2.Turn $0.30 become $100,000.000 with 3 easy steps
3. No-Minimum Payout Programs
Note: forwarded message attached.
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail Beta.
SPONSORED LINKS
| Regional bgan | Regional truck driving jobs | Regional truck driving jobs |
| Arizona regional multiple listing service | United regional health care system | Regional gift basket |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "iklan-mini" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--- Begin Message --- Orang-orang yang sesungguhnya paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kesedihan, kemurkaan dan kehinaan.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku maka sesungguhnya baginya adalah hidup yang sempit." (Surah Taha:124)
Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih dan menyucikannya, membuatnya tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah s.w.t., Tuhan alam semesta. Pendek kata, hidup akan terasa hambar tanpa iman.
Menurut pendapat golongan pembangkang Allah yang sama sekali tidak beriman, cara terbaik untuk menenangkan jiwa adalah dengan bunuh diri. Menurut mereka, dengan bunuh diri orang akan dijauhkan dari segala tekanan, kegelapan dan bencana dalam hidupnya. Alangkah malangnya hidup yang miskin iman. Dan betapa pedihnya seksa dan azab yang akan dirasakan oleh orang-orang yang melencong dari bimbingan Allah di akhirat nanti.
"Dan Kami palingkan hati mereka dan pandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (Surah Al-An'am:110)
JANGAN BERDUKACITA, BACALAH KAEDAH-KAEDAH MENUJU BAHAGIA.
1 Insaflah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda Baginda Rasul:" Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi.
2 Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
3 Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
4 Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
5 Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
6 Sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan maka dia perlu berzikir kapada Allah.
7 Hamba perlu menyedari bahawa tiap-tiap sesuatu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.
8 Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
9 Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.
10 Kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.
11 Semua qadha bagi seorang Islam baik adanya.
12 Berfikirlah dengan nikmat, lalu bersyurkurlah.
13 Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah banyak daripada yang dimiliki orang lain.
14 Dari semasa ke semasa selalu ada jalan keluar.
15 Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
16 Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
17 Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.
18 Jangan sekali-kali gagal hanya kerana perkara-perkara yang tidak mustahak.
19 Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunan-Nya.
20 Jangan marah, jangan marah, jangan marah.
21 Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
22 "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." (Surah Az-Zariyat:22)
23 Kebanyakan dari apa yang ditakutkan tidak akan berlaku.
24 Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada teladan.
25 Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
26 Ulangi doa-doa untuk menghapuskan bencana.
27 Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkan dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.
28 Tinggalkanlah semua desas-desus, dan jangan percaya kepada khabar angin.
29 Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
30 Semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.
--- End Message ---
