Pengasas Kumpulan Genting yang juga hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong
mendedahkan 15 resipi yang diamalkannya sehingga berjaya menjadikan Genting
Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Resipi
kejayaan itu didedahkan menerusi kertas kerja bertajuk Bagaimana Usahawan
Pelancongan Dari Negara Membangun Berjaya ke Peringkat Global pada Persidangan
Pelancongan Dunia di sini hari ini. Ia disampaikan oleh Pengerusi Resort World
Berhad, Kumpulan Genting Berhad, Lee Choong Yan.
Menurut Choong Yan, meskipun Goh Tong sudah berjaya mencapai visinya, beliau
masih menjadikan 15 prinsip tersebut sebagai amalan, malah menjadikannya
sebagai misi korporat dan budaya kerja dalam Kumpulan Genting.
Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti
merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau
tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan
temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.
Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam
fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan
memberi reaksi tepat pada waktunya.
Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan
sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara
berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri
daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.
Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya,
kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang
dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang
berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta
keberkatan daripadanya, kata beliau.
Kata Choong Yan, beliau turut berusaha mengamalkan resipi itu dan sentiasa
berpegang kata pepatah yang sering dikatakan Goh Tong iaitu untuk berjaya,
kita harus menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan melakukan kerja dengan
sebaik mungkin.
Katanya, kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi
seorang lelaki yang satu ketika dahulu dianggap orang tua gila di kalangan
rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat peranginan Genting. Beliau
berkata, Goh Tong pernah bercerita kepadanya mengenai ejekan yang diterimanya
itu dan memberitahu, perniagaan tersebut tidak akan memberi pulangan kerana
tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu.
Tetapi beliau (Goh Tong) membuktikan kata-kata itu dengan bekerja dua syif
selama seminggu dan bagi menjimatkan kos, mereka tinggal dalam hutan malah ada
yang tinggal dalam gua berdekatan, katanya.
Choong Yan berkata, hasilnya, pusat peranginan Genting Highlands yang pada
satu ketika dahulu hanya menyediakan 200 bilik kini mempunyai lebih 10,000
bilik dan dilawati lebih 18 juta pelancong sepanjang tahun. Kejayaan Kumpulan
Genting hari ini bukan mudah dicapai, ia sebenarnya terkandung rahsia
tersembunyi, jelasnya.
Selain itu, ujarnya, Goh Tong sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset
paling berharga dan disebabkan itu, sebahagian besar kakitangan syarikat itu
hari ini adalah mereka yang bekerja sewaktu Genting mula-mula dibuka. Mac lalu,
Goh Tong tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The Worlds
Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007. Beliau berada di tangga 204 dalam
senarai dunia dengan nilai harta sebanyak RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di
belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).
Goh Tong yang berasal dari Anxi, Wilayah Fujian, China datang ke Malaya
ketika berusia 20 tahun. Beliau menjadi orang pertama bekerja mengikut giliran
24 jam sehari tujuh hari seminggu untuk membina pusat peranginan Genting
Highlands pada 8 Ogos 1965. (Petikan dari utusan online bertarikh 7hb Jun 2007)
Daripada
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.