Shortcut Kejayaan...?
Oleh: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia
Sering kali saya ditanya soalan "Bagai mana anda boleh mendapat RM1 juta
pertama pada usia 25 tahun? Bagai mana anda dapat melakukannya dengan cepat?"
Apa yang patut di lihat adalah bukannya bila kah seseorang itu mencapai
kejayaan, tetapi, patut di lihat bilakah bermulanya proses untuk mencapai
sesuatu kejayaan itu. Hero kegemaran saya, Arnold Swarznegger dari filem
popular Terminator mencapai impian hidupnya sebagai juara bina badan dunia pada
usia 22 tahun. Tahu kah anda bila kah beliau memasang niat dan berusaha untuk
mencapai kejayaan tersebut? Jawapannya adalah pada usia 16 tahun!
Ya, Arnold juga merupakan manusia biasa yang memasang cita-cita tinggi dan
berusaha keras untuk mencapai cita-cita tersebut. Arnold berusaha selama 6
tahun untuk mencapai cita-cita pertamanya. Dengan latihan keras serta
berdisiplin dalam pemakanan dan senaman, Arnold mencapai cita-citanya dalam
masa 6 tahun.
Bagi diri saya, saya telah memasang cita-cita mencapai pendapatan RM1 juta
sejak di bangku sekolah lagi- iaitu 19 tahun. Ia mengambil masa hampir 6 tahun
juga - dengan persiapan mental, berusaha dengan gigih, berdisiplin melakukan
kerja serta mencari ilmu tentang kewangan.
Apakah short cut untuk mencapai kekayaan? Jawapannya: Tiada! Oleh kerana
segelintir masyarakat kita yang sering inginkan short cut untuk mencapai
kekayaan lah terdapat pelbagai helah menjana pendapatan seperti skim pyramid,
surat berantai, scam, dan skim cepat kaya. Mereka yang ingin short cut yang
akan menjadi mangsa.
Kesimpulannya, tidak kira pada umur berapa anda berada, untuk mencapai
kejayaan dalam apa jua bidang, anda perlu memulakan proses untuk mencapai
kejayaan, iaitu memasang cita-cita tinggi dan bekerja keras untuk
mencapaikannya setiap hari. Kejayaan tidak datang sebegitu sahaja dan jarang
sekali ia dapat di capai dalam waktu yang singkat. Oleh itu, mulakan langkah
pertama anda hari ini. Bayangkan apa yang anda ingin capai dalam masa 10 tahun
dari sekarang. Anda akan dapati jikalau anda tumpukan tenaga anda untuk
mencapai cita-cita tersebut, anda akan memperolehinya dalam jangka masa kurang
dari 10 tahun. Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi!
Disampaikan oleh
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel.