Teheran menang berganda Bekas Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Bolton menyifatkan Iran meraih kejayaan berganda berhubung krisis penahanan 15 askar Britain yang dibebaskan Rabu lalu.
Bagi saya, kerajaan Iran memperoleh kemenangan berganda. Mereka meraih kejayaan apabila menahan askar itu dan menempa satu lagi kemenangan apabila membebaskan mereka, katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Arab yang dibiaya Amerika, Alhurra. Saya yakin Iran sebenarnya menguji cara penyelesaian digunakan Britain sebagai reaksi kepada tindakan provokatif itu. Berita Penuh : http://www.maynetwork.net/info/iran-mng.html [Non-text portions of this message have been removed]

