*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Definisi Sumber Terbuka

Assalamualaikum,

Linux, Mozilla dan OpenOffice adalah daripada
Projek Perisian Sumber Terbuka. Sejauh manakah
anda memahami maksud Sumber terbuka.

Dipetik daripada laman
http://www.opensource.org/docs/osd-bahasamelayu.php

Untuk rujukan semua.

Wassalam.


: )

http://altersoft.iscool.net/

-----------------------


Definisi Sumber Terbuka

Pengenalan

Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada
kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber
terbuka harus menepati 
kriteria-kriteria berikut:

1. Pengedaran Semula Bebas

Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak
dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen
daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi
aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak memerlukan
sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.

2. Kod Sumber

Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan
membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran
dalam bentuk kompil. Dimana sesetengah bentuk produk
tidak diedarkan bersama kod sumber, harus terdapat satu
cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber
pada kos reproduksi berpatutan atau boleh dimuat turunkan
melalui Internet tanpa sebarang bayaran.

Kod sumber haruslah menjadi bentuk  utama seorang
pengaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara.
 Kod sumber yang sengaja mengelirukan tidak dibenarkan.
Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau
penterjemah tidak dibenarkan.

3. Kerja Bersumber

Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta
kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan
dibawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

4. Keutuhan Kod Pencipta Kod Sumber

Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber
daripada diedarkan dalam bentuk berpinda hanya
jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail
tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda
aturcara tersebut pada masa pembuatan.

Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan
edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber
yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh menghendaki
kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor
versi yang lain daripada perisian asal.

5. Tiada Diskriminisasi Terhadap Seseorang Atau Kumpulan

Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi
terhadap seseorang atau sekumpulan orang.

6. Tiada Diskriminasi Terhadap Usaha Bidang Lain

Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa lain
daripada mengguna-semula aturcara tersebut bagi
sebarang usaha dalam bidang lain.

Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang 
sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam
bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.

7. Pengedaran Lesen

Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit
kepada sesiapa yang mengedar semula aturcara
tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.

8. Lesen Tidak Boleh Khusus Kepada Satu Produk

Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh
bergantung kepada aturcara tersebut sebagai
sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.

Jika aturcara ini diekstrak daripada distribusi
tersebut atau digunakan atau diedarkan dibawah
terma lesen aturcara tersebut, semua pihak yang
mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai
hak yang sama dengan mereka yang mendapat hak
bersamaan edaran aturcara asal.

9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain

Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan
kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal.
Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh
menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan
diatas medium sama harus juga
perisian sumber terbuka. 


---------------------------

Rujukan Linux
http://www.geocities.com/linuxmalaysia

Rujukan Mozilla
http://ikhlas.com/meksom/ atau
http://www.mozilla.org/

Rujukan Openoffice
http://oo-l10n-my.sourceforge.net/ atau
terus ke http://www.openoffice.org/


Bincangkan masalah IT, komputer dan Internet
anda di

http://www.bincang.net/

atau

http://www.ittutor.net/

------------------------

Bukan Sekadar Internet Sahaja
http://harisfazillah.cjb.net/

_______________________________________________________
The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke