Resdung - Dapatkan rawatan segera http://www.biovco.com
ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. ``Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya ``Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal. Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta. Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. ``Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. ``Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya. Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain. Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul. Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut: Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing. Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan). Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu. Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas. Selalu basuh barang permainan yang lembut. Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup. Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap. Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah. Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot. Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya. Minyak Kelapa Dara BioVCO memiliki sifat antivirus dan antibakteria, ia adalah 100% organik. Disamping membantu mengekalkan sistem imun secara semulajadi. http://www.biovco.com/ ================================================================== TESTIMONI TERKINI PENGGUNA : RESDUNG Assalamu'alaikum... Salam sejahtera buat saudara dan saudari yang dihormati sekelian, Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan keberkesanan dari produk BIOVCO ini terhadap diri dan keluarga saya. Sebenarnya kami adik beradik mempunyai penyakit resdung yang agak membimbangkan. Pelbagai produk dan rawatan rapi digunakan untuk memulihkan penyakit ini. Tetapi setelah saya diperkenalkan produk BIOVCO ini melalui emel. Alhamdulillah...selama saya mengamalkannya...jerawat, kekerapan bersin dan kegatalan pada muka saya sudah mula berkurangan dalam tempoh beberapa minggu saja. Manakala adik saya pula, mukanya juga penuh dengan jerawat batu, malah mulutnya juga 'berbau' dengan bauan yang agak tidak menyenangkan apabila bercakap. Setelah saya memperkenalkan minyak kelapa dara BIOVCO ini kepadanya...Alhamdulillah, jerawat batu pada mukanya sudah mula berkurangan dan mulutnya pun sudah tidak berbau busuk lagi! Terkejut saya, walaupun baru tiga kali minum minyak kelapa dara ini, ianya sudah menunjukkan keberkesanannya... Emak saya pula, beliau sering luka dan bengkak pada gusi. Setelah beliau mengamalkan produk ini dengan hanya menitikkan minyak kelapa dara ini pada gusi yang luka dan bengkak tadi...Alhamdulillah dalam tempoh beberapa hari saja gusinya sudah mula menunjukkan perubahan dan tidak sakit lagi! Oleh itu saya harap...jika ada di antara tuan-tuan dan puan-puan mengalami masalah seperti saya ini, tidak salah jika anda semua mencuba produk BIOVCO ini. Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan diri kita sendiri... Wallahhua'lambissawab.. Mohd Khaidir Shamsudin Jengka, Pahang. Lain-lain testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html =================================================================== ** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. =================================================================== Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" dihasilkan melalui kaedah bioteknologi, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan kimia, 100% Organik dan tiada kesan sampingan. Hanya RM30.00 Sebotol Semenanjung / RM35.00 Sabah & S'wak Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau pejabat Kandungan 1 botol (120ml - Dalam botol kaca) Kaedah pembayaran sila email ke : [EMAIL PROTECTED] Pembelian online : http://www.biovco.com//pembelian.html Hubungi : 06-6780544 (Waktu Pejabat) / 013-3014262 =================================================================== YG180906 Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/