*Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT<http://www.biovco.com/alahan-makanan.php?ref=yg> *
MALAYSIA merupakan negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanannya. Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menikmati sepenuhnya keenakan makanan yang ada. Mengapa? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan mereka mempunyai alahan terhadap makanan tertentu. Kajian menunjukkan hampir 25% individu mengatakan mereka mengalami alahan pada makanan. Namun begitu, hanya 2.5% sahaja orang dewasa dan lebih kurang enam hingga lapan peratus kanak-kanak yang kebanyakannya berumur kurang enam tahun sahaja yang benar-benar mengalaminya. Selebihnya, hanya mengalami ketidakserasian makanan bermaksud tindak balas terhadap makanan yang tidak dikehendaki tetapi tidak melibatkan sistem imun. Alahan berlaku apabila sistem imun badan kita bertindak balas terhadap protein tertentu dalam sesuatu makanan. Bagi seseorang yang mengalami alahan pada makanan, pengambilan yang sedikit sekalipun dapat menyebabkan gejala seperti pembengkakan di bahagian mulut dan tekak, kesukaran bernafas, nafas berbunyi (seperti pesakit asma) atau penurunan tekanan darah secara mendadak yang dikenal sebagai kejutan anafilaksis. Malahan, kesan daripada tindak balas ini kadangkala boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera. *Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/alahan-makanan.php?ref=yg> *
