Salam,
Semalam,saya ke Cititel, Mid valley. Di sana saya berjumpa dengan Puan
Mahani dan juga Encik Anuar. Puan Mahani datang bersama dengan suaminya. En
Anuar datang berseorangan. Lupa, saya nak tanya status samada sudah kahwin
ke belum. Terdapat beberapa orang lain lagi yang ingin hadir tetapi terpaksa
membatalkan hasrat kerana aral melintang. Puan Mahani daripada Damansara dan
Encik Anuar pula tidak jauh dari tempat tinggal saya, beliau daripada
kawasan Ampang.Terdapat dalam anggaran seratus orang yang hadir pada malam
tersebut. Puan Mahani mendapat tahu mengenai Score A daripada email
marketing yang saya lakukan dan Encik Anuar pula daripada forum melayu.com.
Saya meletakkan info briefing di situ. Seperti yang saya selalu tekankan,
begitulah kehebatan IT sekarang, hanya berada di rumah, sambil- sambil
tengok tv, kita boleh berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Tidak
susah - susah marketing cara convensional yang memerlukan masa dan kos yang
tinggi. Disamping itu agak sukar dilakukan.

Speaker yang pertama ialah Encik Romizee. Encik Romizee adalah bekas guru di
Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh berusia 31 tahun. Beliau mempunyai
4 orang anak dan yang sulung berusia 9 tahun. Beliau mempunyai ijazah di
dalam Usuludin dan pendidikan daripada sebuah universiti di Jordan. Beliau
juga pernah menjawat jawatan akauntan daripada salah sebuah bank di ibu
negara setelah berhenti menjadi guru. Beliau adalah bekas pemidato yang
pernah bertanding di peringkat kebangsaan. Kini, beliau adalah usahawan
score A secara sepenuh masa. Encik Romizee membawa satu cerita senario pada
zaman sekarang "Aiman tak kisah". Kini, ibubapa hanya dapat memantau
prestasi anak- anak dengan kerajinan mereka di dalam membuat latihan dan
membaca buku. Ibubapa menghabiskan banyak wang ringgit untuk membeli
buku-buku tambahan dan menghantar anak-anak ke tuisyen. Ibubapa merasakan
anak mereka telah cukup dibantu dan bersangka baik dengan pencapaian anak-
anak mereka. Namun begitu, apabila keputusan peperiksaan keluar, keputusan
yang diluar jangkaan telah berlaku. Ibubapa terkejut dengan keputusan buruk
anak - anak.Sekolah dipersalahkan. Ibubapa mengheret anak ke sekolah
bertanyakan kepada guru. Ibubapa menyatakan anak mereka rajin, selalu baca
buku tetapi kenapa keputusannya teruk? Ini mesti guru yang tidak buat kerja,
tidur di dalam kelas.. Itu saya yang tambah : ) . Guru menyatakan bahawa
prestasi anak -anak adalah diukur di dalam peperiksaan, iaitu pembelajaran
output. Walaupun rajin mana pun anak itu. Ibubapa menyedari bahawa apabila
melihat keputusan peperiksaan di dalam kad laporan sekolah, masanya sudah
terlambat. Kad laporan sekolah hanya dapat dirujuk 2 kali setahun. Score A
menawarkan satu sistem yang dapat memberikan laporan semasa tentang prestasi
anak-anak. Disitulah keperluan Score A. Tambahan pula, anak - anak sekarang
kebiasaanya hanya menggunakan komputer untuk main game. Ini adalah kerana
permainan game adalah berkonsepkan interaktif. Begitulah juga konsep yang di
bawa oleh Score A. Score A bukanlah untuk menggantikan guru atau sekolah
tetapi Score A adalah pelengkap visi pendidikan negara.

Speaker yang kedua ialah Encik Imran yang berasal dari Petaling Jaya,
Selangor. Beliau berusia 27 tahun dan sudah berkahwin.Beliau belum mempunyai
anak. Encik Imran adalah bekas eksekutif TNB dan sekarang telah menjadi
usahawan Score A sepenuh masa. Beliau telah membayar RM50 ribu sebagai
menebus pinjaman pelajaran tajaan TNB untuk menghentikan kontrak kerja
daripada TNB dan bergiat sepenuh masa di dalam Score A Programme.Encik Imran
menerangkan tentang perniagaan yang di bawa oleh Score A. Score A adalah
satu-satunya syarikat di dalam network markerting di bawah syarikat yang
berdaftar.Score A adalah sunrise business. Sunrise business? Inilah istilah
yang digunakan atau perniagaan matahari terbit. Masa kemuncak untuk Score A
adalah pada 2010 iaitu semua sekolah akan berkonsepkan sekolah bistari.
Score A berkonsepkan pendidikan iaitu satu keperluaan di dalam masyarakat
kita. Orang sanggup bergolok bergadai menjual tanah untuk menghantar anak ke
Universiti. Begitulah pentingnya pendidikan. Pendidikan juga adalah anti
kemelesetan ekonomi. Setiap orang wajib bersekolah dan jika ibu bapa tidak
menghantar anak ke sekolah, mereka boleh dipenjarakan daripada segi
undang-undang. Pada masa sekarang, persaingan untuk kemasukan ke universiti
semakin sengit. Bukan pangkat satu menjadi ukuran tetapi berapakah jumlah A
yang berjaya didapati. Ini bermakna Score A mempunyai permintaan yang tinggi
dan kadar penolakan yang rendah. Di seluruh negara, terdapat 5 juta pelajar-
pelajar sekolah yang berpotensi untuk menggunakan Score A. Kini terdapat
hanya 200,000 yang menggunakan Score A. 75% daripada mereka adalah kaum
Cina, 20% kaum Melayu dan 5% adalah lain-lain kaum termasuk India. Terdapat
500,000 pendaftaran baru setiap tahun untuk kemasukan tahun 1. Begitulah
luasnya sasaran dan peluang di dalam perniagaan Score A. Terdapat 96%
bahagian lagi di dalam pasaran yang belum diterokai. Jika di bandingkan
dengan perniagaan telefon bimbit, masa sekarang sudah terlambat kerana
terdapat terlampau banyak saingan dan pasaran sudah tepu. Score A adalah
seperti perniagaan telefon bimbit pada 15 tahun yang lalu dan ianya juga
akan berkembang seperti perniagaan telefon bimbit pada masa sekarang.
Sekarang adalah masa terbaik untuk menyertai Score A.

Majlis tersebut diakhiri dengan En Abdul Aziz Samad yang berasal dari
Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Beliau adalah bekas kerani bank dan kontraktor
dan telah berkecimpung di dalam network marketing selama 10 tahun. Beliau
adalah orang yang bertanggung jawab di dalam merangka sistem perniagaan
Score A di dalam network marketing. En Abdul Aziz adalah orang nombor satu
di dalam Score A Programme. Pendapatan terkumpul beliau di dalam Score A
ialah 1.2 juta. Bulan pertama beliau mendapat RM28 ribu, bulan kedua RM108
ribu dan RM140 ribu pada bulan ketiga. En Abdul Aziz banyak berkongsi
pengalaman beliau sebelum dan selepas menceburi perniagaan ini. Pada awal
pekerjaan beliau, beliau adalah seorang kakitangan sebuah bank dengan gaji
RM1200 sebulan dan harta beliau yang pertama sebuah motosikal Honda Hawk.
Namun, pendapatan yang kecil tersebut amat sukar buat beliau untuk
hidup di Kuala
Lumpur ini. Beliau sebenarnya memperolehi sijil pangkat satu di dalam SPM
tetapi tidak dapat meneruskan pengajian kerana ibubapa beliau terpaksa
menyara adik beradik beliau yang lain seramai 13 orang semuanya. Oleh kerana
ingin mengubah nasib, beliau mendapatkan lesen kontraktor. Namun begitu,
beliau kecewa di dalam bidang ini kerana terlampau banyak sangat birokrasi
dan amalan yang tidak baik seperti pemberian rasuah untuk mendapatkan
projek. Bertolak daripada itu, beliau menyertai bidang network marketing.
Sebelum menyertai Score A,beliau telah memperolehi pendapatan RM48 ribu
sebulan daripada sebuah syarikat lain. Namun, beliau sanggup meninggal
pendapatan sebegitu untuk menyertai Score A Programme. Beliau mengulangi
kenyataan bahawa perniagaan Score A adalah perniagaan yang amat berpotensi
pada masadepan. Itulah titik tolak beliau menyertai Score A. Beliau telah
menerangkan cara memperolehi pendapatan RM30 ribu sebulan daripada Score A.
Ianya amat mudah dan caranya adalah seperti lari berganti-ganti. Anda hanya
perlu menyertai Score A, kemudian berkongsi faedah dan kebaikan Score A
kepada 2 orang, dan orang yang dibawah juga mengulangi apa yang kita buat.
Jika proses ini dilakukan di dalam masa seminggu, kita boleh memperolehi
pendapatan RM30 ribu sebulan dalam masa 3 bulan bersama Score A. Modal Score
A adalah murah. Amat menyedihkan jika seseorang itu tidak mempunyai sedikit
wang simpanan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak sedangkan sanggup
berabis untuk membeli rokok, melanggan Astro dan lain-lain lagi untuk
keseronokan dan hiburan. Begitulah beliau mengakhiri sesi penerangan Score A
pada malam tadi.

Jika anda berminat untuk mengetahui tentang Score A dengan lebih terperinci.
Sila lawati www.scorea.aridztech.com

Ihklas,
aridz


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke