Kaedah Pembayaran/Transaksi E-Dagang
Transaksi E-Dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat
kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila
pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad
kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini
akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk
menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak
akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui
kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh
Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL).
Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan
organisasi yang membangunkan E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek
digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key
Infrastructure) dan sijil digital. Kaedah tunai digital membolehkan pembeli
menghantar wang di dalam talian tanpa menggunakan nombor kad kredit.
Kaedah pembayaran ini dipelopori oleh DigiCash, Net.Trader dan Cyber Cash di
Amerika Syarikat. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan
Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Apa yang perlu dilakukan
oleh pengguna ialah mengisi borang permohonan dan memilih nilai wang digital
yang mereka kehendaki. Setelah proses pembayaran kepada Jaring's Mall dilakukan
anda akan diberikan nombor rahsia yang membolehkan anda melakukan pembelian.
Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna
terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan
transaksasi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka
serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer.
Namun dengan kemunculan teknologi seperti SET, SSL serta peningkatan
firewall, pengguna tidak perlu bimbang lagi tentang keselamatan semasa
melakukan pembayaran. Teknologi SET contohnya memerlukan pembeli, penjual dan
pihak bank berdaftar dengan badan persijilan tertentu bagi mengesahkan identiti
mereka semasa melakukan urusniaga. Pengesahan ini akan dilakukan secara luar
talian seperti melalui telefon, faks dan sebagainya.(Sumber: Institut Tadbiran
Awam Negara Kampus Wilayah Utara Sungai Petani, Kedah)
Disampaikan oleh
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
Play Sims Stories at Yahoo! Games.