*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 03 April, 2003 15:41PM
Jumlah Disyaki Menghidapi SARS Meningkat Kepada 65 Orang KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Jumlah mereka yang dirujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk diperiksa di seluruh negara kerana disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) meningkat kepada 65 orang berbanding 59 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohamad Taha Ariff berkata enam kes baru yang dirujuk itu ialah tiga dari Kuching, dua dari Kuala Lumpur dan satu dari Ipoh. "Agihan kes mengikut negeri ialah Wilayah Persekutuan dengan 25, Perak (14), Selangor (7), Sarawak (6), Johor (6), Negeri Sembilan (2), Kelantan (2), Pahang (1) dan Kedah (2)," katanya pada majlis taklimat harian Kementerian Kesihatan mengenai SARS kepada media di kementerian di sini, Khamis. "Daripada jumlah itu, 16 sedang dikuarantin di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di wad pengasingan khas," katanya. Beliau berkata jumlah mereka yang dikuarantin berkurangan kepada 16 berbanding 19 semalam dan sehingga semalam, masih belum ada kes yang disahkan sebagai SARS di negara ini. "Daripada 16 yang dikuarantin itu, seramai empat kes di Wilayah Persekutuan, Perak (2), Selangor (4), Sarawak (4), Johor (1) dan Kelantan (1)," katanya. Dr Taha berkata Kementerian Kesihatan akan mengumumkan esok hasil bedah siasat kes seorang lelaki berusia 65 tahun daripada Jerantut, Pahang yang meninggal dunia berikutan tanda-tanda jangkitan pneumonia di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac lepas. "Beliau telah melawat China dan disahkan meninggal dunia kerana "kegagalan kardiak dengan pneumonia" tetapi saya telah minta ia dikaji semula," katanya. Beliau berkata keluarga terdekat mangsa juga tidak mempercayai beliau meninggal dunia kerana jangkitan SARS memandangkan mereka hanya melawat Shanghai dan lelaki itu memang mempunyai masalah jantung sebelum ini. "Bagaimanapun, sebagai tindakan pencegahan (sebelum keputusan muktamad daripada bedah siasat dibuat), keluarga beliau di Jerantut telah kita kuarantin," katanya. Dr Taha juga mengulangi nasihat kementerian dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya rakyat Malaysia tidak melawat Hong Kong serta wilayah selatan China. Beliau turut menasihati mereka supaya tidak mengunjungi atau melawat sanak-saudara dan rakan mereka yang telah dikuarantin di hospital bagi mengelak kemungkinan penyakit itu merebak. Sementara itu, Dr Taha berkata Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng akan mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai SARS di kementerian esok. Mesyuarat itu dijangka dihadiri oleh wakil kementerian yang terbabit serta pertubuhan dan persatuan perubatan di negara ini. Mengikut perangkaan terkini WHO, jumlah mereka yang meninggal dunia akibat SARS meningkat kepada 62 orang dengan jumlah kes sebanyak 1,804. Antara negara yang dilaporkan teruk menghadapi wabak itu sekarang ialah China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Kanada dan Vietnam. -- BERNAMA _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>