*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Meremang bulu roma aih tengok Al-Jazeera pagi tadi
bila depa tunjuk gambaq penduduk2 kampung di Iraq
pakat dok tunjuk perasaan depan kamera sambil
menjulang senjata di tangan. Ada kot beratus-ratus
orang di satu tempat tu. Sorang tua tu, wajah mirip
pelakon cerita Umar Mukhtar Lion of the Desert tu
dengan semangat sekali berkata:

"Kami, dari Kabilah Bani Taif, bersedia untuk mati
mempertahankan tanahair kami dari Penjenayah Bush!"

(Di tempat kita nie, Kabilah tu macam Kampunglah)

Kata pemberita al-jazeera, macam tulah suasananya di
mana-mana saja kampung yang beliau pergi.

Sebab tu malam tadi, saya tak berapa nak terperanjat
bila lintas lansung thru videoa phone oleh pemberita2
CNN dan juga BBC yg bersama2 dgn tentera Amerika di
tengah/selatan Iraq tu melaporkan bahawa:

"Pasukan Amerika Kini Mula Menukar Strategi Untuk
Menumpukan Perhatian kepada kawasan Selatan terlebih
dahulu sebelum mara ke Baghdad......antara sebab
utamanya ialah penentangan luar jangkaan oleh pasukan
Militia (iaitu org-org awam yg bersenjata)"

Sebenarnya, nak lwn Amerika nie tak perlu senjata
canggih2....after all, Pak Mat Karbala pun pakai
senapang patah saja. Ini diakui sendiri oleh seorang
pegawai tentera Amerika yg menyatakan bahawa Amerika
pakai senjata juta-juta ringgit, sedangkan Iraq guna
senjata murah saja untuk mencapai matlamat yg sama!

Ya lah, benda nie macam pi mengail ikan jugak la. Hari
tu kami pi mancing di laut; member aku hat pakai
fishing gear ratus-ratus ringgit punya dapat ikan
gendang besar 3 jari saja sedangkan tekong bot tak
pakai rod pun, main hulur tali turun, lepas tu karau
naik....dapat kat dia ikan Gerut-Gerut dekat 5
kilogram. Macam tu la lebih kurang kot cerita perang
Iraq nie. Janji boleh bunuh musuh, pakai pi lah
senjata apa pun.

Mungkin sebab tu lah kot, walau pun geng2 Militia tu
guna AK47 saja, tapi lintang pukang tentera Amerika
dibuatnya.

Satu lagi pasal laporan live pemberita2 CNN/BBC yg
ikut tentera Amerika tu; depa nie pun mangkaq jugak;
kononnya tak boleh lapor berita2 sensitif yg dikira
confidential, tapi mana ada berita dari medan perang
yg tak confidential. Sorang tu habag:

"Kami cuma dibenarkan lapor apa yg dah berlaku saja,
tapi tak boleh lapor di mana kami berada dan apa plan
kami seterusnya"

Kiranya, hat tu saja tak boleh lapor, hat lain boleh
pakai jugaklah. Sebab tu, malam tadi naik meremang
bulu roma saya nak angkat tangan kata "TAKBIRR!!" bila
sorang pemberita tu live thru talipon bagitau CNN/BBC
kata:

"Kita mendapat maklumat bahawa Tentera Republikan
Guard dgn konvoi lebih kurang 1000 buah kenderaan
sedang menghala ke Selatan menuju ke arah tentera
Amerika!!"

Bila Host dia di Pusat TV tu tanya:

"Aik, depa tak takut ka nanti jet-jet kita pi bom
depa?"

Pemberita tu jawab:

"Kita rasa mereka mengambil kesempatan di celah2 ribut
pasir ini untuk mara ke selatan. Nak bom depa macam
mana, ribut pasir punya pasal, Helikopter Apache kita
pun tak boleh terbang!!"

ALLAH HU AKBAR!!

Bila saya tengok CNN pagi nie, ulasan dari pemberita
CNN/BBC di Pentagon, tajuk utamanya ialah pasal
kemaraan tentera2 Republican Guard nie. Sorang
pemberita tu habag:

"Mengikut kata Jeneral (apa nama entah) itu tadi,
maklumat tentang kemaraan mereka itu belum dapat
dipastikan lagi"

Pasti ka tak pasti; hangpa tunggulah dua tiga jam
lagi.

Aku dok agak, berita yg aku tulis di atas tadi pasal
tentera2 Amerika nak tukar strategi untuk menumpukan
perhatian di Selatan kononnya untuk menghapuskan
kumpulan2 Militia tu sebenarnya kerana depa dah naik
gabrah dengan kekalahan di tengah Iraq.....di samping
kemaraan tentera Republican Guard yang di luar
jangkaan.

Hidup Iraq!

oppss....lupa lak nak habag, CNN malam tadi menyiarkan
berita bahawa kem tentera Amerika di Afghanistan telah
dihujani roket tentera2 Mujahideen untuk malam yg ke-2
berturut-turut.

Ish, nampak gayanya, silap-silap hb, bukan kata di
Iraq; di Afghanistan pun Amerika mungkin terpaksa lari
malam.....

-Temingat Di Belantara-


__________________________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!
http://platinum.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke