UMRAH SECARA BACKPACK SAMBIL MELAWAT JORDAN/BAITUL MAQDIS Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,
Sekiranya anda berminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH" Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namunbegitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang merekakerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah pun membacaatau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitab haji danumrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yangdituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecilsahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihiwasallam,apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suarasewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau paraMutawwif ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedangkhusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapasaya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya. Pada tahun ini, insha` ALLAH saya akan mula bercuti pada 19.3.07sehingga 11.6.07. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil melawatJordan melihat laut mati, ashabul kahfi dan lain-lain lagi. Saya pernahke Jordan pada tahun 1994, 1995 dan 1996. 3 Kali pergi ke Jordan dalamperjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikutsaya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat BaitulMaqdis tahun 1995 dan 1996. Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman.Ramai orangyang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamatawal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akanmenutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis ini mahal. Sewaktu sayapergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah saya kena bayar200USD untuk 2 malam 3 hari di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 1 malam2 hari . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD,cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya. Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantanmenceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketikaitu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya padatahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja.Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ketangan yahudi laknatullaah.Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kalipertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azansayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapipenjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjidberdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap danuntuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olahkita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , samasedihnya apabila saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur,sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,sayabercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudidi usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir denganqiamat. Saya ini bukan travel agensi. Saya uruskan sendiri urusan ke Makkah,Makan minum, pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack juga.Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yangmurah, yang mahal semua boleh tetapi saya syorkan yang murah keranakita ni macam backpack sahaja. Dibawah ini saya sertakan anggaran perbelanjaan untuk mengerjakan umrah sambil melawat Jordan.pergi ke Makkah dan Jordan . Harga tiket pesawat RJ ( Jordan ) 3200RM. Wang untuk bayar visa 170/180RM . Wang makan di Makkah dan Madinah 30/35RM sehari . Penginapan di Madinah 80RM semalam. Biasanya jemaah bermalam 2 malam sahaja diMadinah kerana mahal , semuanya hotel-hotel baharu, yang lama dan murah telah dirobohkan, kecuali sedikit sahaja dan tak dapat nak menampung permintaan. Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam diMadinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam diMadinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos sewa pengangkutan pula seperti berikut: Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM Van/GMC : 1200RM Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak berubah. Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover.Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma. Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa. Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di bilikyang mempunyai bilik air didalamnya,bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik. Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya sebelum 5.4.2007 kerana saya akan bertolak pada19.4.2007. Setakat ini ada 4 orang nak ikut sama . Seperti yang sayajelaskan kalau makin ramai makin murah kerana boleh cover bayaran bas.Walau pun 4 orang nak ikut saya tetapi travel agensi tempat saya buat visa nak pass kan jemaah mereka seramai 11 orang. Jadi jumlahnya sebanyak 16 orang termasuk saya. Setelah itu pada cuti sekolah, insha` ALLAH sekali lagi saya akan mengerjakan umrah dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah sekiranya ramai yang nak ikut serta, satu group ke makkah sahaja dan satu group lagi Umrah/Jordan. Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada 19.4.2007 ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM 300RM, jemaah umrah juga sangat ramai nanti terutamanya dari Malaysia. Mengikut perangkaan tahun-tahun llepas seramai 15000 rakyat Malaysia membanjiri Makkah pada musim cuti sekolah Mei/Jun, Sekian semoga penjelasan saya ini bermanfaat.Semoga kita semua dibimbing ALLAH. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Sesiapa yang nak ikut serta e mail kat saya : Saudaramu sesama islam [EMAIL PROTECTED] Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Ibadat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Ibadat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
