas ,Azalina Othman
Said menegaskan bahawa semua itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk
meneruskan perjuangan Puteri.
Bercakap kepada para wartawan di pengkalan Tentera Udara DiRaja ,Subang
selepas mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mahathir yang berlepas untuk lawatan enam hari ke India, Pakistan dan Arab
Saudi,beliau menyifatkan pencalonan 100 peratus dari 165 bahagian yang
diterimanya sesuatu yang tidak disangka.
Beliau menyatakan penghargaan kepada anggota Puteri Umno yang memberi
kepercayaan kepadanya untuk memimpin pergerakan itu.
"Amat menggembirakan, sebab tak sangka boleh dapat 100 peratus," katanya.
Azalina juga berkata segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya tidak akan
melemahkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan Puteri Umno.
Kelmarin tiga dari empat yang menawarkan diri menentangnya,Ummi Hafilda
Ali,Raihan Suleiman Palestin dan Mastina Hamid menyifatkan pencalonan 100
peratus itu bukanlah melambangkan Azalina “bersih” dari segala dakwaanya.
Mereka berazam untuk meneruskan perjuangan untuk mencari kebenaran dalam isu
Azalina sekalipun tidak mendapat sebarang pencalonan.
Ummi antara lain menuntut agar Azalina meletakkan jawatan sekiranya tidak
berani menjawab segala dakwaan terhadapnya.
Mengenai pemilihan pergerakan itu pada 1 Nov ini, Azalina berharap lebih 600
anggota perwakilan akan memilih mereka yang boleh menjalankan tugas dan
bertanggungjawab untuk menjadi pemimpin.
"Lakukanlah dalam suasana yang baik. Letakkan kepentingan parti dan Puteri
Umno dulu," katanya.
Apabila ditanya sama ada beliau lebih selesa untuk bekerja dengan individu
tertentu sebagai naibnya, Azalina berkata: "Yang penting dia boleh buat
kerja, bertanggungjawab. Kalau nak glamor, nak pangkat, susahlah."
Bagi jawatan Naib Ketua Puteri, Setiausaha pergerakan Noriani Ahmad
memperolehi 133 pencalonan, Ketua Puteri Pahang, Shahaniza Shamsuddin
mendapat 19 dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab, 13.
Azalina berkata selepas pemilihan peringkat pusat, tumpuan Puteri Umno
adalah untuk menghadapi pilihan raya umum.
-------------------------------------------------------

Perjuangan Ummi,Raihan dan Mastina belum selesai...

KUALLA LUMPUR,Selasa 15 Okt - Kegagalan mendapat sebarang pencalonan untuk
jawatan Ketua Puteri Umno tidak langsung dianggap oleh Ummi Hafilda
Ali,Raihan Suleiman Palestin dan Mastina Hamid perjuangan mereka untuk
mencari kebenaran dalam isu Azalina Othman Said sudah berkubur.
Sebaliknya mereka tidak akan melangkah setapak kebelakang selagi Ketua
Penaja Puteri Umno itu belum didapati bersih dari segala dakwaan mengenai
penyelewengan harta dan dana pergerakan itu,kepincangan kepimpinan dan
lesbian .
Azam yang sama juga disuarakan oleh bekas pembantu peribadi tidak rasmi
Azalina iaitu Elly Zalilah Yusof dan dua orang bekas Setiausaha Kerja
Puteri,Mazayu Mahadi dan Nazariah Said.
Mereka yang dihubungi secara berasingan oleh Agendadaily hari ini menegaskan
kejayaan Azalina menyapu kesemua 165 pencalonan bahagian Puteri tidak boleh
membasuh kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan olehnya sewaktu
menerajui pergerakan itu kebelakangan ini.
Mereka beharap azam untuk meneruskan perjuangan itu idak dilihat sebagai
“dendam orang yang kalah”.
Ummi Haflida menegaskan beliau tidak akan berganjak dari pendirian asalnya
mahu Azalina membersihkan diri dari segala dakwaan.
"Sebagai ahli Umno adalah menjadi tanggongjawab saya untuk memastikan
pergerakan Puteri tidak dipimpin oleh orang yang dibayangi oleh segala macam
tuduhan.Yang saya pelik kenapa Azalina pengecut sangat nak keluar ke depan
menjawab segalanya secara gentleman.
Kepada satu soalan Ummi berkata pencalonan 165 bahagian tidak boleh jadi
perisai untuk melindungi Azalina.
Menurutnya soal pencalonan tidak boleh dikaitkan dengan dakwaan dan ini
terbukti dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau nak kira Anwar lagi berkuasa dan lebih berpengaruh waktu itu…tetapi
yang salah tetap salah.Juga dalam kes Anwar berapa ramai pemimpin Umno yang
tahu dan berani bersuara sehingga Perdana Menteri bertindak.
“Saya sendiri tidak faham kenapa setelah sekian lama orang satu negara
bercakap segala macam tentang dirinya dia boleh duduk diam macam tikus dan
mengunakan alasan kerana etika pemilihan dan sebagainya.
Contohnya dalam isu lesbian susah sangatkah nak masuk masjid sumpah dengan
Al-Quran untuk membersih diri dari dakwaan itu.Dakwaan itu melibatkan maruah
dirinya.Apa jenis manusia apalagi seorang pemimpin yang tidak mahu
mempertahankan maruah sendiri. Apakah etika pemilihan menegah sumpah dalam
masjid?”tegasnya.
Ummi berharap pucuk pimpinan parti melihat isu Azalina ini sebagai satu
perkara mendesak yang perlu diselesaikan segara.
“Ini bukan isu baru tetapi nampaknya semuanya drag their feet untuk duduk
dan secara serius menanganinya.Percayalah seluruh rakyat sedang memerhati
bagaimana cara Umno menyelesaikannya.Jangan jadikan isu Azalina satu
liabiliti dalam pilihanraya umum nanti.
“Tidak ada siapa yang secara pasti tuduh Azalina bersalah atas semua
dakwaan.Soalnya kenapa Umno tidak siasat segera atau Azalina jawab semua
tuduhan untuk bersihkan dirinya,”katanya.
Menurut Ummi kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada hari Ahad bahawa Umno menyerahkan siasatan kes Azalina mengenai
dakwaan penyelewengan harta dan dana Puteri pada polis merupakan satu aspek
sahaja dari segala dakwaan terhadapnya.
“Saya ingin melihat bagaimana Umno hendak tangani dakwaan mengenai
kepincangan kepimpinan yang di luar bidang kuasa polis,”katanya.
Raihan pula menegaskan mereka tidak akan membiarkan Elly keseorangan dalam
memperjuangkan isu ini.
“Kalau orang nak cakap kami ada niat tidak baik terhadap Azalina kerana
tidak dapat pencalonan…cakaplah.Pokoknya semua orang tahu segala dakwaan
terhadapnya belum lagi terjawab sampai ke hari ini.Kalau sudah bersih dan
didapati tidak bersalah setelah siasatan sampai ke akar umbi dibuat…siapa
lagi yang nak bising.
“Kami semua orang yang waras dan merasa bertanggongjawab kepada parti.Yang
sedihnya bila bersuara untuk mencari kebenaran ada yang sanggup dakwa seolah
kami tidak sayangkan parti dan bertindak menguntungkan pembangkang.
“Cuma orang yang berfikiran sempit dan sokong melulu boleh jadi buta hati
dan buta mata begitu sekali.Tiada siapa yang akan mempersoalkan seseorang
pemimpin yang kita tahu pasti bersih.
Raihan bertanya apakah penyokong-penyokong Azalina itu seratus peratus dapat
mengesahkan semua tuduhan itu tidak berasas.
“Cuba mereka tanya diri mereka sendiri apakah perasaan mereka melihat
seorang pemimpin yang tidak berani menjawab segala dakwaan secara
terbuka.Biasanya orang berani kerana benar.Ini Azalina cuba berselindung
disebalik macam-macam alasan dari dulu sampai sekarang.
“Kalau dia kata semua tuduhan tidak berasas ,kita pula nak bertanya apakah
asasnya tuduhan itu tidak berasas.Kita nak dengar apa asasnya dia berani
dakwa begitu.Tolong jangan cuba memperbodohkan orang dengan jawapan-jawapan
umum begitu,”katanya.
Mastina yang menyuarakan rasa terkejut dengan ketiadaan kuasa Lembaga
Disiplin Umno menyiasat dakwaan kepincangan kepimpinan Azalina berkata
sepatutnya Elly sudah diberitahu dari awal lagi mengenainya.
Katanya beliau sendiri menerima banyak panggilan dari kalangan kawan-kawan
ahli Puteri dan orang biasa yang menyuarakan rasa keciwa dan pelik bagaimana
perkara seperti ini boleh berlaku.
Menurut Mastina beliau berdiri teguh dibelakang rakan-rakan yang lain dalam
perjuangan mencari kebenaran ini.
“Biarlah orang nak kata enam jahanam,sepuluh jahanam atau dua puluh
jahanam….asas niat kami semata-mata memastikan Umno dan Puteri tidak
jahanam.
“Adalah satu kesilapan besar kalau anggap pencalonan 165 bahagian itu satu
lambang kebenaran.Kalau kita tidak selesaikan isu Azalina dengan betul saya
bimbang berbagai andaian yang negetif akan timbul terhadap parti. Kalau dia
ahli biasa tak mengapa …ini dia pemimpin ”kata Mastina.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke