*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila ada berita drp kenyataan pemimpin-pemimpin Iran, biasanya
saya baca dengan teliti semoga mendapat pandangan yang positif
dari apa yang mereka utarakan. Tapi, ayatollah-ayatollah Iran
dengan angkuh, mereka tidah pernah sentuh bahawa kita orang Sunni
adalah saudara mereka dalam Islam. Mereka memperkata tentang
UMMAT MANUSIA secara global ....macam pemimpin-pemimpin negara
Islam yang sekular. Walaupun ayatollah-ayatollah memakai sorban
dan jubah, mereka lebih mirip kepada fahaman orang-orang sekular.

Mereka tidak pernah berkata, pegangan mereka ialah Al-Qur'an dan
Hadith, tapi fatwa-fatwa ulama Syiah mereka. Ini tidak pelik kerana
mereka mengiktiraf hadith-hadith yang sesuai dengan fahaman Syiah
mereka. Sebab itu mereka menolak hadith-hadith riwayat Abu Hurairah,
Aisyah isteri Nabi, Abu Bakar, Uthman dan Umar. Mereka lebih
cenderung kepada hadith-hadith yang mereka katakan berasal drp
ahlul-bait (keluarga Nabi). Hadith-hadith yang dipakai oleh
Sunni banyak adalah palsu kerana bukan berasal drp ahlul-bait.

Tujuan saya menulis fasal Syiah ialah mendedahkan KENAPA Syiah
dan Iran tidak akan sebulu dengan Sunni mengikut kaidah fahaman
fekah mereka yang berbeza dengan kita. Tak hairanlah mereka tidak 
akan membantu memerangi Amerika kerana mereka adalah Syiah
dan kita adalah Sunni. Tindakan mereka sebenarnya untuk menunjukkan
mereka adalah penganut Islam yang sebenarnya, kita berfahaman
Ahlus-Sunnah Wal Jemaah adalah orang-orang sesat.

Waktu ini, mengikur analisa saya, Iran berharap Amerika dapat
menawan Iraq dan kedudukan Syiah Iran akan menjadi bertambah kuat
di Rantau Teluk. Sila baca di lamanweb mereka:

http://www.irna.com/en/index.shtml

Menyokong Iran adalah membuang masa saja. Jangan tertipu oleh
slogan Jihad mereka atau nama Republik Islam Iran mereka. Bohong
belaka! Dulu saya menjadi penyokong kuat revolusi Islam Iran,
sekarang sudah jelas mereka cuba memperdaya ummat Islam. Cuba
lihat, sebuah negara ummat Islam Iraq akan jatuh ke tangan
Amerika, mereka tidak bertindak apa-apa. Bagi saya, Iran dan
Amerika sama-sama pembohong.  

Baru-baru ini Dr Johari Mat ada membuat komen tentang perang di
Iraq, Dia berkata "kita sebagai ummat Islam wajib menentang Amerika
dengan berjihad. Kita bukan menyokong Saddam Hussein, tapi meng-
halang Amerika dari menguasai bumi dan rakyat Islam Iraq." Sungguhpun
Saddam zalim, tapi dia tidak redha kuasa Kuffar yang menguasai
rakyatnya sendiri. Mana lebih baik, Saddam orang Islam, tapi
Amerika itu kafir.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke