Asas Melabur
Oleh: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia
Menjadi kaya bukan bererti berapa banyak pendapatan bulanaN anda. Tetapi,
sebenarnya, bererti berapa banyak anda boleh menyimpan dan melabur pendapatan
anda tersebut. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 sebulan jikalau berbelanja
RM9,500 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang berpendapatan RM3,000
sebulan tetapi mempunyai tabiat berbelanja RM1,500 sebulan dan melaburkan
bakinya. Betul tak?
Berikut adalah 3 cara bagai mana anda dapat pastikan menambahkan pelaburan
bulanan anda:
CARA 1:
Apabila mendapat gaji, simpankan 10% daripadanya ke dalam akaun simpanan anda
yang bersasingan atau laburkan wang tersebut di ASB. Wang 10% ini adalah untuk
simpanan masa hadapan dan jangan disentuh. Gunakan baki 90% dari pada gaji anda
untuk perbelanjaan bulanan seperti bayaran bil, kad kredit, makan minum,
hiburan dan lain lain. Cara ini memastikan anda dapat menyimpan dan melaburkan
sebahagian dari gaji anda setiap bulan. Konsep ini di gelar "pay your self
first"
CARA 2:
Mulakan pelaburan anda sekarang! Walaupun anda memulakan pelaburan anda
dengan menetapkan RM100 sebulan dan anda mulakan pelaburan anda sekarang,
berbanding dengan rakan anda menunggu 5 tahun dari sekarang dan menetapkan
simpanan RM200 sebulan, dalam masa 15 tahun dari sekarang, walaupun anda tidak
menambah pelaburan RM100 sebulan, pasti jumlah baki pelaburan anda adalah lebih
dari rakan anda! Konsep ini digelar "compound interest".
CARA 3:
Amalkan sikap melabur. Bagi bumiputera, ASB patut dijadikan pilihan pertama
oleh kerana ia mudah dan terjamin. Dengan menetapkan satu jumlah tertentu untuk
dilaburkan pada setiap bulan (sebagai contoh, RM100 setiap bulan selama
setahun), berbanding dengan melaburkan satu jumlah besar pada bulan-bulan yang
tertentu dan tidak melabur pada sesetengah bulan (sebagai contoh, melabur RM200
pada bulan March, RM300 pada bulan Julai dan RM500 pada bulan November) anda
dapat meraih keuntungan dividen yang lebih secara keseluruhan. Konsep ini
digelar "dollar cost averaging"
Moga dengan 3 tips pelaburan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam
dunia pelaburan
Disampaikan oleh
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Get the free Yahoo! toolbar and rest assured with the added security of spyware
protection.