Soalan
Saya ada kemusykilan mengenai kisah “cari duit” di Internet. Ini kerana
banyak promosi kaedah mencari duit melalui Internet yang saya perhatikan dan ia
kelihatan sungguh menarik tetapi adakah ia betul-betul boleh dipercayai ?
Berdasarkan pendapat,apakah kaedah ini halal dan apakah penilaian di sisi
syarak ?
Jawapan
Islam membenarkan umatnya mencari wang atau pendapatan melalui pelbagai
kaedah,seperti upah,pelaburan dan jual beli.
Ia halal apabila tidak membabitkan riba dan penipuan. Ia boleh dijalankan
melalui cara biasa atau Internet.
Melalui Internet, misalnya barangan boleh dijual dengan lebih cepat dan
global, contohnya eBay ( http:/www.ebay.com/ ) yang menjual pelbagai barangan
secara Internet.
Bagaimanapun, ada Internet yang digunakan untuk pelaburan secara haram
seperti kes terbaru Swiss-cash dan umpamanya.
Ia haram kerana bukan pelaburan sebenar yang ada untung dan rugi, malah ia
menggunakan sistem pyramid yang akhirnya membawa kerugian kepada pelabur
terakhir.
Ia sebenarnya tidak menjana ekonomi berbanding pekerjaan yang membabitkan
upah,pelaburan dan jual beli.
Islam membenarkan aktiviti yang menjana ekonomi untuk kesejahteraan bersama
dalam masyarakat.
Petikan dari Variasi ( 30 Mei 2008 ).
Layari : e-jariah.net
Salam.
---------------------------------
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.
[Non-text portions of this message have been removed]