Bagi generasi muda, tarikh 13 Mei 1969 itu hanyalah tarikh biasa tanpa
ada tercoret apa-apa peristiwa penting dalam sejarah negara. Bagi
mereka yang berumur 60 tahun ke atas, tarikh ini adalah satu titik
hitam bagi sebuah negara muda dan majmuk seperti Malaysia. Mereka yang
sudah menjadi pemuda dan dewasa pada tarikh tersebut mungkin akan
sentiasa terpahat di dalam ingatan dan kadang kala ngeri dan menakutkan
jika mengenangkan kejadian pertumpahan darah antara kaum yang berlaku
di Kuala lumpur.

Setelah
40 tahun berlalu, negara bangsa yang dibina selepas peristiwa itu telah
memacu negara ke satu peringkat negara membangun yang termaju di
Asia.Melalui Dasar Ekonomi Negara (DEB) kerajaan berusaha untuk
membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu dan menyusun semula
masyarakat tanpa mengira kaum.

Berbalik kepada peristiwa itu,
negara yang baru mencapai kemerdekaan hanya 12 tahun pada tahun 1969
begitu muda untuk mentadbir sebuah negara yang kompleks dan pelbagai.
Pelbagai masalah yang ditinggal penjajah melalui dasar 'pecah dan
perintah' menjadikan rakyat negara ini tidak mempunyai ikatan kukuh
sebaliknya dibayangi dengan prasangka perkauman yang subur.

Ramai
yang beranggapan, untuk apa kita mengwar-warkan saban tahun peristiwa
ini sedangkan ianya sudah lama berlalu. Malah generasi muda yang tidak
tahu apa-apa pun sekarang sudah tahu tentang peristiwa hitam itu. Ada
yang berpendapat peristiwa hitam itu perlu disimpan kemas supaya kita
menerima yang sudah berlaku itu biarlah berlalu.

Namun
kita tidak boleh menipu sejarah. Sama ada itu sejarah baik atau sejarah
buruk ia tetap menjadi lipatan sejarah dan banyak pengajaran yang boleh
kita kutip sebagai rujukan dan panduan pada hari ini. Menurut Utusan
Malaysia- Pakar sejarah Datuk Dr.Ramlah Adam memberitahu bahawa tragedi
13 Mei itu sangat relevan di dalam panduan serta iktibar berdasarkan
situasi semasa. Malah katanya lagi, Tragedi 13 Mei tidak seharusnya
disekat untuk dibicarakan. Rakyat terutama generasi muda perlu diberi
pemahaman mengenai punca dan natijah peristiwa tersebut.

Peristiwa
13 Mei 1969 berlatarbelakang kan kepada peristiwa pilihanraya 1969 yang
menyaksikan buat kali pertama Perikatan gagal mendapat majoriti 2/3 di
Parlimen disamping kalah teruk di Selangor yang menjadi 'tuan rumah'
berlakunya tragedi tersebut. Provokasi yang berterusan oleh DAP
terhadap orang Melayu antara faktur serta merta tercetusnya peristiwa
pahit seolah-olah kejadian itu memang tidak boleh dielakkan lagi.

Provokasi
yang menghina berikutan kemunduran dan kemiskinan orang Melayu di tanah
airnya sendiri adalah punca tercetusnya secara serta merta peristiwa
berdarah yang mengorbankan banyak nyawa. Orang Melayu yang memang serba
kekurangan dan ketinggalan dalam pelbagai bidang berasa terhina kerana
baru hanya 21 tahun(1948) kaum pendatang itu telah diberikan
kewarganegaraan percuma dan baru 12 tahun mencapai kemerdekaan 1957,
mereka telah bersikap bongkak, sombong dan angkuh kepada penduduk
pribumi yang telah terlalu banyak bertolak ansur kepada golongan
pendatang.

Di kala orang Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai
bidang kehidupan dan pembahagian kek ekonomi yang tidak dibahagi sama
rata maka berlakulah jurang kehidupan yang semakin melebar. Sudahlah
miskin, dihina lagi di tanah air sendiri benar-benar mencabar kesabaran
sesiapa pun mengikut fikiran normal manusia biasa. 

Peristiwa
demi peristiwa yang berlaku sekarang ini terutama berkenaan krisis
politik Perak walaupun dalam situasi yang sedikit berbeza tetapi
mempunyai ciri-ciri provokasi politik yang hampir serupa. Peristiwa
biadap, angkuh dan sombong beberapa ahli DUN di dalam sidang Dewan
Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 yang lalu dilihat di seluruh
negara oleh rakyat Malaysia melalui media-media. Ianya sedikit sebanyak
boleh menimbulkan keresahan, kemarahan, kecelaruan di dalam fikiran
majoriti rakyat Malaysia. Penghormatan terhadap dewan yang mulia hampir
musnah apa tah lagi dengan sengaja membiarkan Raja Muda Nazrin terpaksa
menunggu 6 jam untuk bertitah adalah satu tindakan yang biadap dan
kurang ajar.

Provokasi-provokasi seumpama ini jikalau ianya
dilakukan secara berterusan dan kerap terutama kebiadapan mereka yang
tidak mengenang budi ini terhadap sultan adalah dibimbangi akan
mencetuskan siri-siri pertempuran kecil yang akan merebak menjadi lebih
besar. Sekarang ini api kemarahan itu umpama 'api dalam sekam' dan
menunggu saat getir sahaja untuk berlaku perkara-perkara yang tidak
diingini.

Maka
sebab itu, pada hari ini 13 Mei 1969 itu sangat relevan untuk
dibicarakan semula secara serius supaya hal-hal yang sama berlaku 40
tahun dahulu dapat dielakkan. Peristiwa itu tidak mustahil akan
berulang semula jika peraturan undang-undang dan perlembagaan tidak
dipatuhi. Tindakan pencegahan kepada isu politik semasa, wajar
dilakukan oleh pemerintah bagi menjamin keselamatan rakyat. Kementerian
Dalam Negeri perlu lebih tegas untuk mengambil tindakan kepada sesiapa
yang sengaja membuat provokasi dengan tujuan untuk menghasut dan
membuat kekacauan. Sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) patut
digunakan, gunapakailah akta tersebut terhadap mereka yang sering
menimbulkan keresahan dan kebimbangan rakyat agar kestabilan negara
dapat dinikmati.

Akhir kata, bacalah sejarah pahit ini, 13 Mei
1969. Carilah kebenaran fakta, buat rumusan, fikirkan secara rasional
dan kajikan apakah punca dan natijah terhadap peristiwa ini. Mahukah
kita peristiwa itu berulang semula? Jika 'ya' teruskan membuat
provokasi politik yang melampau, nescaya bencana yang lebih besar bakal
menanti. Kali ini setelah 52 tahun merdeka, jika berlaku juga ,segala
kebaikan yang telah dibina untuk negara selama ini akan lebur sekelip
mata.



      
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
          **************** HIGH SKOOL MUAR *****************

Korang semua telah menerima pesanan ini kerana korang semua telah melanggan di 
dalam Google Group "HSM(class of '91 -'95)
Kalau tgh bosan, hantar lah email ke hsm...@googlegroups.com.
Kalau takmo melanggan lagi email ke hsmuor+unsubscr...@googlegroups.com.

Untuk keterangan lanjut,lawat la website group hampehh nihh!!.....hahahaha!!
http://groups.google.com/group/hsmuor?hl=en-GB?hl=en-GB

"SOALAN : JIDON KALAU KENTUT,APAKAH REAKSI MUKA BELIAU?......

*******************************************************************************************
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke