Rezeki Dalam Perniagaan
(Sumber: Irfan Khairi , Jutawan Muda Internet Malaysia)
Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah cara paling cepat
untuk mencapai kekayaan?
Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak orang-orang kaya di
dunia, hampir semua menjadi kaya melalui perniagaan. Apa yang dikatakan 9
daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan adalah amat tepat. Seseorang
yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM5,000 mungkin akan mendapat
pulangan 20-30% dari jumlah pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam
perniagaan apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan mendapat
pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda dari pelaburan tersebut.
Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah melalui
perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan gaji mencapai kekayaan
dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah risau jikalau anda bekerja makan gaji.
Pesan seorang kawan saya, jutawan Cina berbunyi: "Apa yang kita buat dari pukul
9.00-5.00 di pejabat adalah untuk menampung hidup kita... untuk menjadi kaya,
ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang"
Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time dari
membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan di Internet,
memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung dan sebagainya. Peluang
perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda cuma perlu peka dengan permintaan
sesuatu produk ataupun perkhidmatan di sekeliling anda.
Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, anda
perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta cara berniaga baru-
apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak langkah mereka yang telah
berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut. Dengan mengikuti jejak langkah
mereka yang sudah berjaya, anda tidak akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!
Daripada
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Got a little couch potato?
Check out fun summer activities for kids.