*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Datuk Nazri ni ada wayar short kot???
>>Beliau berkata, penutupan dua MRSM itu bukan kerana Terengganu >>diperintah pembangkang tetapi kerana Yayasan Terengganu meminta >>Mara mengosongkan bangunan MRSM yang dimiliki yayasan berkenaan. >> >>Mohamed Nazri berkata, keengganan Yayasan Terengganu menurunkan kuota >>80 peratus dan kegagalan menyediakan peruntukan kewangan bagi >>kerja penyelenggaraan adalah punca dua MRSM itu ditutup. Cuba perhatikan petikan-petikan akhbar-akhbar berikut: 1) Dipetik dari Berita Harian 12-Nov-2002 yang bertajuk "Turun kuota: Kerajaan tetap tutup MRSM": KUALA LUMPUR, Selasa: Kesediaan kerajaan negeri Terengganu menurunkan kuota anak negeri bagi kemasukan di dua Maktab Rendah Sains Mara Yayasan Terengganu (MRSM-YT), tidak akan mengubah keputusan kerajaan untuk menutup kedua-dua MRSM itu, tahun depan. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kesanggupan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Hadi Awang, untuk berbincang mengenai kuota tidak akan memberi apa-apa makna kerana ia sudah terlewat. 2) Dipetik dari Bernama 19-Feb-2003 yang bertajuk "Nazri Cabar Mustafa Ali Debat Isu Penutupan MRSM": Keputusan menutup MRSM Besut dan Dungun pada tahun ini adalah muktamad setelah kerajaan Terengganu enggan menurunkan kuota pengambilan pelajar dari negeri itu. KOMEN: ====== Dengan kesudian kerajaan negeri Terengganu berbincang dan menurunkan kuota anak negeri, tidakkah ini bermakna alasan keengganan kerajaan Terengganu menurunkan kuota sebagai punca penutupan 2 MRSM ditutup adalah ternyata MELESET??? Mengapa kerajaan pusat tidak mahu bertoleransi sedangkan kerajaan Terengganu sanggup bertoleransi dalam hal ini??? 3) Dipetik dari Utusan 22-Mac-2003 yang bertajuk "Dua MRSM di Terengganu jika BN menang": DUNGUN 21 Mac - Kerajaan Pusat memberi jaminan, dua buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru akan dibina di negeri ini jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Terengganu pada pilihan raya umum akan datang. KOMEN: ====== Jadi, inilah sebab sebenarnya... bermotifkan politik! Kalau BN tewas di Terengganu pun apa salahnya kalau kerajaan pusat membina MRSM tersebut! Mengapa mesti tunggu menang??? Bukankah ianya demi untuk anak melayu jugak (iaitu perjuangan utk bangsa sepert-mana yang diwar-warkan oleh pemimpin umno)??? Tidakkah ini membuktikan sikap kerajaan pusat yang menganaktirikan & menyekat pembangunan negeri yang dipimpin oleh pembangkang??? Ini jelas membuktikan kerajaan pusat boleh memberi pembangunan kepada negeri Terengganu kalau mereka mahu! Jadi betullah antara sebab negeri Kelantan & Terengganu mundur sebab kerajaan pusat sengaja menyekat pembangunan di negeri tersebut! >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 'Yayasan Terengganu punca dua MRSM ditutup' MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) dihujani pelbagai soalan ahli Parlimen dari Terengganu mengenai penutupan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri itu ketika penggulungan perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. Mohamed Nazri yang kelihatan tenang ketika menjawab soalan, cuba sedaya upaya menjelaskan kepada mereka mengenai keputusan penutupan dua MRSM itu. Beliau berkata, penutupan dua MRSM itu bukan kerana Terengganu diperintah pembangkang tetapi kerana Yayasan Terengganu meminta Mara mengosongkan bangunan MRSM yang dimiliki yayasan berkenaan. Mohamed Nazri berkata, keengganan Yayasan Terengganu menurunkan kuota 80 peratus dan kegagalan menyediakan peruntukan kewangan bagi kerja penyelenggaraan adalah punca dua MRSM itu ditutup. Katanya, Yayasan Terengganu mengarahkan Mara mengosongkan MRSM Dungun selewat-lewatnya pada 5 Januari 2003. Sehubungan itu, pada 7 Januari lalu beliau mengumumkan keputusan memindahkan semua pelajar, guru dan harta benda milik Mara di MRSM Dungun dan Besut ke MRSM lain. "Semua 428 pelajar sudah dipindahkan ke lima MRSM yang lain, iaitu di Kuala Terengganu, Muadzam Shah, Kuala Lipis, Kuala Krai dan Pasir Tumboh pada 15 Februari lalu," katanya. Mohamed Nazri juga menafikan kononnya Umno Terengganu mempengaruhi beliau untuk menutup MRSM Dungun dan Besut. "Saya tidak pernah jumpa Umno Terengganu untuk berunding perkara ini. Demi Allah, saya tidak dipengaruhi oleh mereka," katanya. "Ada beberapa ahli Umno Terengganu cuba datang berjumpa berhubung perkara itu tetapi saya menolak untuk berjumpa, sebaliknya mereka hanya berjumpa setiausaha saya," katanya. Mengenai pertimbangan kerajaan berhubung kepentingan pelajar dua MRSM itu, Mohamed Nazri berkata, mengikut peraturan Perbendaharaan, jumlah pelajar di satu-satu MRSM perlu seimbang dan tidak boleh dihuni 80 peratus anak tempatan. "Semua ini termaktub dalam peraturan. Kalau kerajaan Terengganu setuju berunding dalam tempoh dua tahun lalu, saya boleh minta Perbendaharaan memberi kuota 40 peratus pelajar Terengganu belajar di sana," katanya. Beliau berkata, tindakan tidak membenarkan dua MRSM Terengganu mengambil 80 pelajar negeri itu dibuat bukan kerana takut negeri lain akan meminta dipertimbangkan mendapat kuota yang sama di negeri masing-masing. "Semua ini kerana telah termaktub dalam peraturan. Keputusan saya bukan takut negeri lain minta kuota yang sama," katanya. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20030325222857/Articl e/ _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>