DIDIKLAH ISTERIMU WAHAI SUAMI
www.iluvislam.com
leo_luvislam
editor: azzahra_solehah





Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya
sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang
harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah
yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada
kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu
mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu
nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan
sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai
dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan
menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya
menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa
yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk
melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan
oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan
pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang
lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan
isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini.
Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak
selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di
dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri
dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan
hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan
oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan
sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks
semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak
buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu
itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para
wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah
wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah
lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam
menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan
penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun
kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang.
Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam
melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan
lel...@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan
dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah
naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa
dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami
sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa
kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan
dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala
mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab
satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah
memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa
ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang
diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun
memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan
hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan
yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula.
Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu
melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita
ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan
kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita
yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa
sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak
ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk
tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa
ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami
selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang
lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja
dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.




*JIKA KITA INGINKN PERUBAHAN,JADILAH PERUBAHAN YG KITA INGINKAN,*

*BERANI MENCUBA,DAN BERANI BUAT PERUBAHAN..KERANA KEGAGALAN SEBENAR ADALAH *
*KEGAGALAN MENCUBA...** BILA DAH JOIN.. KENA BUAT... JANGAN BIARKAN **PELUANG
KEEMASAN!!!** INI BERLALU BEGITU SAJA….*

* *

*>>Layari web ini, klik di sini<< <http://www.jutawan50.com/?id=IZURI>*

*                                                           **Atau*

* *

*
**DISINI..<http://www.blogbioasli.com/Fieza01>
*

* *

* *

*                                    **Ada Perbezaan Antara Keduanya…TAPI
TETAP                                                        Menarik!!!!!***


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Click here:
http://www.giantproduct.com
and
http://www.bukusiber.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-barangan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-barangan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke