*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
28-Mac

Tengok Perang Amerika-Iraq ini, kadang-kadang rasa nak
tergelak aih.

Kalau hangpa dengar kenyataan Jeneral-Jeneral Perang
Amerika mahu pun kenyataan Pemimpin depa di Amerika,
depa cukup risau bila media massa selalu dok tanya
pasal Civilian Casualties (Orang Awam Mati). Jeneral
depa kalau dalam sidang media, tak habis-habis dok
habag kata depa cukup ambik berat pasal kematian orang
awam ini, walau pun setakat ini dah dekat 500 dah
orang awam yg terbunuh. Bila ditekan nanti depa jawab:

"Kita dah ambik segala daya yang ada untuk mengelakkan
kematian orang awam ini, tapi perang biasalah, kadang2
benda ini tak dapat dielakkan"

Aku dok tengok Amerika ini anggap perang dgn Iraq kali
ini mudah saja macam Perang Teluk yang pertama dulu;
mungkin sebab depa yakin akan menang mudah kot maka
depa membenarkan beratus orang wartawan embedded (join
sekali) dgn platoon tentera depa dalam perang kali
ini. Bila dah wartawan ikut serta, maka nak tak nak,
depa kenalah ikut law, tak boleh tembak ikut suka.

Maka, suka ka tak suka ka, Amerika terpaksalah main
Perang ini macam orang main Boxing:

"Hang nak pukul lawan dgn penumbuk saja tau jangan
guna kaki, jangan kilas tangan; nak tumbuk pula,
kawasan tertentu saja boleh tumbuk, Cuma boleh tumbuk
kawasan tentera saja, kawasan orang awam macam kat
celah kangkang tak boleh tumbuk. Kalau hang tumbuk
juga , nanti hang akan disqualified"

Macam tu lah kot.

Maka, itulah yg Amerika dok pakai di minggu pertama
peperangan ini. Masalahnya Iraq tak pula anggap ini
macam main boxing. Lojik la, katakan ada orang pecah
rumah kita, bila kita berdepan dengan dia, dia cabar
kita lawan bertumbuk. Dia kata:

"Okey, jom kita lawan boxing..."

Masa tu, kalau kat depan kita ada parang ka acid ka
(senjata kimia) apa ka, sure kita hayun punya....nak
boxing boxing apa aih, hang ceroboh rumah aku, lepas
tu ajak boxing pulak!

Mungkin sebab dok sibuk Boxing kot, maka tentera
Amerika teruk kena balun dengan rakyat Iraq (bukan
askar Iraq saja) di selatan Iraq sana nu, hinggakan
rancangan bukan dalam plan (menurut seorang pengulas)
terpaksa dibuat iaitu menghantar 30 Ribu orang lagi
tentera ke sana. CNN menokok tambah kira-kira 100,000
lagi tentera Amerika akan dikerah ke Iraq.

Pagi tadi, BBC menyiarkan wawancara dgn bekas Jeneral
Perang Amerika masa perang Teluk dulu (apa nama entah)
mengenai pandangan beliau. Antara lain beliau ditanya
apakah ada kemungkinan selepas ini Amerika akan
menggunakan the Over-Whelming Air Power over Iraq (bom
bertubi-tubi tak kira sapa dah macam di Afghanistan)
dan tidak lagi bom secara terpilih macam minggu
pertama ini.

Saya tak berapa pasti komen penuh Jeneral tu, cuma dia
dok cerita pasal geo-politik timur tengah yg jauh
lebih kompleks drpd peperangan itu sendiri. Dia kata
depa2 yg jadi kepala perang di Washington tu depa
lebih tau dari kita apa yg depa sedang lakukan. Point
yg saya nak habag ialah BBC menyatakan bahawa telah
ada kedengaran suara2 di Washington yg meminta
kekuatan serangan udara tanpa memilih sasaran ini
digunakan sepenuhnya, mungkin yang macam di
Afghanistan itu hari kot.

Kalaulah Amerika balik semula kpd tektik ini dan tak
mau lagi main boxing, maka lepas nie jenuh la kita
pakat makan kenduri tahlil!

Selain dari itu, kalau hangpa dok perhati pengulas2
perang dlm CNN/BBC/NBC dan juga Al-Jazeera, aku selalu
dok dengar depa sebut:

"Suasana yang ditunggu-tunggu oleh tentera-tentera
Amerika di mana orang awam berbaris sepanjang jalan
melambai-lambai tangan dan bunga-bungaan kpd tentera2
Bersekutu tidak pun kelihatan"

Pengulas Al-Jazeera menggunakan perkataan "Bunga Mawar
dan Bunga-Bungaan" sementara BBC pula menggunakan
perkataan "Bunga-bungaan dan Buah2an".

Tak taulah apa yg ada dlm kepala tentera-tentera
Amerika nu. Aku rasa masa depa naik kapal di US nak
mai Iraq, boss depa habag kata:

"Alah, tok sah dok risau lah aih...depa sana benci
sungguh kat Saddam, depa dok tunggu kita lama dah.
Don’t worry la, sampai saja sana nanti, hangpa boleh
tengok kita akan disambut oleh orang ramai yg beratur
sepanjang jalan....dari Umm Qasr ke Baghdad....
mengibarkan bendera US sepanjang jalan sebijik macam
Le Tour De Langkawi di Malaysia!"

Aku rasa la...

- Le Temingat De Belantara-











__________________________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!
http://platinum.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to