Kedah paling banyak berhutang
Monday, October 21 @ 17:11:45 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Hrkh)- Setiausaha Parlimen di Kementerian Kewangan,
Hashim Ismail, kelihatan teragak-agak untuk menjelaskan kepada sidang Dewan
Rakyat hari ini bahawa Kedah adalah negeri yang paling banyak berhutang
dengan kerajaan pusat.

Sebelum itu, Ramli Ibrahim (KeADILan - Kota Bharu) bertanya, dalam soalan
tambahannya, berhubung isu hutang kerajaan negeri dengan meminta penjelasan
daripada kementerian terbabit tentang negeri manakah yang paling banyak
tidak membayar hutang kepada kerajaan pusat.
Hashim dalam jawapannya berkata, Jumlah tunggakan hutang kerajaan-kerajaan
negeri kepada kerajaan pusat sehingga 31 Disember lalu adalah sebanyak
RM753,857,890.32 juta.
Daripada jumlah itu, katanya, Kedah menanggung hutang sebanyak
RM265,388,673.60, menjadikannya negeri yang paling banyak berhutang
berbanding negeri lain.
Sewaktu ! Hashim menyebut Kedah sebagai negeri terbanyak menanggung hutang,
dewan menjadi gamat apabila anggota pembangkang bersorak sambil menepuk
meja.
Dalam keadaan dewan yang riuh itu, Hasyim cuba meneruskan jawapannya dengan
memberi alasan bahawa Kedah menanggung hutang terbanyak disebabkan ia
dibangunkan dengan begitu pesat, sementara kegiatan k- ekonominya juga
bertambah luas.
"Oleh sebab itu, peruntukan besar yang diberikan kepada negeri tersebut
adalah munasabah," katanya sambil tersenyum.
Dewan semakin bising apabila Hashim cuba mengaitkan Kedah dengan Kelantan
dengan berkata, Kedah berhutang kerana ia membangun sedangkan Kelantan tidak
membangun.
Melihatkan keadaan yang semakin gamat itu, Speaker, Tun Zahir Ismail,
terpaksa menegur anggota dewan supaya tidak membuat bising.
Dalam pada itu, sewaktu menjawab soalan kedua daripada Ramli, berhubung
aduan kerajaan Kelantan dan Terengganu tentang kelewatan menerima peruntukan
daripa! da kerajaan pusat, beliau meminta Ramli supaya bersyukur kepada Allah
SWT.
Ini katanya, adalah bukti bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah
mengabaikan kewajipannya kepada kedua-dua negeri itu, cuma ia "lambat
sedikit.'
Sehubungan itu katanya, negeri-negeri itu seharusnya tidak mengeluh dan
merintih.
"Di antara sifat orang yang bersyukur ialah mereka menghargai setiap nikmat
yang diterima di samping tidak mengeluh atas masalah yang dibebankan ke atas
mereka. Lambat dua, tiga, empat bulan bukannya apa-apa," katanya.
Dewan menjadi lebih kecoh apabila anggota pembangkang terus bersorak dengan
menepuk meja ekoran jawapan Hashim sehinggalah speaker meminta beliau
menamatkan ucapan kerana masa menjawab telah cukup.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke