*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >>Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, >>langkah itu diambil bagi membendung gejala sosial yang semakin berleluasa.
>>Menurutnya, dari maklumat yang diperoleh, >>kebanyakan gejala penagihan dadah, pil khayal dan minuman keras >>bermula di pusat hiburan. KOMEN: Langkah kerajaan melarang remaja bawah 21 tahun masuk ke pusat hiburan adalah untuk MEMBENDUNG gejala sosial... Kalau dah tahu gejala sosial, dadah, minuman keras bermula di pusat hiburan, mengapa tidak di tutup terus?? Adakah gejala sosial hanya terhad kepada remaja bawah umur 21 tahun??? Beginilah tahap mentaliti & pemikiran pemimpin/menteri kita! >>>>>>>>>>>>>>> Larangan remaja bawah 21 masuk pusat hiburan KUALA LUMPUR 13 Mac - Remaja bawah 21 tahun tidak akan dibenarkan lagi memasuki premis hiburan di ibu kota apabila Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dipinda tidak lama lagi. Had umur untuk memasuki pusat hiburan sekarang ini ialah 18 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu diambil bagi membendung gejala sosial yang semakin berleluasa. Menurutnya, dari maklumat yang diperoleh, kebanyakan gejala penagihan dadah, pil khayal dan minuman keras bermula di pusat hiburan. ``Kita mendapati kegiatan tidak bermoral seperti pengedaran dan penagihan dadah serta pil ekstasi membabitkan remaja di bawah umur semakin berleluasa di pusat-pusat hiburan. ``Demi masa depan generasi muda, kita akan pinda had umur kemasukan dan kita mengharapkan kerjasama daripada pemilik premis hiburan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 200 pemilik premis hiburan di sekitar ibu kota di sini, hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Shaid Mohd. Taufek dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ruslin Hashim. Tengku Adnan seterusnya mengingatkan pemilik premis hiburan supaya tidak mengambil ringan arahan itu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan lumayan. Katanya, pemilik pusat hiburan sepatutnya menguruskan operasi premis masing-masing dengan rasa tanggungjawab yang tinggi dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan. Beliau berkata, sehingga kini, masih terdapat ramai pemilik premis hiburan yang berdegil dan menyalahgunakan lesen yang dikeluarkan. Tegasnya, jika pengusaha pusat hiburan terus berdegil, DBKL akan mewajibkan pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) untuk memudahkan pemantauan oleh DBKL. ``CCTV itu akan dipasang di pintu masuk utama, ruang dalam pusat hiburan dan bilik karaoke bagi membolehkan pihaknya mengetahui sama ada wujudnya gejala pengedaran dadah, pil ekstasi atau mereka yang di bawah umur,'' jelasnya. Tengku Adnan berkata, penguatkuasaan CCTV itu akan dilaksanakan sebaik sahaja sistem pengezonan pusat hiburan dilaksanakan dua minggu lagi. ``Seboleh-bolehnya kita tidak mahu pasang sebab kita tahu pemilik premis tidak suka segala aktiviti perniagaan mereka dirakamkan tetapi kita terpaksa jika mereka enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2003&dt=0314&pub=Utusan_Malays ia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>