AS tembak mati enam anggota keselamatan Iraq<http://www.biovco.com/?ref=mdjj>
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=mdjj>* BAGHDAD 3 Sept. - Tentera Amerika Syarikat (AS) menembak mati enam anggota keselamatan Iraq dan mencederakan 10 yang lain dalam satu insiden di utara bandar ini, kata pegawai hari ini. Tentera AS sebaliknya, menyifatkan insiden itu sebagai "tersalah tembak." Pegawai Kementerian Pertahanan berkata, insiden berlaku berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan di bandar Tarmiyah kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan. Beliau berkata, anggota keselamatan Iraq telah melepaskan tempatan ke udara selepas mendengar sebuah bot menuju ke arah mereka di pusat pemeriksaan di Sungai Tigris itu. "Anggota keselamatan Iraq telah melepas tembakan ke udara, tetapi beberapa minit kemudian sebuah helikopter telah membedil mereka, menyebabkan enam terkorban dan 10 lagi cedera," katanya. Tentera AS mengesahkan insiden itu dan menjelaskan, berlaku insiden berbalas tembakan antara tentera perikatan dan anggota keselamatan Iraq ketika operasi menentang anggota Al-Qaeda. "Jet pejuang tentera perikatan terlibat dalam insiden ini. Saya masih tidak mempunyai sebarang laporan lanjut mengenai ada sebuah bot turut terlibat dalam insiden itu. "Adalah dikesali insiden tersalah tembak berlaku dalam medan peperangan. "Satu siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti kejadian sebenar," kata jurucakap tentera AS. - AFP *Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=mdjj>* ** **
