*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beberapa tahun dahulu saya ada membaca satu pendedahan dalam internet
oleh satu kumpulan manusia yang membuat laman web ala "X-Files".
Mereka itu bukan orang Islam, tapi rakyat Amerika yang suka mendedahkan
konspirasi sulit yang dikatakan wujud dalam dunia ini, termasuk
isu UFO, makhluk asing dan rancangan sulit kerajaan Amerika Syarikat.

Antara yang menarik ialah saya ada terbaca satu laporan cerita
bahawa ketika Perang Dunia ke-2 dulu, pihak tentera Amerika ada
menjumpai satu kitab rahsia di Gereja Vatikan, Itali. Kebetulan
kitab itu menjadi satu kontroversi kerana disimpan secara sulit di
Gereja Vatikan. Kitab itu juga dikatakan telah ditulis di zaman
SEBELUM lahirnya Nabi Muhammad. Dalam kandungannya ada menyatakan
secara JELAS satu ramalan (prophecy) bahawa pada akhir zaman kelak,
akan berlaku satu peristewa yang amat besar. Satu peperangan dahsyat
akan terjadi yang mana pada akhirnya sebuah negara bernama Israel
akan dikalahkan oleh orang-orang Arab.

Maka kitab tersebut telah diserahkan kepada pihak perisikan Amerika
dan dikaji. Berdasarkan ini, memang Amerika sedar bahawa di suatu
masa kelak akan wujud satu negara Arab yang kuat yang berupaya
menghancurkan Israel dan Yahudi.

Kalau mengikut kitab Bible, kitab suci bagi Yahudi dan Kristian,
mereka meramalkan akan datang seorang pemimpin agung yang mereka
namakan sebagai "Messiah". Bagi Kristian, Messiah mereka ialah
Nabi Isa yang akan datang semula ke bumi untuk menentang musuh-
musuh Kristian. Bagi Yahudi pula, Messiah yang mereka tunggu itu
ialah seorang bangsa Yahudi yang akan memimpin semua ummat Yahudi
dan mengajak semua ummat manusia memeluk ugama Yahudi dan meng-
iktiraf bahawa bangsa Yahudi adalah ummat pilihan Tuhan.

Jadi, berdasarkan andaian apa yang bakal berlaku, sekiranya Israel
dapat dihancurkan oleh orang-orang Arab bererti kitab Bible yang
dipegangi oleh Kristian dan Yahudi akan musnah kerana ramalan
dalam Bible itu TIDAK BENAR. Maknanya, sekiranya ummat Arab dapat
mengalahkan Yahudi, dengan sendirinya kitab Bible itu adalah
bohong dan ugama Kristian serta Yahudi akan musnah. Dalam ertikata
lain juga, maka kitab Al-Qur'an adalah benar !!!!! Dan apa yang
disebut oleh Nabi kita dalam hadith-hadith tanda-tanda akhir zaman
akan menjadi kenyataan !!!!!

Oleh itu, nampaklah sekarang ini, pihak musuh-musuh Islam beriya-
iya untuk memerangi Islam. Peperangan di Iraq sekarang adalah
langkah-langkah pihak musuh-musuh Islam dan puak-puak munafiq
memerangi ummat Islam. Maka membuat pelbagai alasan untuk berselin-
dung di belakang propaganda "Bersama Menghapuskan Keganasan".
Atas slogan inilah kebangkitan ummat Islam akan dihalangi dan 
dilumpuhkan.

Amerika sekarang menyerang Iraq kerana di situ ialah tempat paling
strategik bagi melumpuhkan kebangkitan dan penyatuan ummat Islam.
Kononnya, di situlah pihak Kristian dan Yahudi mengira akan lahir
KEKUATAN Islam yang paling hebat yang bakal menggugat kedudukan
Israel.

Apa yang kita saksikan sekarang ialah bahang Perang Salib Abad ke-21.
Kita sedang ditipu oleh Barat dan apabila Iraq dapat ditawan, dengan
sendirinya mereka (Kristian dan Yahudi) dapat membuktikan bahawa
Al-Qur'an dan Hadith Nabi adalah tidak benar.

Tidak hairan jika Nabi kita ada menyebut bahawa antara tanda-tanda
akhir zaman, ramai ummat yang mengaku Islam akan ikut jejak telunjuk
Kristian dan Yahudi sedikit demi sedikit. Tidak hairan juga ummat
yang mengaku Islam akan menentang ulama dan tunduk kepada kehendak
Kristian dan Yahudi. Mereka telah ketepikan ajaran-ajaran Al-Qur'an
dan Hadith, ulama-ulama dipandang hina dan tersisih. Apa yang mereka
gerun ialah kuasa besar seperi Amerika seolah-olah tuhan yang ditakuti 
dan dipuja. Termasuklah kuasa itu sebagai pengaruh Dajjal.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke