RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN MLM
    Anda  perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini hampir  sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak  mewakili kerja anda sementara piramid terbalik  mewakili hasil  usaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak),  banyak masa yang terpaksa anda korbankan, tetapi hasilnya amat sedikit.  Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit.  Apabila anda berada di atas/puncak, semakin sedikit kerja anda, tetapi  hasil usaha anda adalah besar.
    
    Oleh  itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika anda  terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan   melakukan perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah  perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.
  
  Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.
    a.       Bergaul  dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin  ada permata berharga.
    
    b.       Bekerjasama  sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan  anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk  ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang  akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang  akan downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda  berjaya, anda juga akan berjaya.
    
    c.       Sediakan  strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan  amalan kumpulan anda.
    
    d.       Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.
    
    e.       Jangan  abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka  walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.
    
    f.        Anggap  perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika  tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan  bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
    
    g.       Luangkan  sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan  perniagaan anda.
    
    h.       Sentiasalah  anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan  menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan  anda.
    i.       Sentiasalah  anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti,  lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.
    
    j.       Sentiasa  berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar  kepuasan,  bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang  bergolek.
    
    k.       Mesti  sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang  lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
    
    l.        Mesti  sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada  downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda  belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
    
    m.     Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
    
    n.       Beri  motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila  anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur  seketika untuk merehatkan otak anda.
    
    o.       Sekali  anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari.  Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri  semangat anda akan luntur.
    
    p.       Jangan  berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya  mencerminkan yang batin.
    
    q.       Cakap  mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi  anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.
    
    r.       Sentiasa  setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan  usahawan MLM.
    
    s.       Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
    
    t.        Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
    
    u.       Jangan  anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main  sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
    
    v.       Berikan  kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila  anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata  kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.
    
    w.      Jangan  berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan.  Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda,  mereka  mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
    
    x.       Sentiasa  mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan  perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan,  atau daripada teknologi maklumat.
    
    Apabila Sudah Di Puncak,  Jangan Lupa Rumput Di Bumi
    Mari kita renungkan moral dari cerita di bawah
    Cerita 1
    Kononnya,  terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang putera,  tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa  kerana baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta  pendapat bendahara baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salah  seorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai menantu baginda. Raja  bersetuju tetapi siapakah yang harus dipilih.
  
  Ada  yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah  oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan  digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu.  Berbagai-bagai cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat  digunakan.
  
  Akhirnya  puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa  juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara  istana kita dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup  anakanda kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin  bahawa hanya pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi  sungai yang telah banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk  sungai itu, tinggal sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas  membaham penduduk yang leka di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteri  raja itu.
  
  Tibalah  hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan sasa  terjun ke dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai,  pemuda itu berenang patah balik kerana dilihatnya beberapa ekor buaya  tiba-tiba muncul di permukaan air.
  
  Lebih  kurang 99 orang pemuda yang berusaha untuk berenang ke seberang sungai  telah berpatah balik ke tebing sungai permulaan sayembara.Setelah itu,  agak lama, tidak ada sesiapa pun yang terjun ke dalam sungai. Beberapa  ketika kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kurus berenang  tergesa-gesa pontang-panting menuju ke daratan di seberang sungai. Dia  berjaya sampai ke tebing. Semua orang bertepuk tangan sebaik-baik  sahaja pemuda kurus itu sampai ke tebing.
  
  Sebaik-baik  sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik tuanku. Bukan  patik mahu terjun ke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang.  Sebaik-baik sahaja berada di air, patik melihat bayangan buaya di dalam  air. Sebab itulah patik bermati-matian berenang ke tebing untuk  menyelamatkan nyawa patik." Raja ketawa dan berkata: "Tidak mengapa  orang muda. Apa pun alasan awak, awaklah yang berhak mengahwini puteri  beta dan bakal menjadi pengganti beta."
  
  Moral  ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya dalam  perniagaan MLM ini pun masih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah  pun menetapkan matlamat untuk berjaya dalam perniagaan ini.
  
  Cerita 2
  
  Pada  suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu  persilatannya. Ia mendengar bahawa di sebuah gua, terdapat seorang  pertapa yang telah terkenal kerana bukan sahaja mempunyai ilmu  persilatan yang tinggi bahkan kaya dengan ilmu kebatinannya. Pergilah  pemuda itu mencari pertapa itu. Akhirnya dia berjaya. Pertapa itu  memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika pemuda itu berhasrat untuk  menjadi muridnya, pemuda itu mesti pergi ke suatu tempat dan membawa  balik sebutir batu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu sanggup. Setelah  diberitahukan di mana tempat itu, pergilah pemuda itu ke situ.
  
  Setibanya  di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ tetapi dia  tidak tahu batu mana yang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil  sebiji batu dan dilepaskannya. Ternyata batu yang baru diambilnya itu  panas membara. Dia mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat  kepalanya untuk mengurangkan bahang kepanasan. Satu persatu batu itu  dipegangnya dan dibuangnya kerana dirasakannya panas.
  
  Akhirnya,  tidak ada sebutir batu pun di situ. Dia terfikir, mungkin pertapa itu  menipunya kerana tidak ada pun batu yang sejuk di situ. Pada  fikirannya, pertapa itu hanya memberikan alasan untuk tidak mahu  menerimanya.
  
  Moral  ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana antara  banyak cabaran itu tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika pemuda itu  tidak mengalas telapak tangannya dengan kain, sudah tentu dia akan  merasa akan ada sebutir batu yang bentul-betul sejuk. Bagaimana pemuda  itu hendak membezakan batu yang sejuk daripada batu yang panas kalau  tangannya beralas? Bagaimana anda akan mencapai kejayaan kalau anda  takut akan cabaran.
     Dua  orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan  beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa   berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek  itu lalu memecut hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan  penamat, dilihatnya pesaingnya masih lagi memilih-milih kasut trek yang  sesuai untuk perlumbaan itu.
  
  Moral  ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun  bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat  MLM yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk  berjaya. Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.
  
  Cerita 3
  
  Dua  orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan  beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa   berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek  itu lalu memecut hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan  penamat, dilihatnya pesaingnya masih lagi memilih-milih kasut trek yang  sesuai untuk perlumbaan itu.
  
  Moral  ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun  bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat  MLM yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk  berjaya. Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.
     Cerita 4  Pernahkah  anda mendengar cerita anjing dengan bayang-bayang. Sang anjing yang  sedang menggonggong tulang itu melepaskan tulang yang ada di dalam  mulutnya hanya semata-mata melihat bayangnya sendiri yang juga sedang  menggonggong tulang.
  
  Moralnya  : Apabila anda sudah berada di dalam mana-mana syarikat MLM, anda  jangan sekali-kali terpengaruh oleh ajakan atau khabar bahawa ada  sebuah syarikat MLM lain yang lebih bagus lalu anda tidak mahu lagi  menjalankan perniagaan dalam syarikat MLM yang sedia ada dan menyertai  syarikat MLM yang baru itu pula. Jika ini tindakan yang anda ambil,  anda akan rugi seperti anjing yang kehilangan tulang yang digonggongnya  itu.
  Cerita 5
  Di  Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti papan  luncur menjadi pesta di pesisir pantai. Di gigi pantai, seorang pemuda  duduk sambil berfikir. "Kalau gunakan 2 papan luncur tentu lebih  seronok daripada menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis  berfikir, pemuda itu pun mengambil dua papan luncur lalu pergi ke gigi  pantai. Pada mulanya, dia memang seronok kerana kedua-dua belah kakinya  berpijak pada papan luncur tetapi sebaik sahaja ombak besar melandanya,  dia terhumban dan kepalanya cedera terkena batu yang kebetulan ada di  situ kerana gagal mengimbangkan badan dan kakinya pada kedua-dua papan  luncur itu.
  
  Moralnya:  Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat MLM sahaja.  Jangan menyertai lebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya  anda tidak akan berupaya mengurus perniagaan anda.
  Cerita 6
  Dua  orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk  membuat tinjauan sama ada kasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah  negara di benua Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepas ke negara itu.  Seminggu kemudian, pegawai pertama balik dan membuat laporan kepada  majikannya. "Bos, saya fikir, kita tidak boleh jual kasut di sana.  Semua orang di situ tidak memakai kasut bahkan tidak pun mengenali  kasut."
  
  Beberapa  minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan. "Bos,  masa depan syarikat kasut kita di sana sungguh cerah." Sang majikan  terkejut. "Bagaimana? Kata pegawai pertama tadi, orang di sana tak  kenal kasut. Macam mana kita nak jual kasut?" Pegawai kedua berkata,  "Senang saja, bos. Memang orang di sana tak kenal kasut dan tidak  memerlukan kasut tetapi kita mesti mewujudkan keadaan yang akan  menyebabkan mereka memerlukan kasut dan akhirnya kenal akan kasut."  Majikan ingin tahu, "Bagaimana?" "Kita upah orang taburkan paku dan  paku tekan di jalanan di tempat mereka lalu-lalang dan kita buka kedai  kasut di tengah jalan itu."
  
  Moral  ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta  keadaan yang pelanggan akan memerlukan produk yang anda pasarkan.Anda  tidak harus bergantung pada kegunaan tradisi produk itu. Kedua, anda  jangan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan  berpendapat bahawa kerana begitu banyak orang berjual produk yang sama  di suatu tempat, maka tidak ada peluang untuk anda mencari keuntungan.
     Anda Percaya, Anda Buat, Anda Berjaya!
 
 
  KLIK SINI
 



           
---------------------------------
Anda ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com




SPONSORED LINKS
Apa style Apa style research paper Apa research paper
Apa term paper Apa Apa format


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke