*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perang pencerobohan di Iraq semakin zalim. AS
menggunakan senjata-senjata bahaya yang membunuh
kanak-kanak, orang perempuan serta orang tua, dan
memusnahkan harta benda. Bush memang gila perang dan
penjenayah perang. Mengapakah Bush sanggup hendak
bertindak sebegini gila? Pertama, beliau hendak
menaikkan populariti agar boleh dipilih semula sebagai
presiden untuk satu penggal lagi.

Kedua, beliau hendak memastikan kedudukan AS sebagai
kuasa besar dunia yang tunggal dan tidak boleh dicabar
bertambah kuat. Ketiga, beliau berazam hendak
menjatuhkan Presiden Saddam dan menggantikan beliau
dengan seorang boneka. Keempat, beliau hendak
memperkukuh penguasaan AS ke atas minyak di Iraq. 

Kelima, beliau hendak menjamin perubahan imbangan
geo-politik di Timur Tengah akan menguatkan lagi
kedudukan Israel di rantau itu. Berikutan kejatuhan
Uni Soviet dan negara-negara Eropa Timur, AS mulai
tegak sebagai kuasa besar tunggal dalam dunia. Sepuluh
tahun lalu, semasa perang pertama ke atas Iraq
dilancarkan, Presiden Bush (tua) mengumumkan
pembentukan sebuah New World Order (atau susanan baru
dunia). Pada masa yang sama, Pentagon telah
mengemukakan sebuah kertas dasar, yang menyatakan
bahawa selepas kejatuhan regim komunis di dunia,
ancaman yang dihadapi oleh AS ialah dari gerakan Islam
dan apa yang digelarnya sebagai rogue state (negara
bajingan), terdiri antara lain dari Korea Utara dan
Cuba. 

Peristiwa 11hb September memberikan Presiden Bush
peluang untuk melaksanakan kertas Pentagon yang sudah
menjadi dasar AS itu. Golongan yang beliau tuduh
sebagai pengganas Islam dipersalahkan. Pada mulanya
Bush semacam mengisytiharkan perang salib yang baru
terhadap Islam (walaupun beliau berusaha keras untuk
menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya hanya golongan
pengganas dan semua negara yang melindungi mereka). 

Dalam suasana kesedihan dan kemarahan rakyat Amerika,
Bush berjaya menaikkan popularitinya. Mula-mula Bush
mengisyiharkan kempen perangnya terhadap pengganas
antarabangsa, terutama Usama bin Ladin dan gerakan
al-Qaeda. Selepas itu AS menyerang Afghanistan dan
mengganti pemerintahan Taliban dengan sebuah
pemerintahan boneka di bawah Presiden Karzai. 

Kita tidak menyetujui banyak dasar Taliban, akan
tetapi apakah hak AS untuk menggantikan pemerintahan
dengan kekuatan sejatanya? Bukankah ini perbuatan yang
boleh dilakukan hanya oleh sebuah negara pengganas?
Sekarang Bush hendak mengulangi di Iraq apa yang
dilakukannya di Afghanistan. Bush telah mengumumkan
juga apa yang disebutnya sebagai axis of evil (paksi
kejahatan), terdiri teruama sekali dari negara Iraq,
Iran dan Korea Utara. 

Setelah gagal menangkap Usama dan Muhamad Omar (ketua
Taliban) atau memusnahkan al-Qaeda, Bush mengalih
perhatian kepada Iraq, yang dituduh bermacam termasuk
bekerjasama dengan Usma dan membantu pengganas
antarabangsa. Seperti biasa, beliau mengemukakan
tuduhan serta fitnah saja, tanpa mengemukakan bukti
yang kukuh. Bush merancang untuk mencapai
berbagai-bagai matlamat, seperti tersebut di atas,
dengan tindakan ke atas Iraq. 

Salah satu matlamat besarnya, dan mungkin terbesar
sekali, ialah untuk menguatkan kedudukan Israel.
Negara Zionis ini, yang kini mempunyai simpanan 200
peluru berpandu nuclear, merupakan negara paling
banyak mempunyai senjata pemusnahan awam di seluruh
Timur Tengah. Selain itu ia dipimpin oleh Sharon,
seorang yang sudah berkali-kali terbukti sebagai
pengganas. 

AS telah membuang undi veto untuk membatalkan lebih 70
resolusi Majlis Keselamatan terhadap pencerobohan
Israel terhadap Palestin. Israel sendiri tidak
mematuhi semua resolusi yang sudah diluluskan,
termasuk resolusi 242 pada tahun 1967, yang
mengarahkan supaya Israel berundur dari semua bumi
Arab yang didudukinya. Mengapakah AS tidak
menghiraukan perkara ini? Mengpa menumpu kepada
keingkaran Iraq saja? 

Seterusnya, mengapakah AS mahukan hanya senjata Iraq
dimusnahkan? Mengapakah mereka tidak mengambil apa-apa
langkah untuk memusnahkan senjata pemusnahan awam yang
dimiliki Israel? Israel di bawah Sharon bukan saja
menyerang bahkan menduduki bumi Palestin. 

Dalam proses itu ramai rakyat Palestin yang tidak
berdosa terbunuh dan banyak bangunan serta harta benda
persendirian musnah. AS tidak berdetuk atau berdetik
pun. Bush membiarkan saja Sharon melakukan segala
keganasan yang tidak berperikemanusiaan. Tiada usaha
untuk menyekat beliau. Tiada usaha untuk memusnahkan
senjata pemusnahan awam milik Israel. Mengapakah sikap
dwi-standad (double standards) Bush dan AS ini? 

Sharon menyokong bahkan menggesa supaya Bush
meneruskan serangan terhadap Iraq dan mengulingkan
Saddam. Selepas itu beliau berharap, AS akan bertindak
terhadap Iran pula. Beliau mengetahui semua ini akan
menguatkan lagi kedudukan Zionis Israel dan melemahkan
rakyat Palestin. Rancangan Sharon dan Israel pada masa
ini ialah untuk menghancurkan sama sekali rancangan
untuk membentuk negara Palestin dan menghalau rakyat
Palestin beramai-ramai ke tempat lain, seperti Jordan.

Dilihat dari semua segi, nyatlah bahawa perang untuk
menundukkan Iraq adalah berkaitan rapat dengan
rancangan bersama Imperialisme dan Zionisme hendak
meluaskan dan mengukuhkan kuasa di Timur Tengah dan
akhirnya di seluruh dunia. Sekarang ini tidak ada
kuasa besar lain yang boleh mengimbangi mereka. 

Penentangan China, Jerman, Perancis dan Rusia terhadap
perang ini adalah sangat baik. Tetapi tidaklah
diketahui sejauh mana dan selama mana penentangan
mereka akan berterusan. Pada analisa terakhir gerakan
raksaksa rakyat di seluruh dunia, termasuk di AS,
Britain dan Spanyol, yang akan dapat menggagalkan niat
jahat AS serta sekutu-sekutunya. 



__________________________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - File online, calculators, forms, and more
http://tax.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke