*Minyak boleh turun bawah RM1.92 <http://www.biovco.com/?ref=yg>*


KUALA LUMPUR – Seorang pakar ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) yakin harga petrol boleh diturunkan di bawah paras RM1.92 seliter
dalam tempoh sebulan ini jika harga komoditi itu di pasaran antarabangsa
jatuh sehingga AS$60 setong.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani
menegaskan, harga minyak mentah dunia dijangka terus susut ekoran kelembapan
ekonomi di negara-negara maju.

"Saya yakin harga bahan bakar itu akan terus turun dalam masa sebulan lagi
sampai lebih rendah daripada AS$72 (RM252) setong.

"Berdasarkan pasaran dunia sekarang, pertumbuhan ekonomi negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah lembab dan permintaan
untuk minyak akan berkurangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! sebagai mengulas kenyataan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna, Datuk Shahrir Abdul Samad
baru-baru bahawa harga runcit petrol mungkin kembali kepada RM1.92 seliter
jika harga komoditi itu turun kepada AS$72 setong.

Namun, keputusan berhubung penurunan bahan bakar itu hanya akan diketahui
pada mesyuarat kabinet akhir bulan ini.

Mohd. Fauzi memberitahu, penurunan harga petrol itu akan membantu menjana
semula ekonomi sambil memberi kelegaan kepada orang ramai.

"Bila harga diturunkan, kos pengangkutan menurun dan yang secara tidak
langsung akan berlakunya penurunan kadar inflasi yang beberapa bulan ini
berada di peringkat sekitar lapan peratus," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu
Malaysia, Datuk Ibrahim Saidun pula berpendapat, harga minyak dunia dijangka
meningkat semula ketika ekonomi pasaran dunia pulih.
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

 <http://www.biovco.com/?id=yg>

Kirim email ke