*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.ladang.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=71
Kedutaan Amerika desak Mesir tolak fatwa jihad Al Azhar
Posted on Saturday, March 29 @ 20:52:34 MYT by admin
KAHERAH, 29 Mac - Fatwa mengenai jihad di Iraq yang dikeluarkan oleh
Universiti Al Azhar baru-baru ini begitu membimbangkan Amerika Syarikat
dan mendorong kedutaannya di sini mendesak Mesir supaya menolak fatwa
berkenaan.
Demikian menurut Majlis Peguam Mesir menerusi satu kenyataan yang
disebarkan disekitar ibu kota negara itu. Baru-baru ini, Universiti
Al Azhar menerusi Majma' Buhuth mengeluarkan fatwa bahawa jihad
menentang Amerika Syarikat dan Britain di Iraq adalah fardhu ain.
Menurut kenyataan berkenaan, sekiranya musuh menceroboh mana-mana
negara umat Islam, maka jihad menentang penceroboh berkenaan adalah
fardhu ain ke atas semua penduduknya.
Sekiranya penduduk negara berkenaan tidak mampu, maka kefardhuan
tersebut merebak ke atas penduduk negara berhampiran.
Amerika Syarikat bimbang fatwa berkenaan bukan sahaja akan mening-
katkan penentangan rakyat Iraq ke atas tenteranya yang menyerang
negara berkenaan, bahkan kedudukan negara Amerika Syarikat sendiri
dan juga kepentingan-kepentingan negara itu di luar negara turut di-
ancam bahaya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>