>


Broadband? Dial-up? Get reliable MSN Internet Access. Click Here
--- Begin Message ---
Seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang ahli ibadah bernama Hatim dan bertanya, "Wahai Hatim, bagaimanakah caranya tuan solat ?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu ?" Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:
1) Bertaubat
2) Menyesali dosa yang dilakukan
3) Tidak tergila-gilakan dunia
4) Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5) Tinggalkan sifat berbangga
6) Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7) Meninggalkan sifat dengki
 
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke Masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku (sebelum aku mati), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam dolat kufaham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud (membaca tahiyyat) dengan penuh pengharapan (pengampunan dosa dan diterima solatnya oleh Allah SWT) dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Wallahu'alam.
 
Sumber,
lepaq kejap, Julai/Ogos 2002.
--- End Message ---

Kirim email ke