*Harga minyak terendah AS$88.89 sejak Februari<http://www.biovco.com/?ref=yg>
*


LONDON – Harga minyak mentah jatuh bawah AS$90 (RM313.88) setong semalam
iaitu yang terendah dalam tempoh lapan bulan berikutan tekanan akibat
ramalan bahawa krisis kredit global akan menyebabkan kejatuhan mendadak
dalam permintaan.

Minyak mentah light Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran November jatuh
sebanyak AS$4 (RM13.94) setong kepada AS$89.88 (RM313.47) pada pukul 9 malam
waktu Malaysia semalam.

Ia kemudian menurun kepada AS$88.89 (RM310) setong iaitu yang terendah sejak
Februari lalu.

Harga minyak menurun hampir 40 peratus selepas meningkat kepada AS$147.27
(RM513.59) pada 11 Julai lalu.

Minyak mentah Brent London turut menurun AS$3.54 (RM12.34) kepada AS$86.74
(RM302.49) setong.

Permintaan minyak di AS iaitu pengguna tenaga utama di dunia, mengalami
kejatuhan pada tahun ini manakala penggunaan di Jepun serta Eropah juga
lemah.

Seorang penganalisis tenaga dengan firma Purvin & Gertz di Singapura, Victor
Shum berkata, permintaan minyak di negara-negara maju sudah perlahan sejak
Mei lalu iaitu sebelum kegawatan kewangan melanda AS pada bulan lalu.

"Ini meningkatkan sentimen bahawa kita akan melihat ekonomi perlahan atau
kemelesetan dan ia tidak baik untuk permintaan minyak," katanya.

Presiden Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Chakib
Khelil berkata, OPEC akan membuat keputusan untuk berusaha mengimbangi
bekalan minyak pada Disember ini.

Menurutnya, permintaan minyak sudah jatuh tiga juta tong sehari berikutan
kekurangan keperluan di negara-negara utama pengguna manakala bekalan masih
lagi stabil.

Berdasarkan kajian agensi berita Reuters, bekalan minyak OPEC jatuh untuk
bulan lalu iaitu penurunan buat pertama kali sejak April lepas. - Agensi

*Lain-lain INFO - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/?ref=yg>

Kirim email ke