Keganasan: PBB hukum BN dengan ISA
Tuesday, October 22 @ 13:19:01 MYT


KOTA BHARU, 22 Okt (Hrkh) - Tindakan kumpulan pemantau Majlis Keselamatan,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Barisan Nasional (BN)
mempunyai kaitan dengan al Qaeda, dianggap sebagai hukuman ISA yang
dikenakan PPB terhadap kerajaan BN.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar berkata, tuduhan yang
dilakukan PPB itu hampir sama dengan tindakan kerajaan BN menahan rakyatnya
sendiri tanpa bukti di bawah ISA.
"Apa yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan PBB terhadap BN tanpa bukti
kukuh adalah satu hukuman ISA antarabangsa terhadap Umno, cuma yang
membezakan dengan ISA di Malaysia, di mana tuduhan PBB tanpa berlaku
tangkapan.
"Segala tuduhan yang dilemparkan PPB itu terhadap BN adalah hampir sama
dengan tuduhan ISA oleh Umno terhadap penyokong pembangkang," katanya pada
ceramah Israq Miraj di Kampung Seberang Pasir Mas di sini, ! malam tadi.
Menurut Haji Mahfuz, biar pun PAS turut disenarai sama oleh kumpulan
pemantau Majlis Keselamatan mempunyai kaitan dengan al Qaeda, namun PAS
tidak pernah mengelabah.
"PAS sudah lama difitnah dan dianiayai oleh pemimpin Umno. Hanya baru
sekarang pemimpin Umno merasai begitu perit sekali apabila difitnah oleh
pihak yang lebih berkuasa," ujarnya.
Anggota Parlimen Pokok Sena itu juga menganggap bakal Perdana Menteri, Dato'
Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin yang tidak patriotik
apabila hanya mahu menuntut PBB mengeluarkan nama BN sahaja dalam senarai
'keganasan', sedangkan beberapa pihak lain di negara ini yang turut
disenaraikan.
Menurutnya, sekiranya Pak Lah mempunyai jiwa patriotisme sudah tentu dia
akan meminta PBB mengugurkan semua nama-nama pertubuhan di negara ini yang
dikaitkan dengan keganasan.
Beliau juga membayangkan langkah PBB menyenaraikan BN dalam senarai
mempunyai kaitan dengan al Qaeda ! adalah satu bentuk tekanan baru yang
dikenakan terhadap kepemimpinan Pak Lah, yang bakal menjadi Perdana Menteri
pada Oktober tahun depan.
"Sebelum ini Pak Lah dianggap berjaya melepasi ujian pertama, apabila tanpa
berlengah menyerahkan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahmed
Ibrahim Bilal kepada Amerika, setelah dituduh mempunyai kaitan dengan
keganasan.
"Pak Lah selaku Menteri Dalam Negeri terus menyerah kepada Amerika pelajar
terbabit tanpa berhelah lagi, sedangkan pelajar berkenaan datang ke sini
untuk mendapat perlindungan daripada pemimpin yang dikenali sebagai lantang
pernah mengkritik Amerika," ujarnya.
Setiausaha PAS Kota Bharu, Zainuddin Abdullah berkata, Umno kini mengalami
pembalasan kerana pernah menganiayai pembangkang dengan pelbagai kezaliman.
Katanya, pembalasan yang begitu perit sekali dirasai pemimpin BN apabila
dilabelkan ada kaitan dengan keganasan oleh PBB.
Exco Pergerakan Pemuda KeADILan Malays! ia, Zamakhsari Ibrahim melahirkan rasa
kesal terhadap sikap gopoh kerajaan Malaysia menangani isu Ahmed Ibrahim.
"Masalah ini bukan lagi merupakan persoalan pengganas tetapi berkait dengan
maruah agama. Pendirian pemimpin negara yang tidak konsisten membuktikan
kewujudan pihak lain yang menentukan sesuatu tindakan di negara ini,"
ujarnya.
Ahmed, 24, seorang warga negara Amerika adalah antara enam orang yang
dikaitkan dengan militan dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan berikutan
penangkapan empat orang dalam operasi di Oregon dan Michigan.
Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Ustaz Muhamad Mustafa berkata,
pemimpin Umno kini berada dalam dilema kerana dituduh bersekongkol dengan
pengganas.
Nik Azman Nik Min 38, bekas pensyarah kolej swasta di Kota Bharu memberitahu
penghantaran balik Ahmed akan mengundang risiko yang lebih besar terhadap
negara.
"Adakah pemimpin Umno didesak oleh Amerika supaya menghalau pelajar
terbabit. S! ekiranya mereka menerima desakan itu, maka mungkin suatu hari
nanti mereka dipaksa melakukan sesuatu yang lebih besar sehingga sanggup
mencemar maruah negara sendiri," tambahnya.
Sementara itu di JELI, Anggota Parlimen Jeli, Haji Mohd Apandi Muhammad
berkata, pemimpin Umno tidak mempunyai prinsip apabila menyerahkan Ahmed
Ibrahim kepada Amerika dengan begitu mudah sekali.
Adun Meranti, Ustaz Nasuruddin Daud berkata, Allah telah membalas ke atas
Umno dan kerajaan BN apabila mereka turut dituduh sebagai agen pengganas.
"Walaupun kita tidak setuju dan menentang keras tuduhan itu, tetapi ia
merupakan balasan Allah kepada BN supaya mereka merasai tuduhan sebagai
pengganas tanpa sebarang bukti," katanya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke