Kenapa Kita Sering Gagal Dalam Hidup
------------------------------------

[Diambil dari website Virtualfriends.net <http://virtualfriends.net/>
-semoga anda manfaat]

Pada malam minggu yang lepas, saya
dihubungi oleh teman lama yang sudah enam
tahun terputus hubungan. Setelah berbual
panjang kami memutuskan untuk berjumpa pada
keesokan harinya.

Beliau kini berada dalam keadaan yang
begitu menekankan. Syarikat tempat beliau
mencari nafkah selama sembilan tahun sudah
gulung tikar.

Kini setiap hari beliau keluar mencari
kerja juga tidak ketinggalan menghantar
surat-surat permohonan.

Sudah hampir dua bulan beliau tidak
bekerja. Tanya beliau kenapa hingga
sekarang beliau masih tidak dapat
pekerjaan, apakah halangan yang
mengganggunya.

Saya mempunyai dua pandangan terhadap
masalah ini, yang pertama pada keadaan
ekonomi sekarang, mendapat pekerjaan yang
kita inginkan bukan sesuatu yang mudah,
walaupun kita mempunyai pengalaman luas,
itu bukan jaminan.

Kos-kos yang ditanggung oleh pihak syarikat
memuncak dan ini menyebabkan mereka harus
berhati-hati dalam menambah bilangan
pekerja.

Yang kedua, mungkin ada halangan dari segi
spiritualnya. Namun bagi kes teman saya,
apa yang saya lihat ialah faktor ekonomi
sejagat dan bukannya spiritual.

Saya telah banyak bertemu mereka yang
berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua
bidang tetapi gagal. Ada diantara mereka
bersungguh-sungguh mencari kerja dan
akhirnya berjaya mendapat pekerjaan tetapi
hanya mampu bertahan selama dua hingga tiga
bulan.

Ianya bukan kerana mereka bermasalah tetapi
syarikat yang bermasalah. Terdapat juga
mereka yang sudah putus asa dalam mencari
pekerjaan dan memutuskan untuk berniaga.

Pada awalnya semuanya berjalan lancar
tetapi selang beberapa bulan semuanya
bungkus.

Apabila terjadinya keadaan sebegini maka
timbullah pertanyaan mengapa orang lain
boleh berjaya dan aku lebih
bersungguh-sungguh, lebih kreatif, lebih
bijak tetapi gagal.

Masalah yang sebegini sebenarnya dihadapi
oleh ramai dikalangan orang kita. Mengapa?

Persoalan ini perlu kita kupas agar kita
dapat mencari punca permasalahan dan insya
Allah kita berupaya menyelesaikannya
apabila mengetahui sebab musababnya.

Ramai berpendapat masalah ini merupakan
berpunca dari masalah spiritual. Ianya
bermaksud perjalanan kehidupan atau rezeki
kita terhalang disebabkan terdapat
`sesuatu' yang menghalang kita dari
berjaya. `Sesuatu' itu mungkin datang
daripada niat jahat orang lain atau masalah
keturunan iaitu saka.

Pendapat ini tidak saya sangkal tetapi saya
mempunyai takrifan yang berbeza tentang
masalah spiritual. Masalah spiritual pada
pandangan saya ialah masalah kekuatan jiwa
seseorang itu. Jika seseorang itu mempunyai
jiwa yang kental dan mantap makanya beliau
akan mudah mengendalikan perjalanan
kehidupan serta kerezekiannya dengan mudah.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum itu hingga kaum itu sendiri
mengubahnya.

Makanya kita diberi peluang untuk mengubah
corak serta taraf hidup kita tetapi kita
perlu tahu cara dan kaedah yang betul-betul
membawa kepada perubahan positif. Untuk
mengubah nasib itu perlu jiwa yang kental
dan mantap dan bukan hanya minda yang
positif. Minda yang dikatakan positif belum
tentu mempunyai jiwa yang mantap. tetapi
jiwa yang mantap sudah tentu 100% mempunyai
minda yang positif.

Jadi perubahan itu perlu bermula dengan
jiwa, tanpa jiwa minda tidak mampu
melakukan proses pemikiran.

Kita sering gagal dalam hidup kerana kita
hanya menggunakan minda sebagai pemandu
arah dalam segala aspek kehidupan. Apabila
minda kita berserabut atau berada dalam
tekanan maka seringkali keputusan yang
dibuat itu salah atau tidak mendatangkan
hasil.

Situasi ini akan membuat kita lebih
tertekan dan sebarang tindakan atau
keputusan susulan akan lebih membawa kepada
ketidakberhasilan.

Dalam keadaan ini kita dapat melihat wajah
mereka tidak ceria, muram serta
membosankan. Apabila wajah atau expresi
diri ini ditonjolkan kepada umum pastinya
jawapan untuk apa jua soalan bertukar
negatif.

Dan ini menyebabkan mereka hilang keyakinan
diri, menjadi pemarah dan secara tidak
langsung kesihatan lahiriah terganggu.

Jika hal ini tidak diubah, perjalanan
kehidupan seseorang itu akan terganggu
terutamanya hal-hal yang melibatkan wang
ringgit.

Jika anda sering gagal dalam hidup, apa
yang perlu anda lakukan ialah keluar dari
kepompong minda yang selama ini anda
gunakan untuk mencari penyelesaian kerana
apabila anda berada dalam tekanan anda akan
menjadi tidak rasional dan seringkali
keputusan yang dibuat tidak mendatangkan
hasil bahkan menambahkan beban.

Anda perlu mencapai ketenangan jiwa kerana
jiwa yang tenang adalah jiwa yang mantap
yang mampu menjana minda positif dan mampu
memberi jalan penyelesaian dalam setiap
masalah.

Jiwa yang tenang akan selalu mengingat
kepada Penciptanya dan jiwa akan lebih
mantap hasil kerana keyakinan yang jitu
kepada Allah swt.

Jiwa yang tenang dapat dicapai melalui
kaedah meditasi super sedar dan dalam Islam
keadaan meditasi super sedar ini dapat
dicapai dalam solat yang benar-benar
khusyuk. Dalam kekhusyukan itu segala
permasalahan akan hilang kerana jiwa
kita berada dalam keadaan yang begitu
tenang.

Apabila jiwa kita tenang dan mantap maka
segala tindakan kita lebih baik dan berjaya
serta kita yakin bahawa segala usaha perlu
kita lakukan tetapi keputusan adalah hak
milik Allah swt.

Selain itu kita juga harus melihat siapakah
disekeliling kita, bersesuaian dengan
hadith nabi saw, barangsiapa berkawan
dengan penjual minyak wangi maka wangilah
dia. Justeru jika kita dikelilingi oleh
mereka yang bermasalah maka kita akan
terikut bermasalah. Ini kerana apabila
bermasalah, gelombang fikiran berada dalam
gelombang beta. Jika anda dikelilingi
mereka yang berada pada gelombang beta yang
tinggi, maka gelombang tersebut akan
mempengaruhi pemikiran serta gelombang otak
anda secara langsung.

Jadi jika anda bermasalah carilah
tempat-tempat yang mempunyai gelombang
alpha seperti masjid terutamanya dibawah
kubah dan duduklah dengan santai selama 30
minit, insya Allah anda akan dapat melihat
jalan penyelasiannya.

Ingatlah jiwa mantap, minda hebat, hasil
cemerlang.


===========================================

Tawaran Peluang Perniagaan dengan
Keuntungan Runcit 25-50 peratus. Barang
mudah dijual.

Sila lawati:
http://dqresources.com/pages/pengedar.htm

===========================================


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke