"MAULID AL-RASUL SAW"

 

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan
pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih
mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino' (valentineday) daripada
mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. 

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?
Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan
kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar
kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

 

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW 

BIODATA RASULULLAH SAW

*       Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 
*       Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) 
*       Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
*       Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 
*       Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf 
*       Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
*       Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
*       Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih
dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

 

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

 

USIA 8 TAHUN
Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

 

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada
masa itu.

 

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW
ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

 

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

 

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

 

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

 

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

1.      Khadijah Binti Khuwailid 
2.      Saudah Binti Zam'ah 
3.      'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 
4.      Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab) 
5.      Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 
6.      Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 
7.      Zainab Binti Jahsy 
8.      Maimunah Binti Harith 
9.      Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 
10.     Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang
Miskin) 

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.      Qasim 
2.      Abdullah 
3.      Ibrahim 
4.      Zainab 
5.      Ruqaiyah 
6.      Ummi Kalthum 
7.      Fatimah Al-Zahra' 

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

1.      Thuwaibah 
2.      Hamzah 
3.      Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 
4.      Halimah Al-Saidiyyah 
5.      Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 
6.      Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza 
7.      Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza 
8.      'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza 

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1.      Al-Harith 
2.      Muqawwam 
3.      Zubair 
4.      Hamzah *** 
5.      Al-'Abbas *** 
6.      Abu Talib 
7.      Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza) 
8.      Abdul Ka'bah 
9.      Hijl 
10.     Dhirar 
11.     Umaimah 
12.     Al-Bidha (Ummu Hakim) 
13.     'Atiqah ## 
14.     Arwa ## 
15.     Umaimah 
16.     Barrah 
17.     Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** 

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah
mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku
di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

 

 

 


 

 

 


This e-mail and any files transmitted with it may contain privileged and/or 
confidential information and may be read or used only by the intended 
recipient. If you are not the intended recipient of the e-mail or any of its 
attachments, please be advised that you have received this e-mail in error and 
any use, dissemination, distribution, forwarding, printing or copying of this 
e-mail or any attached files is strictly prohibited. If you have received this 
e-mail in error, please immediately purge it and all attachments and notify the 
sender by reply e-mail or contact the sender at the number listed.


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
          **************** HIGH SKOOL MUAR *****************

Korang semua telah menerima pesanan ini kerana korang semua telah melanggan di 
dalam Google Group "HSM(class of '91 -'95)
Kalau tgh bosan, hantar lah email ke hsm...@googlegroups.com.
Kalau takmo melanggan lagi email ke hsmuor+unsubscr...@googlegroups.com.

Untuk keterangan lanjut,lawat la website group hampehh nihh!!.....hahahaha!!
http://groups.google.com/group/hsmuor?hl=en-GB?hl=en-GB

"SOALAN : JIDON KALAU KENTUT,APAKAH REAKSI MUKA BELIAU?......

*******************************************************************************************
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke