Semakin ramai veteran perang AS bunuh diri <http://www.biovco.com>

WASHINGTON 12 Feb. - Anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) dan
Tentera Simpanan yang bertugas di Iraq dan Afghanistan merupakan antara
golongan veteran tentera yang paling ramai membunuh diri selepas kembali
dari medan perang.

Analisis oleh Jabatan Hal-Ehwal Veteran terhadap kes kematian berterusan di
kalangan veteran perang Iraq dan Afghanistan mendapati 53 peratus kes bunuh
diri membabitkan Pengawal Kebangsaan dan Tentera Simpanan.

Kajian Pejabat Epidemiologi Persekitaran meletakkan kedudukan demografi
pertama adalah bunuh diri di kalangan veteran Iraq dan Afghanistan, sebagai
satu keadaan yang dikatakan semakin membimbangkan.

Para pemerintah tentera dilaporkan bergantung harap kepada Pengawal
Kebangsaan dan Simpanan untuk bertugas di medan perang dengan hampir separuh
askar yang bertugas di Iraq datangnya daripada kedua-dua pasukan ini.

Ramai anggota Pengawal Kebangsaan dan Simpanan terpaksa melakukan tugas di
medan perang secara berulang-ulang menyebabkan mereka tidak dapat pulang
untuk tempoh 18 bulan.

Apabila pulang, sebahagian mereka tinggal jauh dari kemudahan tentera
sehingga menyukarkan mereka mendapat rawatan kesihatan mental atau
bimbingan.
- AP

*Belajar membaca label, hidup lebih
sihat*<http://www.biovco.com/baca-lebel-41gx.php?ref=mdjohari>
Pengurusan kesakitan jamin kelegaan lebih
lama<http://www.biovco.com/kesakitan-38gr.php?ref=info>
*Mengawal kolesterol secara semula jadi
*<http://www.biovco.com/kolestrol-5t.php?ref=mdjohari>
*Penyakit Kencing Manis <http://www.biovco.com/kencing-manis-1qa.php>*
*Alahan melampau <http://www.biovco.com/alahan-melampau-13rh.php?ref=info>*
*Mengatasi masalah sembelit<http://www.biovco.com/sembelit-29jv.php?ref=info>
*
**

Kirim email ke