*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[Ad]

Get Five DVDs for $.49 each. Join now.
Tell me when this page is updated

 




TAG 1127: Ikan Lumba-lumba �Takoma� Lari Daripada Tugas
(Takoma the dolphin is AWOL) Oleh Daniel McGrory di Umm Qasr 



(Awal kata: Dalam setiap kejadian ada sebab dan akibatnya. Kenapakah agaknya ikan yang 
begitu terlatih dan dimanjakan dengan segala kelebihan untuk seekor ikan telah pula 
angkat ekor meninggalkan medan perang? Apakah ia mendapat arahan dari Tuannya Yang 
Maha Perkasa supaya jangan lagi menjadi hamba kepada manusia berhati syaitan seperti 
Bush dan sekongkolnya. Entahlah���. Penterjemah)

Tentera Laut AS, Marin telah ditimpa malu besar apabila seekor daripada penyiasat yang 
mahal harganya telah melarikan diri daripada tugas. Takoma, ikan lumba-lumba berhidung 
botol yang berasal daripada Lautan Atlantik telah didapati hilang daripada perairan 
Iraq dalam tugasan pertamanya bagi menjejaki periuk api. Pengendalinya Pegawai Rendah 
Taylor Whitaker sebelum ini dengan bangga telah menunjuk-nunjuk akan kepakaran Takoma 
dan memberitahu bagaimana dolphin berusia 22 tahun itu adalah binatang yang paling 
dimanjakan oleh tentera AS.

Takoma dan rakan lainnya yang merupakan pemburu periuk api mempunyai diet khas, 
rawatan perubatan yang kerap dan tempat berasingan yang agak keterlaluan jika kita 
memperkatakan tentang kehidupan tentera yang kemudahannya agak terbatas.

Hala tuju yang dibuat Takoma pada misi pertama dengan rakannya Makai telah 
diperhatikan oleh kamera sebaik pasangan ikan lumba-lumba tersebut melompat melintasi 
bot getah yang membawa pengendali mereka.

Tugas Takoma adalah bagi membersihkan laluan bagi kedatangan kapal Royal Fleet 
Auxiliary, Sir Galahad. Pegawai AS berkata yang ikan tersebut yang pertama kali 
diperkudakan di Vietnam adalah pertaruhan yang jauh lebih baik daripada segala 
teknologi yang ada dalam kapal penyerang sederhana.

Pegawai Rendah Whitaker meratapi dengan berkata: �Kenapa mereka menghilangkan diri 
sedangkan mereka mendapat yang terbaik daripada segi makanan, tempat tinggal dan 
pemeriksaan kesihatan?� dua jam kemudiannya Takoma menghilangkan diri daripada tugas. 
�Dua puluh empat jam bukanlah satu yang biasa,� Pegawai Rendah Whitaker dengan gelisah 
berkata. �mungkin juga akhirnya ia telah berjumpa dengan rakan tempatan.�

Takoma kini hilang selama 48 jam dan susuk tubuh sasa Pegawai Rendah Whitaker dapat 
dilihat kelmarin menepuk air laut, memanggil-manggil nama Takoma dan mengumpan dengan 
makanan kesukaannya tetapi tiada tindakbalas dariikan tersebut yang lari daripada 
medan perang.

http://www.timesonline.co.uk/article/0,,5944-627180,00.html
Terjemahan oleh E-SPAR (suntingan [EMAIL PROTECTED]) - 29.03.2003
http://marhaen4.tripod.com/mar_a_tag1127.html



Tapak Cerminan [EMAIL PROTECTED] http://marhaen0.tripod.com/ - 
http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - 
http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

[Click Here!]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mutiara Embun <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke