*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[Ad]

Get Five DVDs for $.49 each. Join now.
Tell me when this page is updated

 




TAG 1111: Apakah Yang Sedang Direncana Oleh Menteri Perdana ?
(What is the Prime Minster up to?) Oleh MGG Pillai 



Perdana Menteri Mahathir (sKT) sedang bercuti selama dua bulan sebelum berambus 
daripada jawatannya. Dia mesti keluar daripada pejabatnya pada bulan Oktober tetapi 
dia menunjukkan petanda tidak mahu melepaskannya. Dia masih bergayut kepada segala 
kemewahan jawatannya dan menggunakan jet mewah, sebuah pesawat eksekutif ‘Global 
Express’ (sebab tak ada nama Melayu yang sesuai untuk menjadi nama pesawat itu 
kan....MGG? penterjemah) yang telah diubah-suai dengan segala lambang keselesaan dan 
segala alat canggih-manggih bernilai RM240 juta ringgit, sedangkan fungsi kenderaan 
itu hanya laksana sebuah teksi sahaja. Dia baru pulang terburu-buru daripada 
Argentina, selepas bersantai atas belakang kuda-kuda tunggangannya, hanya untuk 
menyerikan majlis pembukaan Lumba Petronas Grand Prix, mempengerusikan mesyuarat 
majlis tertinggi UMNO, dan mengetuai satu usul anti-perang di Parlimen. Tetapi...dia 
masih lagi bercuti. Kenapa demikian jadinya? Apakah kerana pemangku perdana menteri 
Dato S!
eri Abdullah Ahmad Bedawi yang meminta beliau berbuat begitu? Kenapa? Jika beliau 
tidak berbuat demikian Paklah boleh terperangkap dan terhumban laksana tiga orang 
tokoh yang pernah mendahuluinya. Dia amat menyedarinya bahawa sebagai seorang timbalan 
perdana menteri dia mesti faham apa maksud bidalan ‘sedangkan lidah lagi tergigit...’ 
Dia nampaknya lebih rela menari telanjang bogel di jalanraya kalau Dr. Mahathir (sKT) 
mengarahkannya. Tetapi, tanggapan itu lebih membayangkan kemelut yang menggaru naluri 
Dr. Mahathir (sKT) dan bukannya Paklah.

Dr. Mahathir (sKT) menunjukkan segala pertanda yang dia mesti bergayut terus pada 
jawatannya. Dia masih tidak mahu mundur dulu. Dia sudah terbayangkan kepupusannya, dan 
kehancuran politiknya yang sedang menjeringai di hadapan matanya sebaik sahaja Oktober 
menjelma. Itu sebabnya semakin ramai dalam UMNO dan BN yang yakin dia akan terus 
mencengkam kuasa. Dia sudah terlalu lama menghisap darah dan kemewahan segala imbuhan 
yang menempel pada jawatannya untuk melepaskan itu semua. Inilah bahana kalau terlalu 
lama membiarkan politik mendarah daging hidup kita. Mereka yang mencengkam jawatan 
tinggi dalam politik terus dihenyak kesepian dan kepupusan sejurus melepaskan 
jawatan.. Tidak ada perdana menteri (di negara ini) yang melepaskan jawatan dan 
merasakan segala kehormatan dan kekaguman rakyat jelata. Tidak juga para pemimpin 
politik yang lain. Semasa mereka berkuasa kepala hotak mereka bertukar rupa, 
mempercayai bahawa segala pemberian Tuhan itu adalah hak mutlak mereka, lantas b!
ermain politik dalam negeri ini memikirkan cara bagaimana menjerut si bedebah yang 
mahukan jawatan mereka. Tidak kiralah apa jawatannya dan apa parti politiknya. Ataupun 
kalau si bedebah itu bernama Mahathir (sKT) ataupun Samy Vellu (SRP – Saudagar Rambut 
Palsu!) Tanyalah sesiapa sahaja, tujuan mereka mencengkam kuasa semata-mata kerana 
takut hilang segala kuasa.

Terlalu banyak yang mesti diperam oleh Mahathir (sKT) dan perlu dijawabnya kalau 
terdedah itu semua. Dia sedar orang Melayu sedang memantau segala-galanya di pinggiran 
sahaja dan tidak boleh bergantung harap kepada mereka. Itu sebabnya dia mahu si bakal 
pengganti melindunginya dan segala suku-sakatnya terhadap segala dosa, debu dan lumpur 
sejurus dia mundur. Apa yang terjadi kepada Presiden Sukarno (dan Suharto?) di 
Indonesia masih lagi segar bermain di ingatannya. Paklah dan kumpulannya perlu keluar 
daripada sangkar ini tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana ada yang menahan. 
Mahathir (sKT) akan meninggalkan Malaysia yang bercelaru yang mungkin memerlukan 
beberapa dekad untuk membaiki keadaannya. Rencana wawasan 2020 beliau yang begitu 
digembar-gemburkan, sedangkan itulah tema yang diciplak daripada satu expo perabot di 
London, adalah sama dengan segala dasar ciptaannya yang terhumban begitu sahaja. Indah 
khabar dari rupa.!!!!! Mungkin juga pada 2020 nanti, Malaysia dap!
at bernafas lega betapa berakhirnya segala igauan yang ditempa oleh Mahathir (sKT) 
Musim igauan ini belum bermula lagi, tetapi ia akan bermula lebih pantas daripada yang 
dijangka.

Selama 22 tahun Mahathir (sKT) mencengkam kuasa, semakin ternyata segala bencana, 
betapa dia telah merobah keharuman Malaysia yang kita tahu sejak dulu, dan kini kita 
berkeliaran mencari perbezaan apakah kita sudah menyamai kehaprakan Zimbabwe, ataupun 
Nigeria mahupun yang lebih teruk dari ini. Dia telah menyalah-gunakan kuasa feudal 
yang diamanahkan padanya untuk menghancur-leburkan budaya feudal BANGSA Melayu. Dia 
telah gagal segagal-gagalnya tetapi masih mempunyai muka tak malu mahu terus 
mencubanya untuk mendapatkan kembali martabat itu secara melancarkan usaha mencuba 
lagi mengisytiharkan pula kewujudan sebuah negara konservatif dan feudal yang 
berteraskan Islam. Dengan berbuat begitu, dia membuka luas Malaysia kepada tekanan 
fundamentalis Islam dan membuatkan kaum bukan Islam dan bukan- Melayu merasa tidak 
senang dan bercelaru.

Bukan setakat itu sahaja. Ekonomi Malaysia sudah lama merudum gara-gara kegilaannya 
mahu menunjuk kepada dunia bagaimana dia membangunkan negara secara gila-gila. Dia 
fikir boleh berbuat begitu dengan cara mengutip seorang penjual kereta terpakai, 
beberapa wakil penjual insurans, orang yang pernah muflis, supir kereta mewah dan 
ramai lagi yang seangkatan dengannya untuk menukarkan wawasan gilanya menjadi rujukan 
dunia.. Yang membantu mereka ialah tukang baham komisen dan tukang sapu – kerana tidak 
ada perkataan lain yang boleh menggambarkan siapa mereka selain dari itu. Akhirnya apa 
yang mampu mereka tonjolkan ialah hutang bertimbun dan kerugian menggunung sehingga 
berbilion ringgit. Mahathir (sKT) amat percaya kepada mereka semua. Mereka diberi 
arahan, apabila sudah gagal, untuk meneruskan sehingga menimbun hutang lagi. Itulah 
yang mereka lakukan, membeli pesawat terbang, mahligai kediaman di London dan Monaco, 
bersantai di Acapulco, dan melayari hidup indah masyarakat kaya!
-raya dengan berbekalkan kad kredit semuanya. Seorang hartawan tajaan kerajaan telah 
membayar bekas isterinya wang pampasan bernilai RM300 juta banyaknya. Itupun setelah 
segala ilmu hitam dan pelbagai jampi dan serapah yang digunakan untuk menyekat 
nafsunya daripada mendesak sebahagian harta keluarga mereka.

Ada seorang peniaga Cina yang begitu bermegah sebagai seorang peniaga bertaraf dunia 
yang tidak ada tolok bandingnya; terpaksa diselamatkan daripada hutang bernilai 
RM1,000 juta pada tahun 1991. Beliau diberikan projek air kumbahan bernilai RM6 
bilion, tetapi itu pun dia putarkan menjadi satu kerugian, sehingga menimbun hutang 
satu bilion ringgit lagi pada 1998. Mahathir (sKT) selamatkan si anak emas itu sekali 
lagi dengan memfaraidkan projek monorel. Itupun dijahanamkannya lagi sehingga terpaksa 
diselamatkan sekali lagi. Bukan dia seorang sahaja (yang terpahat dalam kisah opera 
Cina begini). Tersebut kisah seorang pemandu lori yang sudah muflis, yang diselamatkan 
daripada terus bankrap dengan dibenarkan projek membina ampangan hidro Bakun. Dia 
gagal segagal-gagalnya. Tetapi diselamatkan juga. Tidak ada seorang pun kroni bikinan 
Mahathir (sKT), suku-sakatnya malahan anak-pinaknya yang boleh berdiri tegak dan 
mendabik dada bahawa mereka sudah berjaya. Mahathir(sKT) telah mens!
wastakan pelbagai urusan kerajaan kepada kroni pilihan, yang memeras segala keuntungan 
darinya sebelum Mahathir (sKT) merencana agar kerajaan membeli semula projek yang 
diswastakan itu pada kadar harga yang menggunung tingginya.

Mahathir (sKT) memang tidak tahu malu apabila menggalakkan budaya wang untuk 
menggantikan nilai sosial yang [application/x-shockwave-flash]murni dan budaya hidup 
yang bernilai tinggi. Makanya kini adalah satu perkara penting untuk seseorang 
bertungkus lumus memperkayakan dirinya daripada menjadi seorang yang berhemah mulia. 
Kerana itu setiap jawatan dan profession adalah merupakan batu loncatan cuma, bukan 
untuk memperagakan ketokohan yang dicemburui dunia, tetapi untuk menghimpun duit 
sebanyak yang terdaya. Di Darulboleh terkini, seorang peniaga berstatus bapak ayam 
yang berniaga pelacur siang dan malam mampu memiliki Mercedes Benz S-500 dan diberikan 
gelaran usahawan yang tidak ada tolok bandingnya setaraf dengan Mr. Robert Kuok. Wang 
merupakan kata laluan yang membuka kunci pintu, bukannya ketokohan ataupun 
kecemerlangan anda. Baru-baru ini saya terserempak satu kumpulan manusia yang 
berpakaian indah mengikut stail golongan yang berduit. Mereka berlonggok untuk 
meraikan k!
ejayaan menyertai tender dengan berfoya-foya meminum brandi dan wiski serta cerutu 
yang sungguh mahal harganya. Cerutu yang mereka hisap adalah berharga RM200 setiap 
satu. Mereka mengajak saya agar sama-sama meraikan kejayaan itu sambil menghulur wiski 
dan cerut. Saya menolak itu semua kerana tidak biasa dengan semua itu. Salah seorang 
antara mereka memberitahu saya biaya (harga) beliau menghisap cerut setiap hari adalah 
lebih tinggi daripada gaji yang dibayar kepada setiausahanya di pejabat. Dia tidak 
bersendirian begitu. Ada seorang peniaga-kroni Mahathir (sKT) yang sudah tidak lagi 
diberikan taraf itu pernah bermula sebagai seorang akauntan di sebuah hotel. Beliau 
menghisap setakat sepuluh batang cerut yang berharga RM250 setiap hari, sehingga hari 
ini.

Apakah mereka bersyukur kepada semua ini? Tidak mungkin. Kini ada satu usaha untuk 
mewujudkan satu yayasan tidak bermotifkan keuntungan yang bermodalkan RM50 juta. 
Tujuannya untuk membolehkan Mahathir (sKT) mempunyai jawatan istimewa. Seperti 
kewujudan Carter Centre di Atlanta. Penaja projek ini mengharapkan mereka yang pernah 
kaya raya melalui tangan Mahathir (sKT) akan begitu gembira dan bersedia memberikan 
sumbangan mereka. Dia tersilap congak kerana tidak ramai yang menyumbang, itupun 
setakat sumbangan-syarat sahaja. Apakah yang Mahathir (sKT) lakukan untuk mereka 
sekarang? Itulah yayasan yang Mahathir (sKT) cuba lakukan semacam projek Valhalla. 
Tetapi dia telah memburukkan keadaan apabila mengaibkan orang pilihan menggantikannya 
dulu, seorang yang bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sehingga beliau kehilangan 
kehormatan feudal Melayu yang ada padanya.

Lagi kerap Anwar mengemukakan rayuan kepada mahkamah supaya diberikan penghakiman yang 
adil, lebih banyak paku yang disediakan untuk menghambat Mahathir (sKT). Inilah 
bencana besar yang sedang menunggu Mahathir (sKT) dan yang mesti diselesaikannya. 
Mampukah ‘sKT’ melakukannya? Presiden Suharto tidakpun melakukan kesilapan semacam 
itu. Itupun tidak mampu menyelamatkan beliau daripada keaiban yang melumurkan sejarah 
politiknya.

- M.G.G. Pillai
Terjemahan oleh AH-SPAR (suntingan [EMAIL PROTECTED]) - 26.03.2003


Tapak Cerminan [EMAIL PROTECTED] 
http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - 
http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

[Click Here!]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mutiara Embun <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to