Isytihar 'silap tahan', elak negara dikait keganasan
Monday, October 21 @ 18:41:23 MYT


TUMPAT, 21 Okt (Hrkh) - Kerajaan dicadang mengisytiharkan mereka yang
ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai 'silap tahan'
bagi mengelakkan negara ini terus dikaitkan dengan keganasan.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
berkata, tindak tanduk kerajaan menahan mereka yang tidak dibuktikan
bersalah di mahkamah dengan kegiatan militan telah mengundang musibah lain
kepada negara.
"Sedangkan pada hakikatnya tiada bukti jelas, ada rakyat di negara ini yang
benar-benar boleh dikaitkan dengan keganasan," katanya pada ceramah Israq
Miraj di Dewan Majlis Daerah Tumpat di sini, malam tadi.
Hadir sama, anggota Exco, Ustaz Mohamed Daud, Pengarah Urusetia Penerangan
Kerajaan Kelantan, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood dan wakil-wakil rakyat.
Program itu dianjurkan Majlis Daerah Tumpat.
B! aru-baru ini, beberapa pihak di negara ini termasuk Barisan Nasional
dikatakan mempunyai kaitan dengan al Qaeda. Laporan mengenai perkara itu
dibuat kumpulan pemantau kegiatan keganasan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Ustaz Abdul Ghani berkata, tindakan kerajaan menahan tanpa bukti yang kukuh
rakyat sendiri dengan tuduhan militan, telah mengundang risiko lain kepada
negara.
Katanya, ada pihak di luar negara kemungkinan melihat tindakan kerajaan
menahan sesiapa sahaja di bawah ISA tanpa dibuktikan di mahkamah,
menggambarkan negara ini mempunyai kaitan dengan keganasan.
Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan mengumumkan mereka yang ditahan di
bawah ISA sebelum ini dengan dakwaan terbabit dengan kegiatan militan,
diisytiharkan sebagai salah tahan.
Pada 16 Oktober lalu, polis menahan empat rakyat lagi ditahan di bawah ISA
atas tuduhan menganggotai Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Sebelum ini
dikenali sebagai Kumpulan Mujahid! din Malaysia.
Mereka termasuk guru agama yang pernah belajar di Pakistan, Ustaz Shaari
Mustapha, 35; seorang pelajar, Nik Abdul Rahman Mustapha, 28 kedua-dua dari
Kelantan; Abdul Murad Sudin, 39 peniaga berasal dari Perak dan Azahar Abdul
Samad, 32, peniaga ditahan di Pahang.
Lebih setahun lalu, anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz
juga ditahan di bawah tuduhan yang sama, tanpa dibuktikan di mahkamah.
Ustaz Abdul Ghani juga berkata, negara-negara kuasa besar seperti Amerika
mengharap berlaku peperangan membabitkan negara-negara kecil bagi mengautkan
keuntungan mudah melalui penjualan senjata.
Menurutnya, biar pun setiap kali berlaku perlanggaran ketenteraan Amerika ke
atas negara-negara kecil melibatkan perbelanjaan berbilion dollar, namun
keuntungan diperolehi lebih berlipat kali ganda lagi melalui penjualan
senjata.
"Pembuat-pembuat senjata di Amerika memperolehi kekayaan hasil penjualan
senjata hanya bersandarka! n alasan memerangi keganasan di negara-negara
Islam," katanya.
Ustaz Mohamed berkata, pemimpin umat Islam dianiayai dan dikhianat berlaku
sejak zaman berzaman, di mana Nabi Yusof pernah dipenjara tujuh tahun
angkara perbuatan Siti Zulaikha.(MJ)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke