Hahhahahhaa.... Pijal, lu betul PA dgn Boss mmg sama tapi x serupa...

Send from Nokia E71

- original message -
Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
From: Ariffin Ahmad <joe...@gmail.com>
Date: 04/06/2009 11:14 AM

pijal..
apa yg berisi?

2009/6/4 mohd rafizal hassan <ijal_m...@yahoo.com.my>

> tua-tua berisi tau...
>
> ------------------------------
> *Daripada:* "nizam7...@gmail.com" <nizam7...@gmail.com>
> *Kepada:* hsmuor@googlegroups.com
> *Dihantar:* Khamis, 4 Jun, 2009 9:47:42
>
> *Subjek:* [HSM] Re: FW: IBU MISALI
>
>
> Tue ke muda.....yg penting perut kene jaga.... X gitu Pol?....
>
> Send from Nokia E71
>
> - original message -
> Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> From: anwar zamil <pol1...@yahoo.com>
> Date: 04/06/2009 9:42 AM
>
> eppy birthday!!
> dh tua!!
>
>
>
>
> ________________________________
> From: "nizam7...@gmail.com" <nizam7...@gmail.com>
> To: hsmuor@googlegroups.com
> Sent: Thursday, June 4, 2009 9:31:29 AM
> Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
>
>
> X lah ....birthday uncle Hassan...
>
> Send from Nokia E71
>
> - original message -
> Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> From: anwar zamil <pol1...@yahoo.com>
> Date: 04/06/2009 9:21 AM
>
> birthday pijal ke ari ni?
>
>
>
>
> ________________________________
> From: "nizam7...@gmail.com" <nizam7...@gmail.com>
> To: hsmuor@googlegroups.com
> Sent: Thursday, June 4, 2009 9:03:46 AM
> Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
>
>
> Selamat Hari Lahir to Mohd Rafizal Hassan.. Semoga dipanjangkan umur dan
> murah rezeki.... Amin....
>
> Send from Nokia E71
>
> - original message -
> Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> From: Ariffin Ahmad <joe...@gmail.com>
> Date: 02/06/2009 5:22 PM
>
> actually adalah fitnah semata mata bila ada orang cakap donlod movie tu
> akan
> merosakkan komputer.
> bunyi nya macam apa yang ah beng ber pimple kat low yat akan bagitau ko,
> kalau dia sendiri pun tak tau apa dia buat.
>
> satu je la nasihat aku kalau ko nak donlod movie ni.
> jaring nampak gaya nya ikut permintaan MPAA (persatuan filem kat US).
> so, akan ada kemungkinan korang ada dapat email ke apa la dari diaorang.
> tapi, kalau donlod kat rumah, korang boleh abaikan jer.
> cuma, kalau donlod kat opis, leceh sikit, psal nak kena berjawab ngan bos
> korang.
>
> streamyx and maxis, setakat ni aku guna ok jer.
> nampak diaorang tak kisah pasal korang nak melanun movie movie tu.
> btw, url yg aku bagi tadi cuma akan dia tuntut oleh persatuan movie lucah
> US
> jer... :-p
>
> in case korang nak donlod movie, check out: www.mininova.org
>
>
> 2009/6/2 <nizam7...@gmail.com>
>
> >
> > Anuar Mail berada di Muar buat business sendiri....
> > Tajmul - Doctor kat Hospital Pakar Muar
> > Rahul - emmm Pol tau di kat mana...kat Malaysia ke kat oversea....
> > Hahahahaha...wa masih gelak lg psl email amin ni...
> >
> > Send from Nokia E71
> >
> > - original message -
> > Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> > From: aminuddin mza <aminmz...@yahoo.com.my>
> > Date: 02/06/2009 5:01 PM
> >
> > Macam mane dgn Nizam Mail Kerbau, Khairul Anuar, Rahul dan Tajmul? Diaowg
> > kt ne sekarang?
> >
> > --- Pada Sel, 2/6/09, nizam7...@gmail..com <nizam7...@gmail.com> <
> nizam7...@gmail.com> menulis:
> >
> >
> > Daripada: nizam7...@gmail.com <nizam7...@gmail.com>
> > Subjek: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> > Kepada: hsmuor@googlegroups.com
> > Tarikh: Selasa, 2 Jun, 2009, 4:42 PM
> >
> >
> >
> > Ok Min, ni antara senarai nama2 member kita yg ada dlm group ni...
> > 1) Aku Nizam Kuak - Melaka - Bank Negara
> > 2) Pijal - Damansara
> > 3) Pol aka Anuar Malham - JB - Gomen
> > 4) Apek - keje dgn syarikat kapal Norway - 6 minggu atas darat (malaysia)
> 6
> > minngu atas kapal - geologi..
> > 5) Suhaimi akan siah - keje dgn bapak dia - developer
> > 7) Ipin - Seri Kembangan Serdang
> > 8) Hidir - Bank Islam HQ KL
> > 9) Gdon - Open University KL
> > 10) Muazis aka tokey kondom -Cikgu kat bandar sunway Selangor - Mak dia
> dah
> > meninggal.
> > 11) Azmi Leman - EON Bank JB - Mak dia pun dah meninggal.
> > 12) Nik Shajaril - CIMB JB
> > 13) Fadli aka Katak - Felda kot kat JB
> > 14) Adha - Volvo Sg Besi
> > 15) Ariff Bopeng - APEX kl
> > 16) Pudin akan robocop - LHDN KL
> > 17) Azhar aka Pret - Jabatan Pendidikan KL
> > 18) Khairani bujairomi - Duk Jb keje Singapore
> > 19) Malai - Lecturer, Melaka
> > 20) Atuk aka Azman - Petronas Terengganu
> > 21) Rosman senawi - Petronas Terengganu
> > 22) Pikun aka Amran - Perodua JB
> > 23) Keratong aka Hadzri - Lecturer, UTEM Melaka
> > 24) Syed Fhaisal - Syarikat buat sayap kapal terbang, Melaka
> > 25) Faizal Wong - KL, company buat kapal angkasa
> > Tu la antara kengkawan kita yg still contact each other... Kebanyakannya
> > dah Kahwin kecuali Adha...
> >
> > Send from Nokia E71
> >
> > - original message -
> > Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> > From: aminuddin mza <aminmz...@yahoo.com.my>
> > Date: 02/06/2009 4:23 PM
> >
> > Terlebih ajor btul la! aku alhamdulillah sihat. Ok je, Ingat lagi engko
> > yea, Korang x nak buat trip nak pg Kuantan ke? Lepak Club Med ke, bawak2
> la
> > menghirup udara pantai timur ni, sejuk lg menenangkan. Duduk KL atau JB
> nie
> > udara x brapa nak bersih, sesekali pegila jejalan kt cni, best jgk.
> >
> > --- Pada Sel, 2/6/09, nizam7...@gmail.com <nizam7...@gmail.com> menulis:
> >
> >
> > Daripada: nizam7...@gmail.com <nizam7...@gmail.com>
> > Subjek: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> > Kepada: hsmuor@googlegroups.com
> > Tarikh: Selasa, 2 Jun, 2009, 10:58 AM
> >
> >
> >
> > Hahahhaha, Pol lu mengimbas kembali zaman persekolahan la... Amin
> > lengkung......
> >
> > Send from Nokia E71
> >
> > - original message -
> > Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> > From: anwar zamil <pol1...@yahoo.com>
> > Date: 02/06/2009 10:53 AM
> >
> > ni amin lengkung ke?
> > yg pakai basikal racing tu ea?
> > ha ha ha!!
> > apa kabo ko?
> >
> >
> >
> >
> > ________________________________
> > From: "nizam7...@gmail.com" <nizam7...@gmail.com>
> > To: hsmuor@googlegroups.com
> > Sent: Tuesday, June 2, 2009 10:49:24 AM
> > Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> >
> >
> > Huh?? Ahhh ko Amin....!!
> >
> > Send from Nokia E71
> >
> > - original message -
> > Subject: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> > From: aminuddin mza <aminmz...@yahoo.com.my>
> > Date: 02/06/2009 10:26 AM
> >
> > Apa punye panjangla citer keinsafan ini, jenuh baca! naik juling nak bg
> > abis
> >
> > --- Pada Sel, 2/6/09, Ariffin Ahmad <joe...@gmail.com> menulis:
> >
> >
> > Daripada: Ariffin Ahmad <joe...@gmail.com>
> > Subjek: [HSM] Re: FW: IBU MISALI
> > Kepada: hsmuor@googlegroups.com
> > Tarikh: Selasa, 2 Jun, 2009, 10:23 AM
> >
> >
> > malas nya nak baca.
> > panjang sangat.
> >
> >
> >
> > 2009/6/1 <nizam7...@gmail.com>
> >
> >
> >
> > Send from Nokia E71
> >
> > -original message-
> > Subject: FW: IBU MISALI
> > From: "Abd Rahman Abd Samad - Consumer Recovery Department, Southern
> > Region" <arahma...@bankislam.com.my>
> > Date: 01/06/2009 5:29 PM
> >
> >
> >
> > From: Mohamad Faizal b. Mamat [mailto:faizal-ma...@ambg.com.my]
> > Sent: Thursday, May 14, 2009 2:04 PM
> > Subject: FW: IBU MISALI
> >
> >
> > -----Original Message-----
> > From: Syirzan Fuad Md.Taib
> > Sent: Thursday, May 14, 2009 9:07 AM
> > Subject: IBU MISALI
> > IBU MISALI
> >
> > OLEH NORHASHIMAH HASHIM
> >
> > PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
> > telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat
> satu
> > sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah
> > iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
> >
> > "Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita
> > kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak
> lain
> > daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan
> > Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk
> tampil
> > memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
> >
> > Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat
> itu.
> > Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis
> berkulit
> > hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang
> > wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
> >
> > Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik
> ke
> > pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang
> > kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
> > dijemput?
> >
> > Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
> > sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung
> > ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
> >
> > Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima
> > sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia
> > beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
> >
> > 'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan
> > menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang
> menanti
> > hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap
> > berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang
> > dipakainya.'
> >
> > Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
> >
> > Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku
> notaku.
> > Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk
> memastikan
> > penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya
> > masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
> >
> > Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan
> > majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada
> dalam
> > tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas
> > dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi
> > salam.
> >
> > Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk
> semeja
> > denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka
> balas.
> > Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
> >
> > "Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah,
> kerana
> > dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang
> > ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak
> > penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang
> > penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
> >
> >
> > Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada
> percakapan
> > gadis itu.
> >
> > "Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah
> kebencian
> > itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat
> > saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling
> malang,
> > disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk
> > membantu menjaga anak-anak kandungnya"
> >
> >
> > "Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang
> > pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu
> > pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman
> > video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya
> > harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan
> > terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan,
> > pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali"
> > yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
> >
> > Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
> >
> > "Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin
> > kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
> >
> > "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang
> > merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke
> > ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut
> pada
> > dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke
> > dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
> >
> > "Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal
> dan
> > mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak
> > boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir
> > hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat,
> > seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
> >
> > Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka
> > menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
> >
> > "Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah
> > menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan
> > sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak
> > kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan
> > dan, pakai mereka."
> >
> > "Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui
> > abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa
> > daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit
> hati
> > melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
> >
> > "Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?"
> > Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu
> > telah menyemarakkan api radang saya
> >
> > "Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk
> > kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
> >
> > "Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka
> > cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak
> terpaksa
> > membantu mereka."
> >
> >
> > "Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua
> anggota
> > mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak
> buta.
> > Yang betulnya, mereka malas, mak!"
> >
> > "Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap
> > kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi,
> kesayuan
> > itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
> >
> > "Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu
> > bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma
> > sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau
> > menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
> > Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
> > Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak
> > terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin
> > mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu
> > mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,
> > memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan
> > kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
> >
> > "Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya
> > pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
> > "Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah
> orang
> > lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
> >
> > "Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan
> > petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya
> > mencadangkan hal itu.
> >
> > "Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
> > Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar
> yang
> > telah sedia terentang di hadapannya."
> >
> > "Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua
> > belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun.
> Ayah
> > terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan
> > untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
> > Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah,
> berkali-kali
> > mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan
> > kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
> >
> > Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis
> > itu....
> >
> > "Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan
> > kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup
> > menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak
> > benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan
> makan.
> > Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit
> saja.
> > Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air
> > ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang
> > pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
> > Penat saya membersihkannya. "
> >
> >
> > "Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya
> > lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus
> > melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah
> > mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke
> > rumah ibu untuk mencari ketenangan."
> >
> > "Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada
> > mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain
> yang
> > lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
> >
> > "Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu
> > bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
> >
> > "Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila
> situasi
> > itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan
> saya.
> > Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga
> > saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak
> > dapat menjaga seorang anak normal.
> >
> > Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
> >
> > "Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar
> dan
> > cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan
> > menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih
> > dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal
> > bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi
> > Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
> >
> > "Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu
> > tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
> >
> > "Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala
> > saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga
> > abang-abang dan kakak-kakak Mirah.. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh
> hati.
> > Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena
> > lempanglah."
> >
> > "Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya
> tahu
> > saya bersalah.
> >
> > "Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang
> > kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan
> > mak."
> >
> > "Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
> >
> > "Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu
> > dapat meringankan penderitaan mak.
> >
> > Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
> >
> > "Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
> >
> > "Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada
> > apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah.
> > Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat
> banyak
> > pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah
> juga.
> > Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia
> akan
> > meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak
> lihat
> > Mirah terima hadiah."
> >
> > "Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana
> saya
> > tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
> >
> > "Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu
> > kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang
> > diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."
> > "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati
> mak
> > yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan
> kakak-kakak
> > dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana
> > saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus
> resah-gelisah.
> > "
> >
> > "Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik
> > saya. "Mirah."
> >
> > "Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
> >
> > "Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah
> > tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan
> > kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak
> > tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,
> > keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak
> > tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga
> > abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
> >
> > Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.
> > Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap
> wajah
> > mak ketika itu.
> >
> > "Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
> >
> > Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi
> > gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak
> gugur
> > menimpa serata muka dan leher saya.
> >
> > "Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah
> > segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah
> > telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah.
> > ......"
> >
> > "Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata
> yang
> > lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak
> > tangis.
> >
> >
> > Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya
> > terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai
> > keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-
> > abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
> >
> > Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis
> > itu berbicara.
> >
> > Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah
> lima,
> > saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah,
> di
> > sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
> >
> > "Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
> >
> > "Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan
> > sempurna?"
> >
> > "Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan
> > daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
> >
> > "Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
> >
> > Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip
> > memandang saya.
> >
> > "Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
> >
> > "Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping
> > dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
> >
> > "Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah
> > menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
> >
> > "Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah
> > semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
> >
> > Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka
> terus
> > memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah
> mereka.
> > Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi
> > pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
> >
> >
> > Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya
> > daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan
> > pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.
> > Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran
> > didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
> >
> > Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh
> > semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar
> ceritanya
> > dengan penuh minat.
> >
> > "Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran
> > di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan
> dalam
> > bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin
> > menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di
> > samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya
> manfaatkan
> > bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
> >
> > "Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang
> guru
> > pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah
> > yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan
> > mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
> >
> > "Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang
> > dan kakak-kakak.. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa
> > kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
> >
> > "Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,
> > bang?" suara mak diamuk pilu.
> >
> > Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan
> > Mirah pula?"
> >
> > "Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan
> > dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
> >
> > "Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib
> abang-abang
> > dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan
> > saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan
> > tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah
> > dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan
> mereka,
> > adalah tangan yang sama, tangan mak."
> >
> > Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk
> > sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,
> > khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
> >
> > Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
> > pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan
> mak,
> > di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan
> > merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk
> > menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada
> > orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu
> > Misali" yang lain.
> >
> > "Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai
> > banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan
> mak
> > tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada
> > rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak
> > dan ayah."
> >
> > "Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak
> > masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima
> > anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi
> > setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.
> > Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana
> > mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
> >
> > "Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah
> > ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan
> > ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu
> muda
> > yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,
> > segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
> >
> > "Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan
> saya
> > kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai
> > salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan
> > mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib
> dengan
> > mak."
> >
> > "Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
> >
> > Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
> >
> > Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku
> > sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi
> > kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran
> > cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan
> menangkap
> > gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya
> yang
> > telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
> >
> > 'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha
> mendapat
> > skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
> > Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
> >
> > Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian
> > yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
> >
> > "Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak
> > sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri
> > Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu
> > Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah
> > iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri
> dipersilakan."
> >
> > Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya
> > melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya
> > menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya
> dia
> > terduduk kembali di atas kerusi.
> >
> > Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang
> > mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu,
> beliau
> > menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
> >
> > Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,
> > seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke
> > pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah
> > hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.
> >
> >
> >
> ************************************************************************************
> >
> > DISCLAIMER:
> >
> > This message may contain confidential and privileged information for its
> > intended recipient(s) only. If you are not an intended recipient, you are
> > hereby notified that any review, dissemination, and distribution,
> printing
> > or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited.
> > Please delete the entire message and inform the sender of the error. Any
> > opinions, conclusions and other information in this message that are
> > unrelated to official business of AmBank Group are those of the
> individual
> > sender and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed
> by
> > AmBank Group.
> >
> >
> >
> >
> >
> ************************************************************************************
> >
> >
> >
> > ________________________________
> > This e-mail and any files transmitted with it is legally privileged and
> > confidential and intended solely for the use of the individual or entity
> to
> > whom it is addressed. If you are not the intended recipient, you are
> hereby
> > notified that you have received this e-mail and any files transmitted
> with
> > it in error and that any use, dissemination, forwarding, printing or
> copying
> > of this e-mail and any files transmitted with it is strictly prohibited.
> >
> > If you have received this e-mail and any files transmitted with it in
> > error, please notify the sender immediately by reply e-mail and delete
> this
> > email.
> >
> > Views, opinions, conclusions or other information contained in this email
> > not related to the business of Bank Islam Malaysia Berhad shall not be
> taken
> > as reflective of or endorsed by it.
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >      Nama E-mel baru untuk anda!
> > Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan
> > @rocketmail yang baru.
> > Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
> > http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
> > Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
> > http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >      Sertai keseronokan di Yahoo! Messenger dengan semua rakan anda.
> Hanya
> > tambah mereka dari e-mel atau rangkaian sosial anda hari ini!
> > http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/
> >
> >
> >
> > >
> >
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> ------------------------------
>  Mula berbual dengan rakan di Yahoo! Pingbox serba baru hari ini!
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/messenger/pingbox/mailtagline/*http://my..messenger.yahoo.com/pingbox/>
> Mudah untuk membuat ruang bual peribadi di blog anda
>
> >
>




--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
          **************** HIGH SKOOL MUAR *****************

Korang semua telah menerima pesanan ini kerana korang semua telah melanggan di 
dalam Google Group "HSM(class of '91 -'95)
Kalau tgh bosan, hantar lah email ke hsm...@googlegroups.com.
Kalau takmo melanggan lagi email ke hsmuor+unsubscr...@googlegroups.com.

Untuk keterangan lanjut,lawat la website group hampehh nihh!!.....hahahaha!!
http://groups.google.com/group/hsmuor?hl=en-GB?hl=en-GB

"SOALAN : JIDON KALAU KENTUT,APAKAH REAKSI MUKA BELIAU?......

*******************************************************************************************
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Reply via email to