Kawan se-Sumatra,
Ingat topik 50% yang tersisa pada Sept 1999 yang lalu???
Sekedar melihat konsistensi rekan kita Amasa,
berikut ini saya angkat lagi tulisan rekan kita Amasa tentang wanita yang 
diidamkannya (ditulis tgl 01 Sept 1999)
Mungkin menarik untuk diulas.

yuddy aryadi

At 05:42 AM 1/09/99 +0000, Amasa Ndoloe wrote:
>Wah kalo saya sih prinsipnya sederhana aja.
>
>Saya mau mencari seorang istri yang saya cintai dan mau mencintai saya dan
>menerima kekurangan dan kelemahan saya, so saya belajar untuk bertanggung
>jawab atas cintanya.
>
>Seorang yang tersisa.
>
>At 11:11 AM 9/1/99 +0700, yuddy aryadi wrote:
> >Dear Friend,
> >
> >Ini saya tujukan khusus buat yang 50% tersisa.
> >Regards,
> >
> >> -----Original Message-----
> >> From:        Ibrahim Usman
> >> To:  Noor Sahib Maricar
> >> *******************************************************
> >> MEMILIH PASANGAN HIDUP
> >> TITIK TOLAK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA
> >> Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang memperhubungkan antara lelaki
> >> dan wanita. Impian kita terhadap ikatan ini ialah agar ia akan terus
> >> kekal hingga ke akhir hayat. Selain daripada itu, kita juga mengharapkan
> >> agar perkahwinan itu sentiasa aman damai, bahagia dan agar darinya
> >> dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan anak yang soleh, cerdik, cerdas
> >> seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
> >> Tidak ada siapapun manusia di dunia ini yang menginginkan agar
> >> perkahwinannya porak-peranda atau mengharap agar dikurniakan anak yang
> >> jahat tingkah lakunya, bodoh akal fikirannya dan menjadi pengkhianat
> >> kepada  agama dan negara. Cuba kita bertanya kepada ibubapa yang
> >> mempunyai seorang anak yang ketagihan dadah:  "Adakah ketika anak pak
> >> cik ini masih kecil, memang pak cik sentiasa berharap agar dia menjadi
> >> seperti sekarang apabila dewasa kelak ?"
> >> Bagaimanakah cara untuk menjamah hakikat kebahagiaan rumahtangga yang
> >> diidam-idamkan dan melempar jauh kengerian-kengerian kehancuran
> >> rumahtangga?  Jawapannya ada di tangan kita sendiri....
> >> Dan perkataan kita di sini terbahagi kepada dua, iaitu:
> >> 1)   Diri kita sendiri yang perlu ada sifat-sifat yang boleh
> >> digolongkan sebagai mampu membahagiakan isteri dan menitiskan zuriat
> >> yang soleh dan solehah.
> >> 2)   Kebijaksanaan kita dalam mencari pasangan hidup yang akan
> >> menjanjikan kebahagiaan berumahtangga, melahirkan serta mendidik
> >> anak-anak agar  menjadi insan yang sempurna.
> >>
> >> Sebenarnya dua perkara ini merupakan inti, sari atau ibu dari
> >> sabdaan-sabdaan Rasulullah s.a.w., firman-firman Allah s.w.t. dan
> >> pendapat-pendapat dari para ulamak mengenai keharmonian dan kerukunan
> >> keluarga. Dua perkara ini juga merupakan rahsia dan titik tolak untuk
> >> mencapai impian tersebut.
> >> Kerana jika bukan kita, siapa lagi yang akan memberi segala impian yang
> >> diharap-harapkan dalam kehidupan berumahtangga? Adakah orang lain selain
> >> dari kita mampu melaksanakan perkara ini? Sudah tentu tidak.
> >> MENCARI JODOH
> >> Jodoh pertemuan telah ditentukan oleh Allah s.w.t. , namun kita sebagai
> >> manusia diperintahkan agar berusaha, berikhtiar dan berdoa supaya di
> >> kurniakan oleh Allah s.w.t. dengan pasangan yang baik dan solehah.
> >> Setelah usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh barulah menyerahkan
> >> perkara tersebut kepada Allah s.w.t., terpulang kepadaNya samada mahu
> >> diperkenankan ataupun sebaliknya.
> >> Bukan sedikit dari kalangan masyarakat kita yang hanya menunggu-nunggu
> >> ketentuan dan ketetapan dari Allah s.w.t. tanpa disertakan dengan usaha
> >> dan ikhtiar. Mereka ini samalah dengan manusia yang hanya
> >> menunggu-nunggu rezeki datang bergolek atau terbang melayang di hadapan
> >> mata tanpa di sertakan dengan usaha dan ikhtiar.  Manakala mereka yang
> >> sibuk berusaha mencari jodoh pula tidak kurang juga yang melakukan
> >> pelbagai kesilapan. Bukan hanya dari sudut agama tetapi kemanusiaan dan
> >> kemasyarakatan. Baik dari pihak lelaki mahupun perempuan.
> >> Pihak lelaki lebih cenderung memilih calon isteri yang mempunyai rupa
> >> paras yang menarik, pandai bergaya dan bersolek ketika berada di luar
> >> rumah, lincah gerak lakunya, luas pergaulannya, berpemikiran moden atau
> >> tidak kekampungan dan sebagainya. Perempuan yang berhijab atau bertudung
> >> menutup aurat dan kuat beribadat dianggap kuno dan amat memalukan. Yang
> >> tidak  tahu keluar rumah untuk bekerja atau bersosial yang tidak ada
> >> manfaatnya  dari sudut agama dipandang sebagai gadis pingitan yang tidak
> >> punya tempat di mata masyarakat hari ini. Dan yang sentiasa melakukan
> >> tindakan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis dikatakan ingin kembali ke
> >> zaman unta.
> >> Manakala pihak perempuan pula tidak kurang hebatnya, calon suami
> >> mestilah yang berharta, berpangkat, punya kedudukan dan nama,
> >> berkelulusan tinggi, segak bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal dan
> >> kalau boleh mempunyai kenderaan yang semewah mungkin.
> >> Mereka lebih mengutamakan nafsu mereka terhadap matabenda dunia dan
> >> membelakangkan agama. Dengan ini, mereka samada sedar ataupun tidak,
> >> telah menjerumuskan rumahtangga yang akan dibina ke arah kehancuran.
> >> Sekalipun tidak hancur ia akan sentiasa diburu oleh kegelisahan dan
> >> ketidakselesaan hidup. Dan apabila manusia berebut-rebut mengutamakan
> >> kebendaan dan membelakangkan agama, maka nantikanlah wujudnya sebuah
> >> genarasi yang dua atau tiga kali ganda tidak mengenal Allah s.w.t. dan
> >> RasulullahNya.
> >> KESAN MELETAKKAN HARTA SEBAGAI SYARAT UTAMA Pemilihan jodoh dengan
> >> meletakkan material sebagai nombor wahid dan agama sebagai angka yang
> >> terakhir akan mengakibatkan beberapa perkara yang  tragis, iaitu:
> >> 1-   Menyebarluaskan lagi penyembahan material di kalangan masyarakat
> >> Islam kerana material telah dianggap sebagai lambang kebahagiaan
> >> walaupun hanya palsu semata-mata. Manakala agama pula dianggap
> >> ketinggalan zaman.  Bahkan lebih dahsyat dari itu, agama dianggap
> >> sebagai puaka yang amat menakutkan dan menyeramkan. Akal fikiran mereka
> >> sentiasa dihantui dengan anggapan bahawa apabila menjadi isteri kepada
> >> lelaki yang kuat agamanya, nescaya dirinya akan terkongkong dalam
> >> lingkungan yang amat sempit sekali. Tidak boleh berhias, bergaya,
> >> bekerja dan bergiat dalam segenap lapangan. Tugasnya hanya di dapur,
> >> melahirkan dan mendidik anak-anak. Sebenarnya ini hanyalah momokan yang
> >> mereka cipta sendiri.....
> >>
> >>      Dari pengaduan-pengaduan yang saya dengar dan melalui pengamatan
> >> terhadap masyarakat yang melingkungi saya, saya mendapati bukan sedikit
> >> dari kalangan wanita-wanita Islam yang menganggap bahawa mendidik dan
> >> memelihara anak adalah satu bebanan. Mereka lebih rela bekerja seberat
> >> mana sekalipun dari menjaga dan mendidik anak-anak.
> >>      Perasaan kasih sayang sepenuh hati dan
> >>      Sifat keibuan telah ditarik oleh Allah s.w.t. dari sebahagian
> >> wanita-wanita Islam. Lihat saja! Bagaimana kes membuang anak begitu
> >> berleluasa terjadi di negara kita ini.
> >> 2-   Akan menjejaskan institusi kekeluargaan sesebuah masyarakat.
> >>      Penceraian mula meningkat dari hari ke hari. Di samping itu
> >> terlalu banyak rumahtangga yang sedang menanti giliran untuk runtuh.
> >> Akibat membelakangkan akhlak ketika memilih calon, maka si isteri atau
> >> si suami menanggung derita perpanjangan. Mutakhir ini, bukan hanya suami
> >> dari kalangan orang-orang awam bahkan tokoh masyarakat, ahli politik dan
> >> pak menteri telah terjebak dengan beberapa kegiatan yang kurang sihat.
> >> Judi, rasuah, perzinaan dan sebagainya. Mengadakan hubungan dengan
> >> pelacur sudah menjadi suatu yang lumrah bagi suami-suami yang tidak
> >> beragama. Yang berpendapatan rendah akan pergi kepada pelacur-pelacur
> >> kelas bawahan.  Manakala yang bergaji lumayan dan punya kedudukan yang
> >> tinggi akan menyimpan sekurang-kurangnya seorang wanita.
> >>      Si isteri pula, lebih terdedah kepada perangkap lelaki-lelaki
> >> hidung belang. Samada di majlis-majlis sosial atau di tempat kerja.
> >> Isteri orang-orang awam yang terperangkap akan dipujuk rayu di mana
> >> kesudahannya berlakulah perzinaan yang dilaknat Allah s.w.t.
> >>      Manakala isteri orang-orang berada atau ternama akan menyimpan
> >> lelaki tersebut dengan diberi habuan berupa wang atau kemudahan yang
> >> bukan sedikit nilai ringgitnya.  Antara alasan-alasan yang sering
> >> diberikan oleh isteri-isteri ini ialah mereka sering ditinggalkan oleh
> >> suami kerana urusan perniagaan, mereka  tidak mendapat kepuasan seks
> >> bersama suami atau sebagainya. Namun bagi saya semuanya itu adalah
> >> alasan yang terlalu rapuh dan tidak boleh dipakai samasekali. Pada
> >> hakikatnya, kerana mereka ini telah mbelakangkan agama. Seandainya orang
> >> yang beragama mengalami masalah yang sama sudah pasti mereka tidak
> >> memilih jalan dosa dan noda ini.
> >>      Sebagai contoh ialah sebuah kisah, pernah terjadi peristiwa di
> >> mana si isteri tidak mendapat kepuasan seks dari suaminya. Ramai
> >> teman-teman yang menasihati si suami agar berusaha mengatasi masalah ini
> >> samada bertemu doktor, berurut secara tradisional atau sebagainya. Namun
> >> si suami berdegil tidak mahu menurut nasihat teman-temannya. Jiwa si
> >> isteri pula terus memberontak inginkan kepuasan seks.  Apabila dilihat
> >> tidak ada perubahan, si isteri mula memilih caranya  sendiri untuk
> >> mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Dia mula mencari lelaki lain
> >> agar dapat mengisi kekosongan jiwanya. Akhirnya beberapa orang lelaki
> >> telah menidurinya termasuklah seorang rakan karib suaminya sendiri.
> >>      Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,
> >> begitulah dengan nasib si isteri di mana akhirnya perbuatannya itu
> >> diketahui oleh si suami. Malu bukan kepalang kerana rupanya perkara itu
> >> sudah lama menjadi buah mulut masyarakat keliling. Maka dia menceraikan
> >> isterinya.  Mereka berpisah....
> >>      Apa yang dapat kita lihat pada masalah di atas, pengkhianatan
> >> terhadap suami dengan melakukan zina bersama lelaki lain adalah
> >> disebabkn oleh kurangnya agama isteri lelaki itu. Dia menyelesaikan
> >> masalah tidak mendapat kepuasan seks dengan cara yang benar-benar keji
> >> dan menjijikkan.
> >>      Sebaliknya, seandainya isteri lelaki itu merupakan seorang yang
> >> beriman dan kuat agamanya sudah tentu dia akan menyelesaikannya dengan
> >> jalan yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t. Berkemungkinan jika
> >> peringkat pertama, kedua dan ketiga tidak mampu engatasi masalah ini,
> >> mereka akan bertemu kadhi untuk minta penyelesaian. Jika jalan buntu
> >> yang ditemui juga sudah  tentu talak adalah cara yang terbaik.
> >>      Cuba kita perhatikan sekali lagi, natijah dari dua jalan
> >> penyelesaian yang berbeza terhadap masalah di atas adalah sama sahaja,
> >> iaitu berakhir dengan perceraian. Jika dia menyelesaikan masalah itu
> >> dengan cara mengadakan hubungan seks haram bersama lelaki lain, kemudian
> >> diketahui oleh  suaminya maka dia akan diceraikan. Dan begitu juga jika
> >> dia menyelesaikannya dengan jalan yang ditunjukki oleh syariat. akhirnya
> >> dia diceraikan juga. Jika begitu mengapa memilih jalan yang kotor dan
> >> menjijikkan? Bukankah lebih baik jika dia menyelesaikannya dengan cara
> >> yang kedua? Kerana kehormatan diri dan keluarganya akan terpelihara.
> >> 3-   Melahirkan keturunan yang rosak moral dan kurang agamanya.
> >> Kerana ibubapa yang baik akan mendidik anaknya ke arah kebaikan.
> >> Sebaliknya, ibubapa yang kurang agama akan mendidik anaknya ke arah yang
> >> tidak dikehendaki oleh Islam, walaupun menurut kacamatanya ia adalah
> >> kebaikan.  Bahkan berkemungkinan anak tersebut akan dua kali ganda lebih
> >> buruk agamanya dari ibubapanya sendiri.
> >>      Sejak kebelakangan ini, gejala keruntuhan moral telah menjadi
> >> satu topik yang sangat hangat diperkatakan, dari golongan bawahan
> >> hinggalah ke peringkat ulamak dan tokoh politik. Semakin banyak mereka
> >> memperkatakan tentang keruntuhan moral seolah-olah ia semakin
> >> menjadi-jadi dan bertambah buruk. Tidak membawa perubahan langsung.
> >>      Penagihan dadah, kegiatan seks bebas, melawan ibubapa dan guru,
> >> mencuri dan seribu satu macam penyakit sosial lagi sedang menyerang
> >> anak-anak remaja kita yang baru berusia 13, 14 atau 15 tahun.  Bila kita
> >> lihat kepada usia, kita dapati mereka ini terlalu muda untuk didedahkan
> >> kepada perhubungan seks dan pengetahuan mengenainya. Tetapi apa yang
> >> berlaku sekarang ini, mereka sudah jauh lebih matang tentang perhubungan
> >> seks. Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka sudahpun berkali-kali atau
> >> seringkali melakukan hubungan seks dengan beberapa orang lelaki. Masalah
> >> kehamilan dari hubungan seks secara haram ini sudah tidak menjadi
> >> masalah bagi mereka. Kebanyakkan wanita-wanita remaja ini Sentiasa
> >> membawa kondom atau pil pencegah hamil ke mana sahaja mereka pergi. Ia
> >> boleh diperolehi dengan bebas dan mudah di kedai-kedai.  Bahkan menurut
> >> kajian, pasangan perempuanlah yang lebih banyak menyediakan alat cegah
> >> hamil bagi mengelak risiko kehamilan yang sudah tentu lebih banyak
> >> dibebankan  kepada mereka berbanding dengan pasangan lelaki.
> >>      Selain dari beberapa faktor yang menjadi tulang belakang
> >> berlakunya keruntuhan moral sebegitu buruk sekali dalam masyarakat kita,
> >> ibubapa juga telah digembar-gemburkan sebagai faktor nombor wahid.
> >> Pernah terjadi di salah sebuah negeri di Malaysia, satu serbuan telah
> >> dibuat oleh pihak yang berkuasa dalam usaha membenteras kegiatan maksiat
> >> yang berleluasa. Salah satu pasangan yang tertangkap adalah pasangan
> >> remaja yang masih lagi di bangku sekolah. Ketika pasangan perempuan
> >> dihantar pulang  ke rumah ibubapanya, telah berlaku satu peristiwa yang
> >> memang tidak di duga. Di mana ibu perempuan tersebut telah memarahi
> >> pihak berkuasa yang  menghantar anaknya itu. Ibunya berkata:  "Apa encik
> >> susah, kalau anak saya mengandungpun, saya akan dapat cucu!"
> >>      Percayakah pembaca sekelian, bahawa seorang ibu atau bapa yang
> >> hidup sentiasa membelakangkan agama mampu menarik 10 atau 20, bahkan 100
> >> orang remaja lain yang baik tetapi tidak mempunyai ketahanan diri (iman)
> >> yang kukuh ke arah keruntuhan moral yang dikeji oleh syarak, samada
> >> keruntuhan itu dinilai sebagai sesuatu yang baik oleh masyarakat ataupun
> >> tidak.
> >>      Di mana anak-anak dari pasangan ini sudah tentu tidak akan
> >> mendapat didikan yang sempurna menurut kacamata Islam. Mereka ini akan
> >> menjadi seperti parasit yang membawa wabak ke mana sahaja mereka
> >> pergi....Siapa yang bersahabat dengannya sudah tentu akan menerima
> >> akibatnya.  Paling kurangpun akan terkena percikan-percikan dari
> >> kekotoran rendah akhlaknya. Jika anak ini bersahabat dengan 10 orang,
> >> maka kesepuluh-sepuluhnya akan menerima percikan akhlak kejinya..
> >> Begitulah seterusnya.
> >
> >_


Kirim email ke