Plan Your Money Wisely 
      
________________________________
 
Kos rawatan hospital di waktu kecemasan : Kredit Kad vs Medical Kad 
Posted: 10 May 2010 08:35 AM PDT
Kredit kad – semua orang tahu selok belok perihal kredit kad, dari hal 
permohonan kad kredit, visa mastercaad, yuran tahunan, bayaran minimum, 
sehinggalah membawa kepada black listed, ccriss dan lain – lain.
Di Malaysia, pengguna kad kredit mencecah jutaan orang. Dan mereka yang black 
listed disebabkan kad kredit jugak, bukanlah sedikit. Pun begitu, bagi mereka 
yang tahu selok belok kad plastik ini, mereka tetap memilikinya dan 
menggunakannya dengan penuh hemah. Tahniah. Kad kredit jika digunakan 
sebaiknya, banyak faedah yang boleh diperolehi. Dalam hal – hal tertentu, ia 
menjimatkan.
Posting kali ini, saya nak menceritakan perihal beberapa contoh penggunaan kad 
kredit yang bagi saya sedikit tersilap, tetapi apa boleh buat kerana di waktu 
kecemasan, segala sumber yang ada perlu digunakan.
Kisah yang saya paparkan disini berkisar kepada kecenderungan orang ramai 
menggunakan kad kredit bagi membayar bil hospital yang jumlahnya mencecah 
ribuan ringgit. Kes – kes kecemasan yang sering menimpa ramai orang membuatkan 
mereka hilang punca dan menggunakan segala sumber wang yang ada bagi 
menyelesaikan bil – bil tersebut, termasuklah cash dari kredit kad.
Saya pernah mendengar kisah seorang kakitangan kerajaan yang kemalangan dan 
mengalami patah tangan. Beliau pada mulanya, dihantar ke hospital kerajaan, dan 
malangnya selepas 2 hari, doktor masih gagal mengesahkan tangan beliau patah. 
Akibat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut, beliau minta di hantar 
ke hospital swasta di Sg Petani. Dan setelah disahkan patah, tangan beliau 
berjaya di bedah dan di masukkan besi. Kos perbelanjaan pembedahan tersebut 
mencecah RM 8 500. Beliau yang kekurangan cash, menggunakan 2 kad kredit yang 
beliau miliki untuk melangsaikan kos rawatan tersebut.
Sekarang cuba kita selidiki, jumlah bayaran bulanan yang terpaksa di tanggung 
oleh beliau adalah RM 8 500 x 0.05 = RM 425.
1) Jika beliau membayar kad kredit secara bulanan berdasarkan bayaran minimum 
5%, beliau terpaksa setia membayar sehingga 84 bulan atau 7 tahun untuk 
menghabiskan hutang kad kredit tersebut!!!
2) Jika beliau setia membayar ansuran bulanan secara minimum 5%, pada akhirnya, 
beliau telah membayar RM 11 265. ( 32% atau RM 2765 lebih bayar dari jumlah 
asal )
3) Jika beliau berkemampuan membayar RM 400 setiap bulan, beliau akhirnya 
terpaksa membayar RM 10 127 selepas 2 tahun membayar!!
———————————   ——————————-   ————————————
Medikal Kad, adalah satu kad yang menunjukkan pemilik kad tersebut memiliki 
JAMINAN dari sebuah syarikat kewangan yang mana syarikat ini bertindak sebagai 
pembayar bagi pihak pemilik kad bagi segala perkhidmatan dan kos rawatan yang 
diterima pemilik kad ini di hospital yang berkenaan. Pendek kata, medical kad 
adalah Insurans Kesihatan!
Dalam kes kakitangan kerajaan ini, jika sebulan sebelum kemalangan, beliu 
memohon dan memiliki Medical Kad,
1) Kos rawatan RM 8 500 di hospital swasta akan ditanggung 100% oleh syarikat 
insurans terbabit.
2) Beliau boleh jimat RM 11 265 atau RM 10 127 wang yang digunakan untuk 
membayar kad kredit tersebut.
3) Beliau mempunyai Jaminan Kewangan RM 50 000 setahun atau RM 150 000 seumur 
hidup yang boleh digunakan bagi membayar kos rawatan di 85 hospital panel 
swasta terpilih seluruh Malaysia.
4) Waris beliau layak menerima khairat kematian jika beliau ditakdirkan 
meninggal dunia semasa kemalangan tersebut!
Daripada membazir wang membayar ansuran kad kredit, beliau memiliki beberapa 
alternatif menggunakan wang tersebut :
1) Dengan wang tersebut, beliau boleh menyediakan satu Plan Harta Warisan 
berjumlah RM 200 000 atau mendapatkan Medical Kad untuk setiap ahli keluarga!
2) Dengan wang tersebut beliau boleh melabur dalam saham amanah untuk 
pendidikan anak atau persaraan.
dan macam – macam lagi gunanya wang tersebut!
Kesimpulannya, jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta 
dan menggunakan kad kredit sebagai alat bagi memudahkan anda membayar secara 
bulanan, FIKIRLAH 2 KALI….adalah lebih baik dan praktikal jika pada hari ini 
anda memiliki medical kad yang komprehensif seperti di atas.
Saya hanya memberi buah fikiran, selebihnya anda fikir dan bertindak sebelum 
terlambat!!
      
You are subscribed to email updates from Plan Your Money Wisely 
To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. Email delivery powered 
by Google 
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 



      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke