*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
doktor2 perubatan yang ada dimalaysia ni..boleh tak beri pandangan dalam hal ini, kerana ramai jemaah haji/umrah yang telah disuntik
atau pun yang sedang menunggu untuk disuntik rasa kebinggungan, kerana sekarang ni..benda2 yang haram telah/sudah dihalalkan boleh ke..

sedang tunggu jawapan.






From: Hijau Kunin <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>, "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: H-Net* Islam benarkan vaksin daripada lemak babi
Date: Wed, 16 Oct 2002 02:20:14 -0700 (PDT)


Entah la dunia la ni. Yang haram dah jadi halal. Agaknya tak lama lagi la nak kiamat ni. Sungguh pun begitu puak UMNO ni tak sedaq-sedaq diri lagi. Dok gila lagi kat dunia ni. Bila la nak sedaq, setidak-tidaknya 60 % daripada 23 Juta orang kat Malaysia ni tak terjerumus terus ke lembah kesesatan.
Lagu mana la agaknya makanan cucu-cicit kita nanti kalau dok teruih lagu ni ? Kacau weih !
"Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Islam benarkan vaksin daripada lemak babiOleh MONA AHMAD
KUALA LUMPUR: Penggunaan suntikan pelalian quadrivalent meningokokal (ACYW 135) diperbuat daripada lemak babi dibenarkan dalam Islam kerana ia sudah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

Presidennya, Dr Musa Mohd Nordin, berkata menerusi kaedah itu, gelatin diperbuat daripada tulang, kulit dan tendon haiwan yang tidak suci dibenarkan, begitu juga sabun daripada lemak babi dan haiwan mati.

Transformasi mengikut Seminar Perubatan-Fiqh Kelapan pada 1995 bermaksud sesuatu proses yang membolehkan sesuatu objek itu diubah kepada bentuk lain termasuk dari segi sifat dan kandungan, menyucikan bahan terbabit melalui proses tertentu, sekali gus menukarkan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh syariah kepada yang dibenarkan.

“Walaupun sesetengah vaksin ACYW 135 pada asalnya diperbuat daripada lemak babi, selepas melalui pelbagai proses, ia lahir sebagai bahan baru dan jelas penggunaannya dibenarkan dalam Islam.

“Vaksin ini diwajibkan ke atas jemaah haji dari seluruh dunia yang mengerjakan haji. Keputusan mengenai kebenaran menggunakan vaksin berasaskan lemak babi ini dibuat oleh kumpulan ulama fiqah terkenal dari seluruh dunia termasuk Yusuf Qardawi dalam Seminar Perubatan – Fiqh Kelapan pada 1995 di Kuwait,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Bertemu Pakar di Persidangan Kedua Pusat Perubatan Universiti Malaya: Perubatan Daripada Perspektif Islam, di sini semalam. Persidangan tiga hari bermula kelmarin disertai 450 pengamal perubatan itu, anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berhubung kebenaran berdoa untuk bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit, pensyarah Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata Islam tidak pernah melarang umatnya menggunakan ayat al-Quran untuk merawat penyakit tidak kira pesakit itu orang Islam atau tidak.

“Tidak timbul masalah sama ada Islam atau bukan, kerana dalam satu sudut orang yang bukan Islam itu juga adalah jiran. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan kebaikan kepada jiran kita,” katanya.

Dr Omar pula berkata secara umum, umat Islam boleh mendoakan orang bukan Islam supaya mereka mendapat hidayah dan mengurangkan perbuatan jahat terhadap orang Islam.

“Setahu saya, tiada nas al-Quran atau hadis yang menyentuh mengenai doa orang Islam untuk orang bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit. Bagaimanapun, al-Quran mempunyai kesan besar dalam penyembuhan penyakit.

“Di Amerika Syarikat sendiri, ada klinik yang dibuka oleh pengamal perubatan Islam dan ada juga pesakit mereka bukan beragama Islam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Omar Hasan berkata, hukum syariah adalah anjal.

“Jika berlaku keadaan darurat, maka sesuatu yang haram itu boleh menjadi halal. Ini termasuk kegunaan vaksin daripada lemak babi, yang jelas perlu bagi mengelak serangan penyakit meningitis,” katanya.

Mengenai keraguan pakar bius untuk menghentikan penggunaan mesin hayat bagi pesakit mati otak, Dr Musa berkata mengikut amalan Islam, tiga pakar diperlukan bagi mengesahkan bahawa mesin itu tidak diperlukan selepas penilaian yang mendalam.

“Pelbagai ujian perlu dijalankan terlebih dulu termasuk elektro encephalograf (EEG), bagi memastikan mesin penggunaan hayat boleh dihentikan. Lazimnya, kebenaran waris juga diambil kira,” katanya.http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mukadepan/20021012235335/Article/
_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp




---------------------------------
Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

_________________________________________________________________
Surf the Web without missing calls! Get MSN Broadband. http://resourcecenter.msn.com/access/plans/freeactivation.asp


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kamal bohari" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke