PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk  
TAHUN
GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari
pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan " Betul ke? ".Sinis dan  
tidak
percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina  Ali 
r.a ketika
menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu
berkata " Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan
sembahyang (dll amalan Islam)?" Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya "  
Andai kata
syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi  
apa-apa..tetapi
kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya  berjaya dan kamu 
akan
celaka"

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang  
lepas
dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang  jujur 
dan
warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya " Jika  semua itu 
tidak
berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi  satu 
peristiwa-peristiwa
tersebut terjadi, adakah kita mampu
menghadapi tanpa persediaan?"

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu
diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi  
wainna
ilaihiraaji'un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10  pagi Raja 
Fadh
telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s.,  tercatit bahawa  
apabila
wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan  akibat 
perebutan
kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta  saudara dan 
saudari
sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan  politik Arab Saudi . 
Sama-sama
kita perhatikan dalam masa terdekat  ini adakah terdapat bibit-bibit
persengketaan yang dikatakan akan  berlaku itu. Jika benar berlaku 
ternyata era
Imam Mahadi akan bermula  sebagaimana yang dijangka.


Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah  
bahawa
adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja  Fadh. Dari 
kalangan
saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu  Amir Sultan ( 
Panglima
perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir
Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah  
adalah
hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan  
panglima
Pasukan Pengawal Nasional. ( Gambar 1 )
Gambar 1


Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini  
akan
bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober
2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada 
pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam  
Jumaat
pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang  menakutkan. 
Jadi,
ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana
matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah
mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005,  akan mula  
berlaku
Ma'ma'ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara  
negara-negara.
Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005  akan terjadi 
perselisihan
antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji  akan dilakukan 2 kali. Bulan
Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan  Januari 2006. Akan terjadi 
peristiwa
pembunuhan sehingga darah
mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada  
kali ini
tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini  era Imam 
Mahadi
akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan  Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum
Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal)  
akan
muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al- Masih 
( Nabi
Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita,  kaum muslimin 
yakin
bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-
Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka
membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan
banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya.  Hari 
mereka
akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka
menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk
menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai  
dan hampir
tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi  telah 
dikhabarkan
oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam  menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda 
Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu  
yang
tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan
menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan
memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.


Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al- 
Mahdi dan
para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang
bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd.  
Mereka
akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan
berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat  
kepada
Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana- mana. 
Setiap mereka
akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan  tiba ( sedikit masa 
lagi)
mereka akan menyahut seruan datang
berbai'at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia
mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil
mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi
menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam,
beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan
merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi  
teknologi
maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di  seluruh 
dunia akan
merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam  
Mahadi akan
berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka  bumi. Katanya 
waktu itu
manusia akan berkenderaan hidup bukan
berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era  
Mahadi
hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah,  pedang dan 
tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah  Kaum 
Yahudi
menempah pedang-pedang titanium?  Adakah mereka lebih  mengetahui dari 
kita?
Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan  sedang bersedia
bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting  pemusnahan bani 
Yahudi
secara total dari muka bumi. Yahudi memang  suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara  
terkejut
bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan  datang dari 
dunia
sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani  Jawi. Bukan Bani 
Arab dan
bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya- 
tanya
mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan " masuk jawi" dan  tulisan 
jawi?.
Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari  keturunan Nabi 
Ibrahim
a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti  Hajar dan Ismail a.s 
yang masih
kecil, Nabi Ibrahim sampai ke
Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di 
Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel  
telah lama
bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka  cari? Kaum 
Yahudi
telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana
baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia  
Imam
Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut
mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi  
khalifah
dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi  mampukah 
Yahudi
mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang  
tercinta,
dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul  Mahadi a.s.
Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s.  adalah orang 
Jawi. Ada
darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan  r.a.dalam dirinya. Imam 
Mahadi
telah wujud dan akan memimpin dunia  ini dengan akhlak Allah yang 
mulia. Adil
dan saksama. Di mana beliau  berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa  
tetapi
beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan  
ditarbiyah oleh
Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah  Jalut dan Talut 
yang
tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel  itu hanyalah seorang 
gembala
kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik  menjadi pemimpin.Ini cerita 
dalam
Al~Quran. Manakala Rasulullah saw  pula hanyalah seorang anak yatim. Di 
saat
dipilih sebagai Rasulullah,  baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. 
Ada
yang tidak percaya.  Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga 
akan
mengalami nasib  yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari  
langit.
Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti.  Beliau 
memiliki
nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan  dilalui olehnya 
untuk
mengembalikan sinar agama di bumi ini.
Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama
tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan
membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan  agar 
setiap
manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan
mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru  
manusia
kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang  kita
tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya  
Allah dan
Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci
seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut  
Mahadi
a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan  harta, 
Mereka
membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di
segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – " Temple institute". Di sana kita akan  
lihat
betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk
menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama 
sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat
persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat  
dekat.
Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi.
Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga  
penuh
hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah  dengan
amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum  
keluarga
meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda
gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar
jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw  
sejak
1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut   kepada 
umatnya
untuk mengelak dari  fitnah Dajjal. Rasulullah saw  mengajar doa 
tersebut
kepada para sahabat begitu teliti seperti
mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih  
jauh dari
era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya.
Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita
ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap  
sambil
lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini  
langsung tidak
tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau  
mati.
Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi  kafir,
Na'uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman
Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang  
fitnah
Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang  
peristiwa paling
dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin  dan sebarkan doa 
yang
saya lampirkan ini.

Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin  
jika ada
salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya
memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin  kami 
Imam
Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada.
Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang  
Islam yang
akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir  
Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang
bakal mendatang.


Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi


HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN

BULAN & TAHUN BULAN & TAHUN PERISTIWA

Ogos2005 Rejab 1426 Kematian Raja Fadh


Oktober 2005 Ramadhan 1426
1. Gerhana di awal bulan
2. Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*
3. Gerhana di ditengah bulan(siang)
4. Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.

November 2005 Syawal 1426 Peperangan dan huru hara

Disember 2005 Zulkaedah 1426 Konflik antara Negara Islam/suku
kaum

Januari 2006 Zulhijjah 1426 Pertumpahan darah di Mina pada
musim Haji

Februari 2006 Muharam 1427 ( Hari Asyura) Imam Mahadi di bai'at

* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun *
   
  HANYA ALLAH S.W.T. YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA

                
---------------------------------
New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke