Tamat krisis tebusan di Moscow dan kematian ketua bersenjata Chechnia
نهاية أزمة رهائن موسكو ومقتل قائد المسلحين الشيشان


Al-Jazeera - 26-10-2002, Sabtu - waktu Mekah 07:45, waktu GMT 04:45

[Pasukan Khas Tentera Russia telah mengeluarkan mangsa-mangsa yg terbunuh didalam operasi tersebut]

أكد الكرملين صباح اليوم انتهاء أزمة احتجاز مئات الرهائن في أحد مسارح موسكو، ومقتل قائد الجماعة الشيشانية التي كانت تحتجز الرهائن والقبض على عدد منهم.


Pihak Kremlin telah mengesahkan pada pagi ini bahawa krisis penahanan beratus orang tebusan didalam sebuah panggung teater di Moscow telah tamat dan mereka telah membunuh pemimpin kumpulan bersenjata Chechnia yg menahan tebusan tersebut dan mengangkap beberapa orang dari mereka.

Didalam penjelasan ini menyatakankan beberapa orang yg bersenjata telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Russia dan diantara mereka yg cedera, dan mereka yg menjadi tebusan kesemuanya bebas/terselamat. Pasukan Russia dikatakan mengawal panggung teater yg menahan para tebusan selama 3 hari dengan baik sekali.

Koresponden Al-Jazeera di Moscow berkata bahawa pasukan tentera telah memecah masuk kedalam bangunan tersebut dengan menggunakan perancangan yg tepat dimana dapat mengelakkan lebih banyak mangsa yg terlibat.

Tambah beliau bahawa operasi telah bermula pada 5:30 pagi waktu tempatan dan telah memeranjatkan lelaki Chechnia yg bersenjata bahawa pihak berkuasa Russia telah menjanjikan kehadiran pasukan mereka dari Presiden Vladimir Putin.

Pihak berkuasa Russia telah berkumpul dikawasan tersebut dengan kereta-kereta perisai bersama dengan beratus-ratus orang Polis dan Askar.

Menurut Agensi Berita Russia, Interfax bahawa menurut sunber dari pihak perubatan lebih kurang 10 orang telah terbunuh semasa operasi tersebut yg mengakibatkan pembebasan 700 orang yg ditahan oleh kumpulan bersenjata Chechnia semenjak Rabu lalu di sebuah panggung teater di Moscow.

Pegawai keselamatan juga mengumumkan bahawa pasukan Russia telah memecah masuk kedalam panggung teater hari ini dan berjaya mengawalnya.

Menurut jurucakap atas nama Pasukan Keselamatan, Bafl Kondraftsif bahawa terdapat beberapa orang dari kumpulan Chechian dan Ketua mereka Movsar Barayev telah terbunuh semasa operasi tersebut dan yg lain-lain telah ditahan.

Berkata Timbalan Menteri dalam Negeri Vladimir Vasilyev bahawa pasukan Russia telah melakukan operasi pecah masuk kedalam panggung teater yg didiami oleh kumpulan bersenjata Chechnia dan menyelamatkan para tebusan telah mengurangkan jurang penumpahan darah yg lebih luas.

Bercakap dengan wartawan di luar panggung teater tersebut semasa mereka yg terselamat dikeluarkan dari situ, katanya :

نجحنا في منع وقوع عدد كبير من القتلى وانهيار المبنى


"Kita berjaya menghalang pembunuhan secara beramai-ramai dan juga ugutan kemusnahan bangunan"

Pihak berkuasa Russia mengatakan pada waktu lalu bahawa kumpulan bersenjata Chechnia yg menahan beratus-ratus tebusan disalah sebuah panggung teater di Moscow telah mula mengugut untuk membunuh para tebusannya. Mereka telah membunuh 2 orang tebusan dan mencederakan 2 yg lain. Pejuang Chechnia dimasa lalu telah menggugut akan membunuh tebusannya mulai pagi ini jika Moscow enggan mengundurkan pasukannya dari Chechnia.

sumber : http://www.aljazeera.net/news/europe/2002/10/10-26-2.htm

==========
wassalam

Di petik dari ANN: http://ann.al-ahkam.com.my/cgi-bin/ann/viewnews.cgi?category=3&id=1035616753

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2002



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke