Siapa Tengku Adnan Tengku Mansor
Assalamualaikum
Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Pelancongan dalam kerajaan
Abdullah Ahmad Badawi pengasas ajaran Islam Hadhari, cucu kepada ulama
terkenal, Haji Abdullah Fahim telah mengeluarkan idea yang amat
'bernas' dan tindakan yang 'bijak' untuk melanjutkan masa berhibur di
pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi (sekarang ini setakat jam
12.00 tengah malam sahaja dan pada hari minggu dilanjutkan sehingga
jam 2.00 pagi).
Adnan juga mahukan kerajaan Islam Hadhari menurunkan
cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah, kalau
boleh lebih rendah lagi dari harga sebotol air mineral. Kalau boleh
arak dijadikan minuman rasmi di majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan
dan diminum oleh orang ramai seperti air sejuk sahaja.
Tujuan Adnan ialah untuk menarik pelancong dari luar
negeri datang ke Malaysia untuk berhibur dan beliau suka melihat
pelancong asing itu terhuyung-hayang kerana mabuk. Saya rasa Adnan
terlupa satu lagi bisnes yang paling menguntungkan. Setakat arak, judi
dan hiburan tidak memadai. Adnan patut mengemukakan satu pelan
tindakan yang strategic untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
Negara 'Pusat Pelacuran' bertaraf dunia sebagaimana nama Genting
Highland terkenal di seluruh dunia sebagai 'Pusat Perjudian' yang
terbesar di Asia.
Arak, judi dan seks hendaklah dijadikan sebagai
sebuah industri. Pekerja-pekerja seks hendaklah dinaikkan taraf
setanding dengan kedudukan pegawai tinggi kerajaan atau setaraf dengan
menteri-menteri. Siapa lagi yang hendak diharapkan membela nasib
pekerja-pekerja seks ini, melainkan Adnan. Shahrizat Jalil tidak
mungkin kerana beliau ada sedikit pegangan agama. Pusat-pusat
pelacuran hendaklah dilesenkan supaya ia dapat bergerak secara sah
dari segi undang-undang sebagaimana yang dinikmati oleh pusat-pusat
perjudian, arak dan hiburan (pub-pub).
Apabila Malaysia berjaya mengwujudkan lebih banyak
'syurga arak', 'syurga judi' dan 'syurga seks', maka ramailah
pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke
Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut. Mereka tidak perlu lagi
pergi ke Thailand (selama ini Malaysia dijadikan negara transit) kerana
Malaysia juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut standing
dengan Thailand , malah pusat-pusat ini patut diperhebatkan lagi
mengikut piawaian antarabangsa-selesa dan memuaskan dari segala aspek
layanan.
Hasrat Adnan untuk meningkatkan industri pelancungan
dan menjana pertumbuhan ekonomi Negara tentu akan tercapai. Disamping
itu, ia juga dapat mengurangkan kadar penggangguran di kalangan
belia-belia tempatan. Satu ketika dulu heboh seluruh Negara apabila
Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di JPM mengeluarkan fatwa bahawa
kerja sebagai 'pelacur' dibolehkan dalam Islam, sekiranya seseorang
itu berada dalam darurat. Maka, menjadi tanggungjawab Adnan perlu
mengadakan situasi darurat ini sepanjang masa supaya lebih ramai
wanita-wanita di Malaysia menceburi bidang 'pelacuran' ini. Tidak perlu
lagi kita mengimport wanita-wanita dari Negara asing. Wanita-wanita
tempatan lebih hebat, cantik dan menawan.
Siapa Tengku Adnan Ini?
Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari
Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran
lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan
bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai
memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor
juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau
menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada
3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan
nama Adnan bin Mansor.
Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya
menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah
nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor
bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat
perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga
beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah
keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.
Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad
pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara
nama 'Tengku Adnan bin Tengku Mansor'. Lebih kurang 2 tahun kemudian,
2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru
Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad
pengenalan baru bernombor 3983336
Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya
dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan
kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap
rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa
sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk
untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing
dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.
Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka
menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan
diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara
zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala
tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan
Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak
hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini
penuh dengan mistri.
Adnan pernah menjadi Setiausaha Kerja UMNO di bawah
Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden. Adnan seorang 'businessman',
beliau adalah dipercayai menjadi proksi kepada Vincent Tan pemilik
Berjaya Group Berhad. Vincent Tan mendapat banyak projek-projek
kerajaan melalui Adnan yang ada hubungan dengan pihak atasan UMNO yang
berkuasa mengagih-agihkan kekayaan negara kepada kroni masing-masing.
Adnan merupakan seorang taukeh judi 'Sport Toto'.
Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya
Unilite Electrical Indusries Berhad. Pada tahun 1987, syarikat ini
bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan
semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali
sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.
Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad
yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya
yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam
industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya
Group Berhad.
Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di
seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di laur negara iaitu
Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana
menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.
Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu
melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam
Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam
kegiatan berjudi 'mesin slot', tetapi disebabkan oleh bantahan orang
ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan
kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23.5.2003.
Kesimpulannya, kerajaan Islam Hadhari semakin tidak
peka dengan hukum-hukum Islam dan nilai-nilai murni masyarakat.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri
Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4
billion setahun untuk minum arak dan berjudi dan 100,000 lagi orang
Melayu-Islam telah murtad sangat-sangat membimbangkan.
Apa akan terjadi kepada umat Islam dalam negara ini
pada masa hadapan sekiranya kita mempunyai ramai pemimpin sejenis
dengan Adnan ini. Ketika kita hendak mengembangkan nilai murni,
berakhlak, sopan santun dan berbudi bahasa di kalangan rakyat, kenapa
pula arak, judi dan seks dilakukan secara illegal sekarang ini
(perbuatan maksiat kepada Allah} dijadikan bahan untuk menarik pelancong
asing datang ke negara ini, sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai
sumber alam semula jadi yang menarik.
Kita patut utamakan pelancong yang berkualiti datang
ke negara ini, bukan pelancong yang rendah moralnya yang mengutamakan
arak, judi dan seks. Biarlah pendapatan negara tidak banyak, tetapi
pendapatan tersebut mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
Kita amal kesal mempunyai pemimpin seperti Adnan ini
yang sanggop menjual dan memperdagangkan maruah agama dan bangsa, demi
kepentingan ekonomi yang haram untuk negara. Kita juga kesal dengan
tindakan Abdullah melantik menteri yang terlibat dengan industri judi
dan arak. Kita bertambah keliru dengan Islam Hadharinya. Dari satu segi,
beliau berusaha untuk membentuk masyarakat madani yang berakhlak dan
bermoral mulia mempunyai jati diri insani, tetapi dari sudut lain pula
beliau memilih pemimpin (menteri, MB dan KM) yang tidak berakhlak yang
terlibat dengan berbagai skandal dan rasuah.
Sekiranya cadangan ini diterima oleh Abdullah, maka
usaha Islam Hadhari untuk membina generasi bersahsiah, berkeperibadian
luhur dan murni akan menemui kegagalan dan akan hanya menimbulkan
berbagai masalah sosial pula. Islam dan umatnya dalam gerhana di bawah
pentadbiran Abdullah.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA SERTA
PROTES HINGGA TURUN"
http://ringgit.street-racer.cc/?id=1166
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/