patut istihar darurat jer
sultan ambik balik kuasa.

2009/5/11 <nizam7...@gmail.com>

>
> Maka confirm la keputusan mahkamah tinggi perak mengekalkan Nizar sebagai
> MB Perak yg sah..... Emmm nmpknya makin huru hara Perak ye.... Kptsn Sultan
> or Raja Perak berlainan dgn keputusan mahkamah...emm....
>
> Send from Nokia E71
>
> - original message -
> Subject: [HSM] Re: Ucapan Tun M.....
> From: mohd rafizal hassan <ijal_m...@yahoo.com.my>
> Date: 11/05/2009 5:06 PM
>
> kau mcm x tahu jer org BN nie....kan dah malu sendiri...
> (sambil menjeling org kuat BN)
>
>
>
>
> ________________________________
> Daripada: "nizam7...@gmail.com" <nizam7...@gmail.com>
> Kepada: hsmuor@googlegroups.com
> Dihantar: Isnin, 11 Mei, 2009 4:44:03
> Subjek: [HSM] Re: Ucapan Tun M......
>
>
> Apa citer dr Perak ye?.. Dgr cite Nizar masih sah sebagai MB Perak... Maka
> berlaku lah BN sebgai perampas kuasa negeri perak.... Emmmm...
>
> Send from Nokia E71
>
> - original message -
> Subject: [HSM] Ucapan Tun M.....
> From: Khairil <creep_javaf...@yahoo.com>
> Date: 10/05/2009 7:02 PM
>
> Setelah bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4 pada tahun
> 2003,ramai akan menyangkakan Tun akan menghabiskan masa-masa
> persaraannya dengan berehat, melancong, bermain dengan anak-anak dan
> cucu-cucunya.. Sepatutnya begitulah harapan kita agar negarawan yang
> memerintah Malaysia selama 22 tahun akan melakukan perkara-perkara
> rutin bagi orang-orang yang bersara.
>
> Rupanya sangkaan kita
> meleset kerana Tun bukan sahaja sihat dalam usia 83 tahun tetapi
> fikiran dan pandangannya masih tajam dan bernas. Dalam keadaan politik
> negara yang tidak menentu, keadaan politik Melayu yang seperti berada
> di hujung tanduk, dan hak-hak orang Melayu serta Raja-Rajanya semakin
> tercabar dan rasuah politik yang melanda politik Melayu. Tun tidak
> dapat mendiamkan diri.
>
>
>
> Semalam
> Ahad, 22 Mac 2009, Tun telah menyampaikan ucapan perdana yang
> bertemakan MENANGANI MASA DEPAN PRIBUMI DALAM CABARAN POLITIK SEMASA
> dalam Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara di Dewan Serbaguna, Kompleks
> Sukan TNB, Jalan bangsar, Kuala Lumpur.
>
> Berikut adalah ucapan penuh Dr. Mahathir bin Mohamad:
>
> ____________________________________________________
>
>
> Terlebih
> dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana
> menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada
> hadirin.
>
> Saya yakin ramai daripada kita yang hadir,
> terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa
> kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan
> terancam.
>
> Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.
>
> Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.
>
> Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.
>
> Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.
>
> Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.
>
> Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.
>
> Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.
>
> Berhadapan
> dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh
> mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan
> bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja
> semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja.
> Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan
> dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang
> Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang
> sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi
> keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.
>
> Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka
> bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.
>
> Keadaan
> hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang
> untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union.
> Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa
> yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita
> racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri
> Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan
> negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu.
> Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.
>
> Sekarang
> orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak
> boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun
> boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea,
> negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India.
> Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin.
> Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan
> hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik
> negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan
> oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan
> tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.
>
> Orang Melayu
> dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain
> tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian,
> mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata
> Melayu kaum pendatang.
>
> Namun saya memberanikan diri untuk
> bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan
> dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang
> Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah
> dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah
> mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed)
> di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat
> tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan
> bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada
> negeri-negeri Melayu.
>
> Keadaan ini boleh berlaku kepada orang
> Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu
> sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.
>
> Mereka tidak
> mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti
> tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak
> ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.
>
> Majoriti
> daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada
> orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu,
> kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.
>
> Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak
> selesaikan kontrak juga Melayu.
>
> Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.
>
> Kita
> tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan
> masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga.
> Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita
> dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang
> lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang
> kena akan terus kena.
>
> Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam
> jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi
> sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat
> kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri.
> Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu
> guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP,
> kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita
> tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu
> kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.
>
> Kita
> bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita
> dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah
> kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu
> masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.
>
> Tetapi
> itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak
> kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya
> Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika
> parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat
> kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang
> kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap
> sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.
>
> Sesungguhnya
> pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita
> sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup
> bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin
> Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi..
> Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal
> kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan
> dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana
> Menteri, dapat kontrak, dapat duit.
>
> Kononnya nak jadi Perdana
> Menteri termuda.. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan
> tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun,
> halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri
> termuda.
>
> Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual
> untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi
> temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang
> dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh
> diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi
> hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.
>
> Ada pula
> yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana
> Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang
> Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.
>
> Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi
> diri kita, sementara ada peluang.
>
> Salahkah
> kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang
> menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang
> haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang
> melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.
>
> Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai
> kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.
>
> Tetapi
> yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit
> rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi
> kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.
>
> Pengundi salah,
> samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah
> rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah
> bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau
> tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah,
> akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan
> jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang
> sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah
> sebagai budaya biasa.
>
> Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita
> lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang
> menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan
> ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk
> tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang
> masak orang.
>
> Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak
> mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.
>
> Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang
> lebih kuat.
>
> Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada
> negara penaung-penaung kita.
>
> Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri
> dan negeri kepada negara penanung.
>
> Kata
> orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang
> asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah
> “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada
> Raja yang tak bertakhta.
>
> Saya biasa lihat seorang orang tua
> Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi
> kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak
> berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.
>
> Saya biasa
> lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti
> kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak
> memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.
>
> Dan
> yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam
> kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah
> bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan
> Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa
> yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika
> itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara
> daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban,
> atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan
> ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan
> ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.
>
> Sekarang
> kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan
> ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang
> pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi
> ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan
> dipisah dari kita.
>
> Perjuangan orang dahulu adalah perkara
> lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat
> pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama.
> Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun
> kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita
> “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.
>
> Apa
> dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah
> berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa?
> Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.
>
>
>
> Tidak
> bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita
> sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang
> raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi
> diri kita..
>
> Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya?
> Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan
> kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak
> dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka
> walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit
> duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh
> sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih
> daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar
> kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.
>
> Tetapi ingatlah
> penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung.
> Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia
> boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa
> oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari
> dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.
>
> Pemerintah
> yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang
> menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana
> perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya
> kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.
>
> Untuk mendapat
> sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan
> perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.
>
> Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan
> bangsa dan negara.
>
> Kita
> sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang
> sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang
> menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan
> orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun
> sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.
>
> Jika
> kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok
> apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita
> sanggup.
>
> Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah
> tentu tidak.
>
> Justeru
> itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya
> merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita
> sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah
> khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.
>
> Itulah kenyataan yang sebenar.
>
> Melayu
> mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah
> mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.
>
> Inilah
> hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati
> akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa
> kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka
> dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini
> sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena
> mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan
> kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu.. Itu semua cerita
> dongeng.
>
> Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana
> kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat,
> tetap merdeka.
>
> Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun
> tak mengapa.
>
> Bukankah
> kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu
> bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu
> yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan
> pilihan kita untuk menyelamatkan kita?
>
> Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita
> pilih untuk menangkis serangan ini?
>
> Jika
> kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit
> pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa
> lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab
> kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima
> sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima
> sahaja.
>
> Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.
>
> Hakikat
> yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi
> mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.
>
> Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui
> wang sogokan daripada mereka.
>
> Sesungguhnya
> nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang
> harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman
> yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu
> sendiri berusaha mengubah nasibnya.
>
> Apakah kita sedang
> berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha
> ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan
> nasib yang sudah buruk ini.
>
> Kita tahu yang kita lakukan bukan
> untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan
> semasa kita. Masa depan soal lain.
>
> Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita
> memerintah. Kenapa?
>
> Sebabnya
> ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak
> dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk,
> tentulah bijak semasa membuat pilihan.
>
> Pengasas kemerdekaan
> percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu
> mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk
> dipilih.
>
> Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan
> yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk
> menentukan siapa akan memerintah mereka.
>
> Pejuang kemerdekaan
> yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan
> bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.
>
> Dengan
> kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan
> sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama
> tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan
> bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan
> akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.
>
> Ya, mereka
> ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka
> ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat
> sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh
> pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.
>
> Mereka
> melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak
> dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua
> peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang
> berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.
>
> Tetapi
> tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan
> secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat
> Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian
> mangsa mereka.
>
> Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi
> latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang,
> kontrak, lesen, permit dan sebagainya.
>
> Modal mereka guna untuk
> belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana
> kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa
> yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap
> dengan duit ringgit.
>
> Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa
> dahulu.
>
> Kata mereka, jangan buka pekong di dada.
>
> Malu kata mereka.
>
> Tetapi
> tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya
> sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka
> supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri
> daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan
> bunuh kita.
>
> Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan
> kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan
> merosakkan masa depan kita.
>
> Tetapi yang terdahsyat diantara
> amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah
> yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik
> kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan
> kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa
> besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan
> pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai.
> Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.
>
> Selagi ada kuasa ini
> kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan
> dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan
> kita.
>
> Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang
> dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian
> sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di
> dunia.
>
> Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita
> mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17
> terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada
> lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan
> pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.
>
> Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan
> lain-lain.
>
> Semua
> ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik,
> negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan
> sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan
> kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.
>
> Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa
> politik kita.
>
> Kerana
> wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita
> serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan
> negara.
>
> Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita?
> Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.
>
> Tuan-Tuan dan Puan-Puan
>
> Perhimpunan
> Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi
> masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.
>
> Kita
> semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun
> untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.
>
> Jika
> pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan
> timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak
> keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika
> kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita
> yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah
> perhimpunan ini.
>
> Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan
> kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan
> tidak membenarkan mereka.
>
> Maju mundurnya bangsa kita
> terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita
> melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.
>
> Oleh itu
> berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini
> untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan
> kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan
> kita.
>
> Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
>
> Terima kasih.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>       Nama E-mel baru untuk anda!
> Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan
> @rocketmail yang baru.
> Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
> http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
>
>
>
> >
>

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
          **************** HIGH SKOOL MUAR *****************

Korang semua telah menerima pesanan ini kerana korang semua telah melanggan di 
dalam Google Group "HSM(class of '91 -'95)
Kalau tgh bosan, hantar lah email ke hsm...@googlegroups.com.
Kalau takmo melanggan lagi email ke hsmuor+unsubscr...@googlegroups.com.

Untuk keterangan lanjut,lawat la website group hampehh nihh!!.....hahahaha!!
http://groups.google.com/group/hsmuor?hl=en-GB?hl=en-GB

"SOALAN : JIDON KALAU KENTUT,APAKAH REAKSI MUKA BELIAU?......

*******************************************************************************************
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Reply via email to